Friday, October 5, 2012

DOT in Business

Assalamualaikum semua. Ini adalah laporan serba ringkas tentang topik kali ini iaitu DOT in Business.

Kali ini, ia bukanlah tentang persembahan DOT, mapley DOT, merajuk DOT mahupun mengutuk2 the-you-know-who. Tapi kali ini adalah serius. Serius business. 

Berceritakan tentang DOT yang rajin bekerja. 

Apa? Korang ingat DOT cuma rajin bermapley dan berwayang dan berkarok saja? Buang jauh2 tanggapan itu. 

Pada Rabu yang lalu bersamaan 3 Oktober 2012, saya selaku orang yang banyak masa lapang ketika ini telah ke Kiosk Niaga FEP. Tujuan kecil, mahu print nota. Tujuan besar, mahu makan nasi lauk daging. Tujuan sebenar, mahu terjah seorang ahli DOT ini.

Perlahan- lahan menyusup dari jauh, akhirnya snap dulu gambar ini.


                                       


Nampak tak betapa lakunya kiosk nr.7 tempat dia berniaga ni? Penuh dengan leng lui yang menunggu ice-blended mereka siap. Tapi, masih tak kelihatan dia. Kita cuba nasib lagi.


                                                 


Kali ini, berjaya tangkap gambar dia. Kerana terlalu laju bergerak ke sana sini, hanya dapat tangkap gambar belakang saja. Tak cam? Gadis yang berbaju kuning tu.

Nak tangkap gambar dari jauh lagi, tapi memandangkan orang terlalu ramai, maka saya terus order saja la vanilla satu. Ice-blended vanilla flavour satu.

Kali ini dekat sikit. Tapi dia masih malu2 dan bergerak 10x lagi pantas. Cis, jangan pandang rendah pada kebolehan kamera Olympus pink ini!


                                                


Sambil2 beliau menyiapkan ice-blended saya itu, sempat juga saya bertanyakan beberapa soalan untuk dimuatkan di sini. 

Saya  : Wah rajinnya~ Tak sangka cik begitu rajin. Dah lama kerja sini?

Beliau: *bagi pandangan mata tajam*

Saya  : Ok2. boleh saya tanya, apa yang mendorong cik untuk bekerja sambilan di sini? 

Beliau: Saya nak kumpul duit lebih, nak dapat extra income untuk saya tampung perbelanjaan sikit.

Saya  : Perbelanjaan apa cik?

Beliau: *sambil blend ais* Saya ada sekor hamster comel, namanya Himawari. Saya nak bagi dia membesar dengan sihat dan kuat, di samping comel juga. Jadi, pemakanan yang sihat memerlukan sedikit extra duit untuk direalisasikan. Ini selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu mahasiswa-mahasiswi di negara ini berdikari dalam memenuhi kehendak dan impian masing2. Sesungguhnya hanya dengan titik peluh sendiri, baru kita akan merasa nikmatnya. Selain itu, kita juga akan mendapat pengalaman berharga. Lebih baik dari menang PES tournament sebanyak 5 kali di UKM, kan?

Saya  : *right in my childhood*

Beliau: Eh jangan la sedih, saya gurau je *wajah serius* Ok dah siap. Rm3.

Saya  : *hulur duit dan terus rasa seteguk dua*. Hm okay, sedap gak. Er...boleh saya amik gambar sekeping lagi?

Beliau: (&^@!^%!@^!&@&&R%$%#!$%!!!

Saya tak hiraukan ayat asing yang beliau tuturkan. Tanpa buang masa, saya snap satu gambar lagi.


                                                  


Saya kagum dengan kerajinan beliau. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Oh ya, beliau cuma bekerja pada hari Khamis, dari jam 12 sampai 6 petang. Jadi jika ingin melawat, ingat! Hanya pada tarikh dan waktu yang disebut tadi.

