Sunday, May 31, 2009
Sunday, May 24, 2009
Aku Sehelai (Seorang) Lampin
Nama aku Lam. Ya. Aku adalah sehelai lampin pakai buang berjenama terkenal di serata dunia. Aku dilahirkan di Barcelona sewaktu warga Barcelona gigih meraikan kemenangan FC Barcelona ke atas Manchester United dalam pertandingan akhir Liga Juara-juara di Rome. Namun, hayat aku di Barcelona tidak lama. Kemudian aku terus dibungkus dan diexport ke Malaysia.
Sekarang aku berada di salah sebuah pasar raya yang terkenal di Malaysia. Jusco? Bukan. Carrefour? Bukan. Giant? Pun bukan. Aku ditempatkan di Mydin. Dipamerkan bersama rakan-rakan lampin yang lain. Sudah sebulan aku di sini, dah bermacam-macam orang yang aku jumpa di sini. Berikut adalah rantaian ‘flashback’ daku.
Kisah 1
Hari pertama aku di sini, aku didatangi sepasag lelaki dan perempuan. Barangkali kekasih agaknya. Mereka agak cocok jika digambarkan bersama. Dari segi perbualan, mungkin si gadis dari Kedah, Sungai Petani kot. Lelaki pula mungkin dari Perak, mungkin Manjong. Mereka berlalu tanpa memperdulikan aku. Ahhhh, biarlah. Lagipun mereka terlalu TUA untuk memilikiku.
Kisah 2
Dua hari kemudian, aku didatangi oleh 3 orang gadis kerdil. Maaf. Aku tak ingat nama mereka. Cukuplah dengan panggilan Orang Kerdil 1, Orang kerdil 2 dan Orang Kerdil 3.
“Ahhh, ada pun kat sini, ingatkan tak jual” kata orang kerdil 3 sambil mendongak memandangku.
“Ayu, Wawa, nak buat apa kat sini?” marah Orang kerdil 2.
“Kay. Apa kau tanya lagi? Mesti la nak beli ni?” jelas orang kerdil 1 sambil melompat-lompat cuba menggapaiku tapi gagal.
“Tak muat la. Jom kita pergi kat bahagian kanak-kanak” ajak orang kerdil 2 sambil berlalu pergi.
Tiba-tiba, orang kerdil 1 menjerit, "Arghhh!!!! Kad bank hilang!!!"
Kisah 3
Beberapa jam kemudian, datang pula jejaka yang menggelar diri mereka KEJUT Rangers. Maka berkata-katalah jejaka yang bernama Zul.
Zul :Suara siapakah itu? (ala2 Laila Majnun)
Ijan : Mana ada suara siapa pun, aku ingat nak beli ni la (sambil menuding jari ke arahku). Aku nak bagi hadiah kat Say O.
Amir : Ada saiz ke?
Ijan : Kurang ajar KEJUT Rangers Hitam!! Aku pukul kau sekarang!
Maka bergaduhlah mereka dengan seganas-ganasnya dan tiba-tiba Hazal yang tidak terlibat dalam pergaduhan pun telah jatuh mati.
Roy : Oww, s***!!! Kalau pengetua tahu ni mesti dia marah.
Kisah 4
Hari ini agak ganjil. Seorang gadis datang ke arahku sambil menggoyang-goyangkan tubuh badannya. Sambil memegang buah epal di tangan, dan bakul di atas kepala, dia menjerit-jerit menjual buah. Entahlah. Aku pun tak tau siapa nama dia, biarlah kekal dengan gelaran Tauke Buah Gedik.
Kisah 5
Pagi ini belum lagi cerah, sepasang sahabat bernama Mat dan Fatin telah datang ke pasar raya ini. Dengan wajah yang kacak, mereka berada di depanku.
“Apa kau mau beli ini, ya Fatin?” tanya Mat.
“Sudah tentu itu, Mat.” jawab Fatin sambil menuding ke arahku
“Apa padan denganmu?” soal Mat mengundang padah.
Maka padah yang diundang, padahlah jua yang menemui Mat. Cedera parahlah Mat di saat itu akibat dibelasah oleh Fatin.
Kisah….Eh, kejap! Rupanya ada individu yang ketiga dalam kisah ini. Tapi kenapa tidak dapat dilihat di awal cerita?
Kisah 6
Hari ini aku didatangi lagi oleh orang kerdil yang dinamai Ayu itu. Dia datang dan berbisik padaku.
