Saturday, November 28, 2009

The Beach Boys : PD Adventure

Seperti yang gua janjikan pada Rudy dan Abdul Mauritius...



p/s : let's rock!!

Thursday, November 12, 2009

Its Hard to Say Good Bye My Love

As our journey come to the conclusion for this part of the year, I reminisced those days that we're together, and those smile that you gave me.

.......mode BM semula........

Julai :

Summary :

Masa ni gua kat Parit lagi. Tapi telah dijemput oleh Ijan untuk pulang bagi menolong sedikit sebanyak dalam boria dan buat sedikit pengenalan dengan budak 1st year. Aku ingat 3 kali gua buat perjumpaan dengan budak 1st year, dan masing-masing gua berjumpa dengan orang yang berbeza. Masih ingat, Wann, Zayu, Ismeth, Ariff, KK dan Shiera gua just jumpa sekali je sepanjang 3 perjumpaan tersebut. Anehnya, mereka dah menjadi super rapat dengan gua sekarang.

Gua juga sempat meronggeng Alamanda dengan Wawa dan Leha waktu balik ni. Hahahaha, waktu ni ah Wann dapat modal nak ngata gua. Gua masih ingat.

Event of the Month :

Sudah tentu birthday Leha. Dari 100km lagi Ijan, Say O dan Wawa mesej gua, minta pendapat macam mana nak kenakan Leha. Gua bagi idea gua. Nak tau jadi ke tak? Nak tau apa perancangan dia? Tanya je Leha, Say O dan Wawa. Yang gua tau, gua frust tak ada kat situ.

Quote of the Month :

Ini dari Say O masa gua mesej dia suruh buat birthday Leha,

"Gila geli!!!"

DOT-ters of the Month :

Untuk bulan Julai gua rasa gua bagi kat Say O. Beliau sangat gigih dengan boria. Selalu kot mesej gua tanya semua ni bagai. Wawa dan Leha juga membantu, mereka dah natural dalam hal ni, tapi bila Say O buat benda macam ni, gua rasa sangat terharu. Kalau gua nak bagi naib johan, mungkin Wawa dan Leha kongsi tempat kedua.

Ogos :

Summary :

Masa ni pun gua kat Parit lagi. Tapi gua balik dalam kekerapan yang sangat tinggi sebab masa pertandingan dah dekat. Masa ni la semua benda nak jadi. Bulan ni rasanya penuh dengan segalanya. Gelak tawa dan tangis sedih. Bulan ni juga mencatatkan bulatan paling lama dalam sejarah DOT, yakni sampai pukul 5 pagi. Dan semua orang pun tahu apa yang terjadi dalam bulatan tu kan? Tak perlu ah gua elaborate.

Bulan ni juga mencatatkan kemenangan DOT dalam boria. Gua tak ambil port sangat sebab bagi gua menang kalah semua tu gua dah biasa. Oh, gua juga sempat balik lagi dan menganjurkan majlis buka puasa bersama budak-budak DOT. Sori, gua tak ingat siapa yang hadir, yang gua tau, Leha, Wawa, Say O, Kejut Rangers, Zayu dan Shiera.

Event of the Month :

Semua orang mesti fikir gua akan tulis kemenangan boria. Tapi bagi gua pengalaman yang paling gua hargai masa bulan ni adalah bulatan yang sampai pukul 5 tu. Sebab apa? Sebab dalam bulatan tu semua orang ikhlas, semua orang cakap dari hati.

What are family for if we can't say from our heart?

Quote of the Month :

Ini dari Leha masa bulatan yang lama tu,

"Saya sayang DOT!"

Ini dari KK masa dia ngadu kat Leha,

"Saya tak nak bagi tau abg Nas sebab saya takut dengan dia"

DOT-ters of the Month :

Bulan ni gua bagi Leha. Sebab masa gua bagi dia tanggungan pegang sketsa, gua tak pernah bajet dia akan menerima tekanan macam yang dia rasa. Jadi respon dia pada malam tu yang menyebabkan penukaran pelakon, gua tak akan salahkan dia. Tribute untuk dia sebab dia buat sendiri sketsa dan frankly on the 17th the 3 of them look like the enjoyed themselves together on the stage.