Baiklah, cukup laporan kali ini. Di episod akan datang, saya akan serbu kedai runcit Kris Mas pula. Sebab dengarnya, ada lagi seorang ahli DOT yang bekerja di situ.

Jadi, nantikannya. Sekian, terima kasih.

Oh gambar Himawari. Hm, kejap, saya cuba carikan. Alamak tak ada sumber. Takpelah. 

Bye2!

Sepuluh minit.

3.00 am
tik tik tik tik

Aku teguk sisa air terakhir dalam botol. Dahaga. Sambil menyumpah malas, aku seret badan bawa botol ke dapur.

Suasana gelap gelita. Waktu macam ni pesakit insomnia macam aku memang keseorangan. Jadi makhluk malam.

Aku tekan punat "warm" di bekas air automatik yang berharga RM700. Mahal nak mampus. Lagi murah kalau pakai cerek yang bingit tu. Tapi manusia zaman sekarang semuanya nak mudah. Semuanya mahu "dihujung jari".

Elok je aku pusing mahu menjejak perjalanan balik ke bilik, aku nampak satu susuk tubuh kecil berdiri di pintu bilik air. Kepalanya lonjong, matanya hitam besar bersinar. Jari jemarinya panjang, ada empat semuanya.

"Kau......alien?"

Senyap.

"Are you an alien?"

Sunyi.

Cis. Selalu kalau orang buat cerita, alien tu tahu je cakap bahasa ibunda. Atau.....dia ni hantu?

Aku panik. Kaki aku bagaikan dipaku ke lantai. Sejuk. Berdiri bulu-bulu tengkuk aku.

Dalam sekelip mata makhluk itu pimpin tangan aku dan terus sekeliling aku bertukar. Daripada dapur yang gelap, suasana menjadi terang. Aku berada di tengah-tengah kawasan yang lapang. Langit hijau dan aku seperti berpijak di atas permaidani berbulu tebal warna biru. Sesekali bertukar-tukar warna mengikut melodi pergerakan kami.

Aku masih kaku. Adakah ini fantasi? Kenapa begitu.......ringkas?

Makhluk pelik tadi merenung aku dalam-dalam. Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa tenang dan gembira secara tiba-tiba. Mungkin ini rasanya "high".

Aku dan makhluk itu terus bergolek-golek di atas permaidani biru dan bergelak ketawa tanpa sebab. Aku ketawa dan ketawa sampai berair mata aku.

Ketawa. Ketawa lagi. Dan lagi. Ketawa tak berhenti.

********************************

Aku terbaring keliru. Dada aku terasa kosong dan basah. Makhluk tadi berdiri di sebelah aku sambil memegang segumpal darah. Masih bergerak. Tapi....kenapa ia macam berdegup?

3.10 am
tik tik tik tik












p/s : Maaf la aku copy paste je dari blog aku. Mula-mula memang nak post kat sini tapi aku confuse dengan interface baru ni..

Tuesday, October 2, 2012

Cerita DOT #2 : Rumah di Pinggir Kampung 3


Daun pintu dikuak dari dalam.

Jantung Sham seolah-olah berhenti berdenyut melihat gerakan daun pintu. Bunyi geseran engsel pintu memecahkan keheningan waktu petang. Sham menahan nafas melihat susuk tubuh di hadapannya.

Seorang lelaki dewasa berada di celahan pintu di hadapan Sham. Badannya kurus kering, mukanya berkumis nipis dan matanya merah menyala seakan-akan mahu menelan segala keindahan dunia.

“Ya, nak cari siapa?” tanya lelaki itu pada Sham. Anehnya suara lelaki itu lembut dan menenangkan. Dia bertanya sambil tersenyum menampilkan giginya yang tersusun rapi.

Dada Sham bergoncang kuat akibat degupan jantungnya yang pantas. Dia yakin degupan jantungnya itu dapat didengar lelaki kurus di hadapannya itu.

“Assalamualaikum,” kata Sham sambil menghulurkan tangan kanannya. Pelipisnya mula memercik dengan peluh.