“Kau tunggu la. Aku tak puas hati ni. Bila aku dah besar aku datang balik beli kau”, katanya sambil berlalu pergi.
Kisah 7
Aku didatangi orang pelik lagi pada hari ini. Sambil berjalan, gadis itu memusingkan tangannya 360 darjah. Aku pelik. Tapi dia masih memusing-musingkan tangannya ibarat kipas helikopter. Bezanya, gadis itu tak mungkin terbang kerana lapisan lemak di pinggang beliau. Sambil memusing-musingkan tangannya dia berlalu melepasi aku.
Nasib baik dia tidak membeliku. Aku tidak mau dimiliki oleh seorang gadis pelik.
Kisah 8
Seorang gadis yang bertahi lalat di bibir dan memegang beg silang. meluncur laju ke arahku. Kian lama kian dekat. Matanya merenung tepat ke arahku seperti sudah jatuh cinta padaku. Di saat itu, dadaku berdegup kencang. Aku tau aku jua sudah jatuh cinta dengan gadis yang memiliki beg silang itu.
Dia sudah menghampiriku. Owh, hanya 2 tapak yang memisahkan aku dengan gadis beg silang itu. Apakah ini jodohku? Owhh, datanglah padaku wahai gadis beg silang! Aku ingin memelukmu!
“Kak, bahagian wantan sebelah kiri” tegur pekerja pasar raya itu.
“Owh, sori.” kata gadis beg silang itu sambil berlalu pergi.
Dan setelah sebulan, aku masih di sini. Menanti simpati orang untuk membeliku. Ahhhhh, biarlah. Biarlah siapapun yang membeliku. Gadis pelik ke, gadis beg silang, KEJUT Rangers, hatta Fatin atau gadis tua tempoh hari. Kerna aku sedar hakikat takdir aku.
Sejauh mana sekalipun aku pergi, ke dalam tong hitam yang berbau dan melekit itu jugalah destinasi terakhirku. Kerna aku hanyalah sehelai lampin pakai buang.
Ya. Kerna kelak aku pasti akan dibuang.
P/S: Lampin pakai buang. Memenuhi fungsi apabila dipakai dan dibuang. Tapi manusia pula bagaimana? Kenapa perlu dibuang apabila tidak perlu? Pakai hanya perlu? Kenapa tiada istilah manusia pakai buang? Kerna manusia ada secebis kelebihan dari sehelai lampin. Manusia punya seketul daging. Yang kau panggil hati.

______________________________________________________________

____________________________________________________________________
Dan setelah sebulan, aku masih di sini. Menanti simpati orang untuk membeliku. Ahhhhh, biarlah. Biarlah siapapun yang membeliku. Gadis pelik ke, gadis beg silang, KEJUT Rangers, hatta Fatin atau gadis tua tempoh hari. Kerna aku sedar hakikat takdir aku.
Sejauh mana sekalipun aku pergi, ke dalam tong hitam yang berbau dan melekit itu jugalah destinasi terakhirku. Kerna aku hanyalah sehelai lampin pakai buang.
Ya. Kerna kelak aku pasti akan dibuang.
P/S: Lampin pakai buang. Memenuhi fungsi apabila dipakai dan dibuang. Tapi manusia pula bagaimana? Kenapa perlu dibuang apabila tidak perlu? Pakai hanya perlu? Kenapa tiada istilah manusia pakai buang? Kerna manusia ada secebis kelebihan dari sehelai lampin. Manusia punya seketul daging. Yang kau panggil hati.
Sunday, May 17, 2009
Kisah Derhaka pada Opah
Masih ingat kisah si Tanggang? Tak ingat? Sila baca balik buku cerita dongeng kanak-kanak. Minta pada Aliaa, dia pasti ada.
Aku jua pernah mendurhaka. Pada seorang insan tua, yang kugelar Opah. Justeru, aku karang post ini untuk memohon maaf.
Opah, maafkanku. Kerap kali aku menumbuk belakangmu. Aku tau belakangmu tidak segagah Say O lagi. Apatah lagi diagnosis di HUKM 2 minggu lepas sudah mengesahkan kamu mengidap OSTEOPOROSIS.
Opah, maafkanku kerna tidak menjaga makanmu. Di usiamu ini sememangnya tidak wajar kamu makan makanan berminyak. Apatah lagi Big Mac atau Cheesey Wedges. Aku tau Opah tak tahan melihat Leha meratah berdozen-dozen wantan saban hari.
