Friday, September 9, 2011

. PESTA KONVO : Komedi D' Muzikal .

______________________________________________________________________
. Assalamualaikum & salam sejahtera semuanya pon. ada sedikit yg nak dikongsi mengenai sedikit maklumat hasil perjumpaan dengan sekretariat Pesta Konvo ke- 39 tahun ni khususnya mengenai persembahan seni pentas.

- Boria telah di gantikan dengan KOMEDI D'MUZIKAL pada 25 SEPTEMBER 2011-

1. Tema : berkonsepkan "5 tahun lagi" telah ditukar kepada 'Hari Raya Datang Lagi'
2. 3 orang pelakon, 6 orang penyanyi, 6 orang penyanyi latar (semua boleh berlakon skali, maximum atas pentas 15 orang)
3. Crew back stage tak de limit termasuk yg jaga lighting & muzik cuma tak dapat sijil. 15 orang atas pentas saja dapat sijil.
4. Durasi persembahan 10 minit sahaja (dyorg ckp nak buat ala2 Maharaja Lawak)
5. Muzik minus one perlu disediakan dgn lirik.
6. Hadiah Johan, dua & tiga (anugerah yg lain dyorg tgh pertimbangkan, maklum kemudian)
7. TIADA YURAN PENYERTAAN.

p/s : borang penyertaan semua dah ada dan
perlu conformkan sebelum 15 September,
lebih2 pon tak pe InsyaAllah boleh kawtim sebab
Pengarah Sekretariat Persembahan Pesta kawan saya. ngee~

11 comments:

say- O said...

ouh~~~kita masuk ukm pulak bila tarikh?

hazal said...

Kenapa diklasifikasikan berapa orang untuk pelakon, untuk penyanyi, untuk penyanyi latar sedangkan semua boleh berlakon dan menyanyi dan menari. Knp buat portion? tak tny diorang?

Fatin Mazelan said...

semakin bengong pula otak orang kebudayaan ukm yang cadangkan benda ni.

kHai said...

Say-O : masuk 11 September 2011
Abg Hazal : sebab tu la saya tanya diaorg. lepas tu diorg kata semua boleh berlakon yg 15 org tu. xtau la knp ade portion tu, mungkin atas kertas je.

Nazrin Saad said...

Kalau ala-ala Maharaja Lawak, maknanya sketsa biasa sambil nyanyi la kan?

Hahaha, bahagia portion tu pelik sikit. Sebab dalam muzikal yang berlakon akan nyanyi, yang nyanyi tu yang berlakon.

Anyway, nice one. Rasanya memang boleh buat dengan meriah.

kHai said...

Abg Nas : Ha,ah saya rasa cm tu gak. Ala yg portion tu kita tak payah ambik tahu lah. 15 tu je yg penting.

wann afzan said...

ape jadah produksi xde sijil?

bukan nama sebenar said...

sokong! asal produksi takde sijil???
dulu2 ok jer~

kHai said...

Ha'ah. sbb tu saya pertikaiakan hari tu knp crew x de sijil. baik crew x yah masuk buang tenaga je bersusah payah x dapat ape2. tp dyorg ckp balik mmg sijil diperuntukkan utk 15 org je lg satu dyorg ckp sebab kita x kene yuran masuk so kebajikan pelajar mcm < sikit.

Ismeth Azril bin Shamsuddin said...

mmg xde tema khusus ke?? pyh gak klau xde tema..

Nazrin Saad said...

ISMETH : BACA NOMBOR SATU BALIKKKK!!!