Sunday, September 27, 2009

Salam Aidilfitri



Cukup ke memohon ampun hanya setahun sekali?

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Thursday, September 17, 2009

Aidilfitri Tahun Ini !?

Kalau suatu post dari aku, pasti akan penuh dengan kutukan dan kata-kata sinis yang komedi. Eish, korang ni, ingat aku ni jahat sangat ke?

Pagi ni bermula dengan normal, bangun nak balik. Terima panggilan. Kawan aku ajak aku balik naik kete esok, tiket beri pada member. Dan aku masih belum balik. Normal.

Ismeth pula, semalam lagi dah fly ke Taiping. Bajet sangat comel menggedik memberitahu Leha di dalam foto komen Facebook 'I'm home'. Tak tau la comel atau tak, tapi rasanya memang jelas Ismeth bahagia di kampung halaman.

Roy, Zul, Hazal, Aida Najwa, Say O sudah pun menyusun langkah. Yang lain macam Wann, Izayu, KK, bakal menyusul hari ini. Maka tinggal lagi Bilik Kebud, berhabuk untuk seminggu.

Sayup-sayup terdengar pula alunan lagu Aisyah, Pulanglah, di telinga. Erm, memanggil dan menyeru kepulangan semua.

Kan? Kalau dah Hari Raya semua pun akan balik. Semua pun mesti balik. Yang menanti di rumah pastinya bukan setakat kuih-kuih raya, baju berwarna-warni. Tapi mungkin lebih dari itu. Yang menanti di rumah adalah sebuah keluarga.

Untuk DOT-ters, selamat bergembira bersama ahli keluarga anda. Pulang nanti pulanglah dengan nafas baru, jiwa baru.

Salam Aidilfitri dari DOT. Terima Kasih sanggup menjadikan DOT sebagai family kedua sepanjang anda di sini.

Monday, September 7, 2009

Mari Berlibur!!



Oh, saja tiba-tiba terkenang zaman persekolahan di Kedah. Masih ingat Say O, Ilya, Palie? Bersengkang mata menyambut ketibaan SPM di sekolah masing-masing? Ini untuk ingatan.

Thursday, September 3, 2009

Kisah Ismeth : Mari Balik Raya!

(Sempena Bulan Ramadan, pihak DOT Production House telah menghentikan sejenak proses pembikinan video-video individu DOT-ters. Sebagai ganti, pihak DOT Production House akan membawakan cerpen terpilih bagi DOT-ters yang terpilih. Jadi, sila enjoy!!)

Tuutt... Tuttt.... (Bunyi talifon)

"Ye, Assalamualaikum. Pusat Pecah Lemak Kajang. Ismeth di talian, boleh saya tau siapa di sana? Oh, mak... Ye, Selamat Berpuasa Mak. Insya Allah. Semua sihat di kampung? Tahun ni? Erm, entah la mak, tiket bas semua dah habis. Even tiket kapal selam pun dah kena booking. Kereta BMW Ismeth kan still kat kedai pajak lagi. Tengok la camne. Kalau ada rezki Ismeth balik la. Insya Allah. Kirim salam sama Umi Leha ye mak. Lama tak jumpa dia. Perut dah macam Ismeth dah pe sekarang ni. Waalaikumusalam. Muah2."

Begitulah Ismeth, seorang usahawan terkenal. Komited dengan tugas tapi tak pernah gagal bermanja-manja dengan ibunya sendiri. Siapa tak kenal Ismeth, usahawan pecah lemak yang terkenal hingga ke Tokyo.

Namun tahun ini Ismeth mengalami kedukaan. Sudahlah bisnesnya semakin merudum akibat produk wantan kurang lemak dari syarikat Taipei itu mengurangkan perut-perut buncit di Malaysia, tiket balik raya pula sudah habis.

Ismeth buntu. Memandang siling. Alangkah bagusnya kalau boleh naik Air Asia. Tapi nama beliau telah di blacklist. Alasan? Suka membawa barangan haram. Alah, bukan banyak mercun dan bahan letupan yang ingin dibawa balik ke kampung. Barangkali mereka dengki denganku, carut Ismeth dalam hati.

Kini Ismeth buntu. Ismeth perlu bertemu dengan tunang di kampung. Kalau tak tunang beliau nak cari lain.

Ketika itu Ismeth terpandang iklan TV. Suatu iklan yang menaikkan semangatnya.

"Tarian zapin pusaka lama,
Joget dan canggung juga sama,
Di mata dunia membawa nama,
Tarian tradisi itu yang pertama!

Anda pandai menari kuda kepang, joget mahupun zapin? Anda comel? Jika ya, datanglah ke Ujibakat Tari Raya di Sri Pentas! Hadiah menarik menanti anda. Hadiah berupa tiket bas pergi balik ke mana-mana destinasi sempena Hari Raya tahun ini!"

Ismeth tersenyum keseorangan. Dalam hati dia bertanya, tarian boria pun leh ke?


Ibu Ismeth yang menangis menanti kepulangan Ismeth. (Ilustrasi penulis ; Gambar sekadar hiasan)
....................................................................................................


Adakah Ismeth berjaya pulang ke kampung?? Anda yang tentukan!!

Laporan Kuih Terkini...siri 1

Tarikh: Sepanjang bulan Ramadhan 1430H/2009
Masa: Waktu sahur
Tempat: Sekitar KDO

Saya, pemberita dari D.O.T. TV telah membuat beberapa survey ke atas penduduk2 ceria Kampung Dato' Onn (KDO)...mengenai kuih2 raya yang menjadi kegemaran masyarakat setempat bersempena nak menjelangnya raya tidak lama lagi...