Opah, maafkanku kerna gagal menjagamu. Aku tau kau jealous melihat anak-anak kecil seperti Aida Najwa, Kay, Aliaa dan Ayu bermain-main di koridor. Aku tau kau juga mau bermain bersama. Tapi kau sudah tua. Lebih baik kau bermain dam ular di bilik. Lebih selamat untuk tulangmu yang kian reput itu.
Opah, maafkanku kerna melarang kau mengejar cintamu yang kini sudah pergi. Bukan apa, aku khuatir. Khuatir kau akan terkena serangan angin ahmar kalau cintamu ditolak. Tapi sekarang, aku takkan melarangmu lagi. Kejarlah cintamu nun jauh di Manjung.
Opah, sesungguhnya aku banyak berdosa denganmu. Ampunkanku Pah. Aku harap kau cepat sembuh. Aku sayang Opah. Sungguh. Aku sayang Opah.
Ok. Bye, nak g tengok wayang. Take Care, Opah!!
P/S: Kata Opah "Dah g LI nanti dah tak dengar la nganjing ko tu lagi"... Owh, really?? hahahahahhaha

Saturday, May 9, 2009
Fairy Tale DOT >> Snow White
Cerita ni sengaja dibuat memandangkan aku tengah tak ada kerja di tempat kerja. Ianya berbentuk hiburan. Jadi enjoy je, jangan marah, ok…
Ini cerita Snow White. Tapi heroin dia bukan nama Snow White. Nama dalam IC dia Ilya. Ilya Mahfuz. Tapi dia sengaja paksa orang panggil dia Snow White. Memang nak mati la orang yang tak panggil dia Snow White dalam kampung ni. Kesian Hazal.
Ilya ada mak tiri. Nama dia Zati. Zati El Blanco del Torrey espana Pinjzona Al-Khan. Atau Opah. Opah ada hobi yang terkutuk yakni berbicara dengan cermin ajaib yang diimport khas dari kawasan sihir voodoo di Zimbabwe.
Setiap 15hb , bulan-bulan Islam, Opah akan bertanya siapakah gadis yang paling cantik di kampung itu kepada Sang Cermin yang diberi nama Kenanga. Agaknya broadband tak ada line di rumah Opah.
Maka membesarlah si Ilya dari segi umur, mahupun ukur lilit pinggang dari tahun ke tahun dengan mengamalkan diet yang seimbang.
Pada suatu hari, sedang Opah bertanya soalan yang sama kepada Kenanga, maka Kenanga pun meluahkan la bahawa gadis yang paling cantik di kampong itu sekarang sudah dipegang oleh Ilya.
Maka benganglah Opah mendengar jawapan dari Kenanga. Lalu dia pun mengambil langkah yang drastik. Beliau pun mengupah seorang bonzer unruk memukul muka Ilya sehingga tembam dengan lebam-lebam. Bonzer yang diupah oleh Opah bukanlah calang-calang orangnya. Beliau memiliki tali pinggang hitam dalam menggunakan jurus ‘Tangan 360 darjah’. Namanya Aliaa. Aliaa TTB (Tangan Tak Bedung).
Sementara itu, Ilya pula sedang sibuk mengaji di rumah Ustaz Amir. Ustaz Amir Lazarus el Diablo. Aliif, Ba, Ta. Sudah tiga tahun Ilya repeat subjek yang sama.
Dalam perjalanan pulang, Ilya pun diserang oleh Aliaa. Ilya yang pada ketika itu sedang memegang wantan di kedua-dua belah tangan (satu makan masa jalan, satu atas bas, satu lagi masa dah sampai rumah) tidak sempat mempertahankan diri, lalu telah ditangkap Aliaa.
Kejadian itu telah disaksikan oleh Roy. Maka dia pun menjerit meminta pertolongan, “Tolong! Tolong! Pengetua diculik!”. Maka tak ada siapa la yang datang membantu setelah mendengar jeritan Roy. Roy Cassandra Lalalala.
Aliaa telah membawa Ilya ke dalam hutan dengan bantuan motor yang dipinjam dari Ijan. Ijan Rombolele. Di dalam hutan, Aliaa bercadang untuk membelasah Ilya dengan jurus ‘Tangan 360 darjah’ beliau.
Namun begitu, hajat Aliaa tidak kesampaian kerana beliau kesian pula melihat tahi lalat Ilya. Maka beliau pun melepaskan Ilya begitu saja.