“Waalaikumusalam. Masuk la,” jemput lelaki itu setelah menyambut tangan Sham.

***

Dengan satu hela nafas yang berat segala cerita dan tujuan kehadiran Sham dan Diana diceritakan pada si lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai Faizal. Faizal mendengar cerita Sham dengan teliti sambil mengangguk-angguk, sementara Diana hanya diam memerhati gerak-geri mereka.

Faizal memerhati gambar kuning lusuh yang dihulurkan kepadanya oleh Sham. Dia mengecilkan matanya, menyesuaikan diri dengan suasana rumah yang malap.

“Tak sangka saya ada adik lagi seorang,” kata Faizal sambil tersenyum pahit menampilkan riak wajah yang sudah serasi dengan kesusahan dan penderitaan.

“Saya minta maaf, bang,” kata Sham. Perkataan ‘bang’ yang dilafazkan jelas nampak kekok di bibirnya.

“Tak apa. Panggil Faizal je,” kata Faizal sambil membetulkan duduknya di atas tikar mengkuang lusuh di ruang tamu rumahnya.

“Sebenarnya dah lama saya tak dengar cerita pasal mak. Dah lebih 20 tahun pun. Masa mak pergi saya baru 10 tahun, rasanya. Ani masa tu baru 8 tahun,” jelas Faizal sambil menghulurkan potret kuning lusuh itu pada Sham kembali.

“Ani?” tanya Diana.

“Ani tu adik saya. Dia tak sihat. Rasanya awak berdua pun tahu dia sakit apa kan?” jelas Faizal pada Sham dan Diana dengan wajah bersahaja.

Hati Sham sebak mendengar Faizal mengatakan adiknya itu ‘tak sihat’ sedangkan kebanyakan orang lebih selesa dengan terma terencat atau Down Syndrome. Sham dan Diana mengangguk perlahan.

“Arwah mak dulu pergi sebab penyakit Ani ke?” tanya Sham pada Faizal. Entah dari mana dia mendapat kekuatan untuk bertanya soalan itu, akhirnya terpacul juga soalan yang menjadi tanda tanya dan tujuan dia berada di sini.

Senyuman Faizal pudar mendengar soalan Sham. Matanya memicing seolah mengenangkan saat paling derita dalam hidupnya. Tika dia mahu membuka mulutnya, sebuah suara terdengar dari sebalik dinding ruang tamu, berteriak seakan-akan memanggil.

“Maaf ya, duduk la kejap. Tu Ani, dia bising sikit bila dia bangun tidur saya tak ada,” jelas Faizal dengan pantas. Seraya itu dia bergegas masuk ke bilik yang berhampiran ruang tamu.

Suara Ani masih kuat bertempik, menjerit-jerit perkataan yang tidak dapat ditafsirkan Sham dan Diana. Serentak dengan itu satu suara lelaki mendayu-dayu menyanyikan lagu yang perlahan-lahan memadam jerit pekik Ani. Alunan suara lelaki itu menyebabkan bulu roma Sham meremang. Menenangkan tapi dalam masa yang sama turut menyeramkan.

Hampir 15 minit Faizal keluar dari bilik itu. Dia tersenyum nipis pada Sham dan Diana seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Seolah-olah kejadian itu adalah rutin hidupnya saban hari.

Dia duduk bersila di hadapan Sham dan Diana. Sambil mengela nafasnya dia memulakan bicara.

“Kau tanya apa tadi? Mak pergi sebab Ani? Jawapannya ya dan juga tidak,” jelas Faizal.

“Apa maksud kau?” tanya Sham tidak faham.

“Keluarga kita ni simpan banyak rahsia, Sham. Mungkin kau taknak dengar, tapi sebab kau datang dari jauh biarlah aku cerita segalanya pada kau,” kata Faizal dengan pantas.

Dalam satu hela nafas yang panjang, Faizal memulakan ceritanya.

to be..