September :

Summary :

Masa ni gua dah balik UKM. Dan masa ni juga segala aktiviti DOT telah dibekukan buat sementara disebabkan bulan puasa. Hanya ada beberapa aktiviti buka puasa beramai-ramai di kafe KDO, Mines dan sebagainya.

Walaupun puasa, ukhuwwah di kalangan DOTters masih terjaga.

Event of the Month :

Disebabkan ada buka puasa beramai-ramai je, maka peristiwa paling best adalah sesi buka puasa di Mines. Ini kali pertama keluar bersama adik 1st year, masa tu hanya ada Wann dan KK saja. Nasib diorang la, teruk juga dingutuk oleh gua dan rakan-rakan masa di sana. All in all, we have fun, aint we??

Quote of the Month :

Ini dari KK,

"Bowling adalah permainan paling membosankan!"

DOT-ters of the Month :

Bulan ni gua tak tau nak bagi kat siapa. Tapi rasannya mungkin Fatin. Walaupun dia sibuk dengan hal dia, tiap-tiap hari ada je dia ajak untuk buka puasa dan sahur bersama. Walaupun kadang-kala ajak je, jasad dia tak ada. Papepun tribute untuk beliau.

Oktober :

Summary :

Bulan ni ada pertandingan Drama BI, so budak-budak ni agak sibuk dalam seminggu untuk menyiapkan diri bagi pertandingan ni. Ikut stail gua, even last minit pun kena tukar-tukar lagi, sekarang rasanya budak-budak ni dah tau dah kot.

Menang nombor 2 walaupun ramai yang rasa patut dapt lebih dari tu, tapi macam biasa gua rilek jer. Lepas menang pergi celebrate di KFC Kajang, ada orang ngorat Zayu masa tu. Bulan ni juga the Beach Boys pergi PD untuk survey tempat Family Day DOT yang tah bila la nak buat. Tak kisah la, kami mampu buat sesetengah orang dengki masa tu.

Event of the Month :

Gua rasa Drama BI sebab itu la last program kita bersama. Macam-macam yang dilalui dalam masa seminggu. Gua pun sekejap emo, sekejap tak tapi gua cool je kan masa latihan. Korang still sayang gua kan? Hahahaha, gua tau gua nombor 2 di belakang Say O.

Quote of the Month :

Ini dari Ariff masa post mortem,

"Saya ingat ni production last saya dengan DOT, tapi bila dah masuk stage, rasa puas pula."

DOT-ters of the Month :

Bulan ni seriyes gua tak tau nak bagi siapa. Mungkin antara Ismeth dan Wann. Kalau dapat point, mungkin Wann melebihi Ismeth dalam 0.5 mata. Sebab? Sebab lakonan diorang. Gua ngaku lakonan diorang memang lemah, tapi kesungguhan diorang untuk berlatih itu gua hargai. Wann mungkin lebih sebab dia berjaya organise produksi dalam erti kata kuku besi namun berjaya menambat hati semua.

.......mode seriyes........

4 bulan dengan korang, rasanya macam-macam dah yang gua dah lalui. Pahit manis. Macam-macam peribadi dah yang gua nampak kat korang. Gua dah jadi macam abang, that's i cannot denied, and a friend at the same time. Thanks for being my part of a family in a place I know nobody.

So gua nak tanya, dah serik ke? Next sem nak join lagi?

Friday, November 6, 2009

Karangan Exam SPM

*Para pelajar boleh mula menjawab sekarang*

Soalan 1 Masalah dan Alasan yang entah munasabah ke tak

Gua tau tulisan kali ni panjang, tapi apa gua kisah? Gua tulis juga, korang baca ke tak sama je kalau gua tulis pendek pun.

Sudah lama gua menantikan shout box atau komen yang sudah berkulat itu untuk didatangi organisma tertentu. Akhirnya doa gua termakbul. Walau komen masih berkulat, namun shout box akhirnya diziarah oleh teman lama.

Terima kasih untuk Cik Azwan Afzan kerna menyedarkan gua yang blog ni dah lama sangat tak berusik. Selaku manusia yang tegar dengan alasan, gua dah menyediakan beberapa bentuk alasan untuk menghindarkan diri gua dari dituduh sebagai pemalas.