Sementara itu, Ilya yang ketakutan dan kelaparan (walaupun telah meratah 1 dozen wantan sebentar tadi) telah berlari mencari tempat berlindung. Dan alangkah bertuahnya Ilya apabila dia berjumpa dengan sebuah rumah kecil di dalam hutan itu. Oleh disebabkan ketakutan, Ilya pun masuk dan buat rumah tersebut seperti rumah beliau.
12 minit kemudian,3 lembaga pun masuk ke rumah itu. Alangkah terkejutnya mereka melihat makanan di rumah mereka telah habis. Apabila mereka ke bilik tidur, barulah mereka berjumpa dengan Ilya.
“Siapa kamu!?”, tanya lembaga yang pertama.
Ilya pun terjaga dari tidur. Dia terlihat 2 lembaga. Setelah diperhati, barulah dia menyedari situasi sebenar. Rumah orang kerdil rupanya.
“Saya Ilya@Snow White. Tolong la saya. Mak tiri saya nak simbah asid kat muka saya!”, jelas Ilya dengan menokok tambah unsure jenayah yang tidak wujud.
Orang kerdil yang pertama pun tiba-tiba sedih, dan tiba-tiba juga menangis sambil duduk.
“Owh, sedihnya kisah awak. Sesedih semasa kad ATM saya hilang dulu. Baiklah biar saya kenalkan diri. Nama saya Aida Najwa. Aida Najwa Hud Hud.”, jelas orang kerdil pertama.
“Nama saya pula Kay. Kay Ell. Ada lagi seorang, abang kami.” Jelas orang kerdil kedua.
“Kenapa dia tak naik?” tanya Ilya sambil berharap semoga orang kerdil ketiga merupakan seorang kerdil yang kacak.
“Owh. Nama dia Say O. Say O La La. Dia tak boleh naik tingkat dua sebab dia orang kerdil terlebih hormon.” jelas Kay.
“Owh..” kata Ilya perlahan. Maka tinggal la Ilya di pondok orang kerdil itu.
Sementara itu, di kampung, berpandukan Maxis broadband, maka kantoi la bahawa Ilya masih lagi belum dibelasah sehingga lebam. Oleh disebabkan keadaan sudah semakin desperate, Kejohanan Ratu Cantik Peringkat Daerah pun semakin dekat, maka Opah mengambil keputusan untuk meracun Ilya menggunakan epal beracun.
Kali ini, dia mengupah pula tauke buah gedik di kampong itu, Zai. Zai al-Gew al- Deek. Malangnya kejadian itu disaksikan oleh Roy. Maka Roy pun menjerit, “Tolong! Zai mau racun pengetua!” Maka, tiada sesiapalah yang datang membantu.
Di rumah orang kerdil, makin hari, stok beras pun makin surut. Maka Aida Najwa pun meluahkan cadangan kepada Ilya.
“Beras dah nak habis ni. Apakata kalau saya masak bayang goreng?”
Tiba-tiba…
“Buah! Buah!”
Dengan sifat ingin tahu, Ilya pun keluar untuk survey keadaan. Maka terlihat la dia seorang makcik sedang menjual buah sambil membuat aksi yang tidak perlu.
“Adik manis. Akak jual buah ni. Cuba adik rasa epal ni. Sedap tau.”
“Owh. Tak nak la. Ingatkan wantan tadi. Kalau putu buluh boleh la gagah. Tak nak la.” jelas Ilya dengan nada yang agak hampa.
Maka, gagal lagi la rancangan Opah. Oleh sebab terlalu tertekan, Opah pun berhajat untuk pindah dari kampung itu. Opah pun pindah ke Manjung untuk mencari cinta sejati beliau.
Sementara Ilya pula telah dilamar oleh seorang Putera ketika terserempak semasa majlis kenduri kahwin Say O. Putera Ali al-Zul Cempaka Dewi. Malangnya lamaran itu telah ditolak oleh Ilya kerana Ilya sudah menjumpai cinta sejatinya.
Dua tahun kemudian, Ilya pun menikah dengan seorang peniaga wantan dari pasar malam. Majlis perkahwinan ini diserikan lagi dengan nyanyian band indie dari Yana. Yana Keju.
Ini ending untuk semua:
‘Maka mereka pun hidup bahagia selamanya.’
Ini ending untuk Aida Najwa sahaja:
‘Maka dua minggu kemudian, semua watak pun mati akibat terkena selsema babi.’
Subscribe to:
Posts (Atom)