Sunday, September 30, 2012

Cerita DOT #2 : Rumah di Pinggir Kampung 2


Kereta Proton Saga Merah itu diparkir di hadapan rumah kayu itu. Rumah kayu itu jelas sudah tua dimamah usia, kayunya sudah berwarna perang gelap dan atap zinknya sudah berkarat sana-sini. Tiang simen yang menongkat rumah kayu ini sudah berwarna hijau gelap dek lumut yang tumbuh merata. Daun kering di serata laman membuktikan rumah ini jelas tidak dijaga.

Kedudukan rumah ini di pinggir kampung berhampiran dengan semak-samun dan hutan menyebabkan ia lokasi terbaik untuk sebarang imaginasi seram penduduk kampung. Namun bagi Sham, rumah usang di pinggir kampung ini menyimpan 1001 rahsia yang perlu dirungkai.

“You sure ke ada orang tinggal kat rumah ni, Sham?” tanya Diana seraya dia menutup pintu kereta Saga.

“This was all your idea, D,” kata Sham sambil tersenyum nipis. Takut, mungkin.

Kurang sejam sebelum ini, Sham menyimpan ragu sama ada mahu ke rumah usang ini ataupun tidak. Dia tidak mahu dibayangi memori kesilapan ibu kandungnya yang dia sayangi.

“So you nak balik? Kita datang all the way dari KL, and you nak balik?” teriak Diana di dalam ruang kereta Saga itu.

“I sebenarnya jealous dengan you tahu tak? You ada mak yang sungguh kuat. Ingat bila ayah you meninggal? Apa yang dia cakap? Life goes on. LIFE GOES ON, DUDE! So you nak balik KL, sulking all over again?” teriak Diana lagi. Mukanya merah padam menahan geram. Matanya berkaca menahan sebak.

Sham terdiam memandang stereng keretanya. Mulutnya membisu, kelu untuk berkata-kata.

Diana meletakkan tangan kanannya pada dada Sham.

“Mak you masih ada lagi, Sham. Dia ada kat sini. Sekarang you tanya dia, apa yang you patut buat sekarang. Be a coward or be a man like she raised you to be,” kata Diana perlahan. Titisan jernih mengalir halus di pipi tembamnya.

Dan itulah yang membawa Sham ke sini. Ke hadapan rumah usang yang menyimpan 1001 rahsia kehidupan ibunya.

Mungkin persoalan itu akan terjawab sebentar lagi. Mungkin jawapan persoalan itu adalah sesuatu yang tak ingin Sham tahu, tapi kata-kata ibunya masih tengiang-ngiang di telinganya. Life goes on, hidup mesti diteruskan. Ya, walau apapun terjadi hidup mesti diteruskan.

Bila dia terlibat di dalam kemalangan dan dia terpaksa mengulang satu tahun pengajian. Bila ayahnya meninggal akibat sakit jantung semasa meraikan hari jadi ibunya. Bila ibunya sendiri meninggal dunia setahun selepas pemergian ayahnya. Hidup mesti diteruskan.

Walau apa pun jawapan persoalan ini, hidup mesti diteruskan. Hidup akan diteruskan.

Sham merenung Diana sambil tersenyum. Gadis yang berperangai seakan lelaki itu dari kecil berada di sisinya, masih dan akan terus.

“What?” tanya Diana apabila Sham merenung kosong padanya.

“Tak ada apa-apa. I ingat balik nanti I nak masakkan you siakap 3 rasa,” jelas Sham sambil tersengih seraya dia mengalihkan pandangannya dari Diana.

“Heh, you reti masak ke masalahnya?” perli Diana sambil mencebik.

Sham tersenyum dalam diam. Kata-kata Diana 5 tahun lepas ketika mereka makan bersama di Medan Ikan Bakar masih jelas dalam memori Sham.

“Oh my god! Sedapnya, apa ni Sham?” tanya Diana yang pada ketika itu menyimpan rambut pendek seakan lelaki.