1. Gua ada blog gua sendiri. Seperti kata pepatah, "kera di rumah disusukan, anak di rumah mati kebuluran", maka adalah tidak wajar bagi gua melupakan blog gua. Kerna tanpa blog gua, gua takkan feymes, dan ramai lah awek-awek yang tak kenal gua. Ummi ada ajar kat gua, walau sejauh mana pun lu pergi, kedai wantan yang asli hanya di Kajang. Berlandaskan pegangan hidup itulah gua terpaksa melebihkan blog gua dalam setiap urusan.

2. Sila lihat kanan. Kalau nampak, maka anda berada di laluan yang betul. Kalau tak nampak, harap maaf. Font tersebut tak dapat dibesarkan sama saiz dengan Ismeth. Sila lihat, ada 8 nama yang boleh contribute entry pada DOT. Maka disebabkan itu, gua merasakan ada wajarnya setiap individu mengambil langkah drastik untuk menulis dalam blog. Dan barangsiapa yang merasakan mau menulis, sila bagi emel pada saya. Ingat, minta anda jadi penulis yang selanjar atau dalam bahasa Melayu purbanya, continous. Sila jangan tulis sekali dan hilang selepas itu. Seperti kata pepatah, seperti biskut chipsmore.

3. Tiada orang mau baca. Gua tulis la apa pun, ada orang baca tak? Ya, ada orang yang sama. Osama (orang yang sama, gua malas nak tulis panjang-panjang) itu pasti kenal siapa diri mereka. Jadi, kadangkala gua menulis kalau Osama tak suka, macam mana? Kesian gua, jadi berbalik pada no 2. Anda juga perlu menulis untuk memuaskan Osama. Dan harapnya semoga janganlah asyik Osama saja yang membuka blog ni. Tak ada motivasi untuk menulis kalau tak ada yang membaca. Lain ah kalau setiap tulisan akan diberikan pakej ais krim koneto di dalam tren.

Maka kesimpulannya gua bukan taknak update, tapi terlalu banyak kekangan yang melarang gua dari update. So bila gua tak update anak-anak ikan gua yang dah tertulis nama di sebelah kanan tu, tolong la update. Gua bukan suruh lu buat nota kuliah, gua suruh lu tulis atau taip. Ke nak gua ajar? Kalau nak, nanti gua ajar, gua buka kelas untuk perempuan saja.

...................................

Soalan 2 Konsep baru DOT

Selama ini gua yang menulis, gua tau, korang pun tau, jadi jangan buat-buat tak tau mahupun serba tau. Jadi ini adalah cadangan gua.

1. Sekali lagi gua nak buka. Sapa yang nak menulis sila bagi emel kat gua. Gua cadangkan yang ada jawatan sila menulis di sini. Ini boleh memupuk sahsiah diri yang tinggi di kalangan masyarakat, justeru konsep 1Malaysia jua boleh diaplikasikan dalam setiap tulisan yang memaparkan gaya bahasa yang penuh dengan unsur-unsur tatabahasa yang tak mengenal erti putus asa. Jadi, tulis la beb, gua malas nak hujah panjang-panjang.

2. Apa genre yang korang nak ditulis di sini? Review movie, teater, game? Cerpendek yang mengusik sepertimana gua pernah buat? Review makanan? Kajian mengenai pola ukur lilit pinggang budak DOT? Download movie, software? Apa saja yang korang nak, sila tulis di shout box. Gua akan usahakan untuk menulis kalau gua tau. Kalau gua tak tau anak-anak ikan gua mungkin boleh membantu gua.

Gua harap dengan konsep baru ni, lagi ramai yang akan membaca blog DOT ni. Ingat, blog ini bukan gua buat untuk download nota kuliah. Gua buat untuk kita semua berjimba bersama sebagai satu keluarga. Gua tak nak tengok blog ni mati seperti mana Group Friendster kita. Tapi ini semua terpulang pada setiap individu.

(Lebih dari 180 patah perkataan, gua malas kira)

*Masa menjawab tinggal lagi 15 minit, para pelajar tidak dibenarkan keluar dari dewan peperiksaan sehingga masa tamat.*