“Jangan la gelojoh sangat, gila. Ni la ikan siakap 3 rasa,” jelas Sham sambil tersenyum perli pada kawan karibnya itu.

“So its decided then. Mana-mana lelaki yang dapat masak siakap 3 rasa sedap macam ni, konfirm I kahwin dengan dia!” kata Diana sambil mengunyah laju ikan siakap 3 rasa di dalam mulutnya.

‘konfirm I kahwin dengan dia,’ kata-kata Diana pada masa itu masih jelas dalam ingatan Sham.

Sham menghela nafasnya sekali lagi. Memori dia dengan ibunya dan Diana mengukuhkan lagi langkahnya ke pintu rumah usang itu.

Dia menjeling pada Diana yang berada di belakangnya.

Perlahan-lahan daun pintu dikuak dari dalam.

to be..

Friday, September 28, 2012

Cerita DOT #2 : Rumah di Pinggir Kampung 1


“You tahu ke tempat ni, D?” tanya Sham sambil membetulkan tali pinggang keledarnya.

“I tahu area ni. Kampung ni I tak familiar. Alah, you jangan risau sampai sana kita tanya la orang,” jelas Diana sambil menelek cebisan kertas yang tercoret alamat.

“Hmmm, yelah,” kata Sham sambil menghidupkan enjin kereta Proton Saganya.

“You jangan la risau Sham. I yakin kita pasti dapat jumpa balik adik beradik you nanti.

Sham tersenyum pada Diana. Sejak ibunya meninggal dua minggu lepas, Sham mula hilang punca. Hidupnya menjadi tunggang terbalik, makan pakainya tidak dijaga. Nasiblah ada Diana, teman rapatnya dari kecil lagi.

Malah, baru-baru ini ketika peguam ibunya datang membaca wasiat dan membuka rahsia bahawa Sham punya seorang kakak dan abang yang berlainan bapa, Dianalah yang memberi cadangan pada Sham supaya dia pergi mencari adik beradiknya itu. Sham tahu tindakan Diana itu adalah untuk menyedarkannya bahawa dia bukan seorang dalam hidup ni. Tiada sesiapa ditakdirkan hidup seorang di dalam hidup ini.

“Tapi I pelik la, kenapa mak I tak bagi tahu pasal adik beradik I ni masa dia hidup? Even on her deathbed pun dia tak ada sebut pasal ni,” kata Sham sambil melurut pelipisnya dengan tangan kanan sementara tangan kirinya dibiarkan mengawal stereng keretanya.

“I don’t know. Maybe she had her reason,” jelas Diana. Mata mungilnya memandang Sham dari sisi. Rona kerisauan jelas terpapar di alis matanya.

“Yeah, reason.. Tapi apa?” tanya Sham.

Soalan itu hilang dimamah udara kerana mereka masing-masing bingung dengan tindakan ibu Sham. Mungkin benar dia ada alasannya sendiri.

***

Kereta Proton Saga itu diparkir serong di tepi jalan kecil. Di seberang jalan, terdapat sebuah kedai kecil yang padat dengan barangan runcit. Seorang lelaki berkulit sawo matang dengan tee shirt warna hitam melangkah keluar dari warung itu.

Langkahnya dilajukan ke arah Proton Saga merah seolah-olah ada perkara yang tidak boleh dinanti. Pintu bahagian pemandu Proton Saga itu dibuka dari luar dan lelaki itu lekas masuk ke dalam ruang kecil kenderaan itu.

Seorang gadis berambut pendek paras bahu yang sedang khusyuk membaca novel tersentak dengan kehadiran lelaki itu.

“So?” tanya si gadis.

“Dah dekat dah. Rumah tu hujung kampung ni je,” kata Sham pendek. Kata-katanya mati di situ. Matanya jauh merenung semak samun di hadapan keretanya, namun yang pasti fikirannya bukan di situ.

“So, jom lah,” ajak Diana.

“I tak rasa macam nak pergi la,” kata Sham pendek.

“Kenapa? Apa yang you dapat tahu? Tell me,” desak Diana.

Sham memandang Diana perlahan-lahan. Renungannya penuh dengan kepenatan (dan mungkin putus asa?)

“Pakcik kat kedai tu kenal mak I. Dia cakap yang ayah tiri I tu dah lama meninggal, so tinggal abang dengan kakak I je hidup berdua. Rupanya lama sebelum ayah tiri I tu meninggal, mak I lari dari rumah,” jelas Sham sambil mengeluh.

“Do you know why?”

“Kakak I tu ada Down Syndrome. Sebab tak larat jaga dia, mak I lari pergi KL.”

Suasana hening setelah Sham memberi penjelasan. Hanya bunyi pendingin hawa kereta yang kedengaran seolah-olah cuba memecahkan suasana kekok itu.

“You percaya ke?”

“I tak tahu nak percaya apa lagi, D. Mungkin inilah sebabnya mak I tak bagitahu pasal kakak dengan abang I, sebab dia malu!” tegas Sham, kedua tangannya menggenggam erat stereng keretanya, menahan rasa.

“So apa yang you nak buat sekarang?” tanya Diana pada Sham.

Sham menghela nafasnya perlahan-lahan. Apa yang patut dia buat sekarang?

to be..

Thursday, September 27, 2012

Somebody That We Used To Know


Entry ini pasti ramai yang tak suka. Tapi saya kisah apa, saya nak tulis jugak.

Semalam ada meeting kelab kebudayaan. Saya tak masuk pun meeting tu, sebab saya bukannya lagi budak KDO. Tapi saya sangat nak tahu tentang isi perjalanan meeting tu. Sebab apa? Sebab DOT adalah satu dari pecahan Kelab Kebudayaan. Eh bukan DOT, tapi Unit Teater. Whatever.

Jadi dari sedikit2 maklumat yang saya dapat kutip dari beberapa insan, point2 penting yang saya dapat adalah,


1. DOT tak ada junior tahun 1.

2. DOT tak ada pertandingan. Samada UKM memang dah haramkan pertandingan seni, ataupun KDO yang haramkan dari masuk pertandingan, saya tak tahu.


Untuk point yang pertama itu, banyak inferens dan telahan yang boleh dibuat. Tapi tak apa, saya akan menyembunyikan sifat hatred breeder saya yang famous nak mampus tu. Sama juga untuk point yang kedua itu.

Kesedihan di hati? Amat terasa kesedihannya. Orang2 tua macam saya, memang sensitif. Mungkin orang tua seangkatan saya juga terasa sedih, mungkin juga mereka cool saja. Apapun, saya memang sedih. For the first time, awal2 permulaan semester sudah tiada ahlul baru. Dugaan.

Anyway, apa yang boleh dibuat sekarang ini, cumalah keep calm and play Tekken/ Restauran Story/ FYP for Chemical Engineering/ Hamster. Kita go on sajalah dengan apa yang kita ada. Mungkin ini adalah the end, the real the end. Tapi dulu2 pun ada tilikan the end juga, tapi masih hidup sampai sekarang nampaknya. 
Mungkin masih boleh bernyawa nanti? Mungkin juga ada hikmahnya? Allah saja yang tahu...

Untuk junior2 yang membaca. Kalau ada apa2 ingin bertanya, tanyalah. Kalau perlukan pertolongan, hulurlah tangan memohon pertolongan. Disambut atau tidak, itu belakang kira ok.

Oh tambahan. Seumur hidup sepanjang 23 tahun di mukabumi ini, DOT adalah the best society yang saya jump in. Not even one other organisation that can be compared to DOT. But by the way it's going on now, saya rasa ia akan berubah dan pudar dan hilang identitinya secara perlahan2. Maka kembalilah saya dengan kenangan2 lama zaman dulu, bersama ahlul2 lama.

Sorry lah pada semua yang membaca sampai berkerut2 dahi. Inilah perangai orang tua. Dia banyak membebel.

Majulah DOT untuk diri kita. Bye2!


Warna Langit


Warna langit sudah pun bertukar menjadi sedikit jingga. Keriuhan petang itu sepertinya aku berada di sebuah stesen bas. Mungkin di Bandar Baru Bangi, atau mungkin di Kulim, tapi boleh jadi di mana-mana saja. Aku rasa di Kulim.

Terduduk aku di atas benteng penghadang di tepi jalan berhampiran dengan stesen bas itu. Di depan aku terdapat sebuah kereta berwarna biru laut, atau kelabu aku tak pasti kerana warna langit membataskan penglihatan warnanya yang asal. Kereta Ford klasik 60’an masih berada dalam keadaan gah sepertimana ia baru dibeli dulu.

Di sebelah aku terduduk dia, seperti aku, sedang memandang panorama bumi di hadapan kami. Warna langit yang jingga, keluasan jalan raya yang lapang, keriuhan manusia ke hulur ke hilir, indahnya dunia, sentosanya bumi kita.

Terdapat sebuah kamera canggih di tangannya, kemas dipegang dengan tali kamera disimpul di pergelangan tangannya yang kurus.

“Kau nak tengok sesuatu?” soalnya kepadaku sambil dia bingkas bangun menghulurkan aku kamera canggihnya. “Cuba kau tengok ni.”

Melalui lensa kamera canggih itu, aku melihat panorama bumi Kulim. Ditekannya beberapa punat pada kamera itu, maka berubahlah warna panorama hasil dari sentuhan kesan Sephia kemudian Mangeta, kemudian Lomo dan seterusnya.  Berbezanya warna dunia pada setiap sentuhan kesan warna yang berlainan itu.

Diambilnya semula kamera canggihnya itu sambil jari-jemarinya mengubah semula tetapan asal kamera itu, sementara itu mata aku terpandang semula pada panorama bumi.

“Kau nak balik Alor Setar?” soalnya lagi. “Dari sini petrol RM20 saja,” katanya sambil memandang ke arah kameranya kemudian kembali memandang aku. Aku tak menjawab sambil memandang mukanya yang sedikit tersenyum. Aku tak pasti sama ada dia serius atau sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Tiba-tiba mata aku ditutup dengan kain. Dunia aku gelap tapi aku tak takut. Kaki aku mula berjalan, sepertinya aku sedang berada di atas sebuah mesin threadmill. Pada mulanya senang aku berjalan, tiba-tiba, BAPP!! Kaki tersepak batu kecil menyebabkan aku hampir tersadung tetapi aku berjaya mengimbangkan badan untuk terus berjalan.

Aku mula terasa memijak batuan kecil, dan kadang-kala ada batu besar. Aku berjalan perlahan-lahan sambil cuba mengelak batu-batu itu. Kadang-kala ke kiri, kadang-kala ke kanan, kadang-kala terkangkang luas mengelak bongkah batu. Lama kelamaan, aku seakan-akan dapat melihat ruang litar mesin threadmill itu dan aku mula nampak batu-batu yang cuba aku elak. Batu kecil, batu besar, bongkah batu yang besar dan kadang-kadang batu berbentuk tukul. Sekarang mudah sekali aku mengelak semua batu-batu itu.

Tidak lama kemudian mesin threadmill itu terhenti dan kain pada mata aku dibuka. Tadi aku rasa dunia aku kecil kerana ruang untuk aku berjalan di atas mesin threadmill itu sangat terhad. Kini terhampar luas jalan raya seluas mata aku memandang. Tiada selekoh, tiada simpang dan tiada halangan.

“Where do you go from here?” soalnya kepada aku. Ringkas.

Mataku terpandang padanya yang sedang memandang ke arah panorama bumi di depan kami, kemudian mataku turut memandang ke arah itu. Berdiri kami di situ memandang panorama bumi sehingga warna bumi kelam tatkala warna jingga semakin pudar dan terus menghilang.