Mari kita dengar jawapan mereka...

D.O.T TV: Assalamualaikum Ustaz...alang2 nak dekat raya, kami ingin tahu apakah kuih raya yg menjadi kegemaran Ustaz.
Ustaz Amir: Waalaikummusalam...minta maaf encik...saya nak cepat ni...dah xtahan...nak ke tandas...nak kecink...

Ustaz itu sambil mengigil memegang bhgn.....pantas berlari2 anak dan hilang dari pndgn mata.

Kak Leha: KUIH?!...wantan....
D.O.T TV: minta maaf kak...saya nak tahu kuih raya kegemaran...bukannye...
terus memotong...
Kak Leha: Peduli apa saya...raya x raya...saya nak makan wantan gak...

A.Naz: Saya cuma makan kuih raya yang diimport khas dari Paris(dlm loghat Parit)
D.O.T TV: EH?! kenapa bekas kuih tulis made in Paris tapi isi dalam macam kuih tempatan dari Nepal....?

Wann: Kuih raya beli je...tu pun dari Alamanda...xpayah susah2 nak kena buat...

Ismeth: Saya xkisah kuih raya apa pun, asalkan lepas makan saya nak menari...huahuahua...
berlalu pergi sambil menari rancak mengikut irama dari mulutnya sendiri...

Iskandar: ketupat lepat...
D.O.T TV: kuih raya encik...bukan makanan tradisi...
Iskandar: Owh...apa kuih raya yang ada kat rumah orang...kuih tu la je la yg saya makan...

Roy: Saya cuma makan kuih yg pengetua support...apa kuih raya yg dia suka saya suka.

Izayu: Saya suka kuih yang besar...colourful...senang nak gigit...

Hazal: Kuih Bangkit...
D.O.T TV: ........

KK: Kuih yg colour pink ada x? kalo boleh saya nak makan kuih colour pink khas dari Korea...

Oja: Aaa....hah....Bank Islam kat mana? saya nak keluarkan duit dulu...lepas tu nak keluar jalan2...nak tengok kuih raya apa yg ada...
D.O.T TV: .....(menggeleng2kan kepala dan kemudiannya menunjukkan arah ke Bank Islam b'dekatan)

Yana: EH?! Saya masuk TV ke ni? Hi...mak...abah...(melambai2kan tangan ke arah kamera)...aaa...saya nak tujukan...ucapan Hari Raya ini kepada mak...abah...
kemudian dengan t'sengih2 terus berlari dengan penuh keterujaan balik ke rumah...

Daia: Saya suka kuih tempeyek...lupakan yg lain....

Alia:
Kuih?!...Saya makan buah je...xmakan kuih2 raya ni...
(di tangan beliau terdapat sebaldi buah)
D.O.T TV: xkan la xmakan kuih langsung kot...time2 raya lepas2...
Alia: xpaham ke orang cakap? Saya kata saya xmakan...xmakan la...(terus menghayunkan tangannya ke arah pemberita....)
D.O.T TV: (Gedebuk...)...ADDUUSSHH...!!!

Zai: alang2 encik tanya saya pasal kiuh...apakata encik beli kuih raya saya ni...buat khas daripada buah gedik di belakang rumah saya...(dengan gaya gedik)

Arif: (sambil tersengih2 & terkinja2...) kuih raya ke?...aa...mak saya suka kiuh samprit...saya pun suka kuih samprit la...

tiba2 lalu sepasang warga emas...
D.O.T TV: Tok...Nek...cucu tumpang tanye...(soklan yg sama seperti yg lain)
Opah: (sambil tangannya memuntal2 daun sireh untuk dibuat bersahur)...raya2 ni nenek mesti terkenangkan arwah abang nenek...(lalu menangis teresak2)...
Tok Wan: sabar la ye yang...(mengurut2 belakang warga emas yang pertama untuk menenangkan beliau)




Wednesday, September 2, 2009

Kisah Baju Raya

Oh, semua orang pasti sudah merancang warna baju raya dan fesyen baju raya untuk dipakai pada sesi raya tahun ini bukan? Dengan kerjasama Jabatan Sains Negara, saya telah membuat kajian tentang baju raya yang sesuai dipakai oleh semua warga DOT-ters.

Say O : Baju raya saiz S. Bkn nak pakai, nak sambung dengan yang tahun lepas punya. Yang tahun lepas dah tak padan.
Palie : Baju melayu putih dengan kain kapan untuk cover bahagian yang singkat.
Aliaa : Baju kurung tahan lasak untuk mengelakkan koyak di bahagian ketiak ketika aksi ganas beliau.
Wann : Baju beli dari Alamanda masa nonton midnite.
Izayu : Baju yang tak boleh terkoyak jika tergigit.
Ismeth : Baju labuh, senang untuk menari.
Fatin : Baju apa pun takpa, janji lagi kecil dari tahun lepas.
Amir : Sehelai baju, 2 seluar. Takut terkecing!
Roy : Baju sponsor pengetua.
Zai : Baju corak buah-buahan.
Aida Najwa : Baju Kiki Lala.
Opah : Kebaya nyonya versi Kesultanan Melayu Melaka.
KK : Baju apa pun takpe, janji warna pink dan import dari Korea.
Ilya : Baju banyak poket, senang merembat juadah di rumah yang dilawati.
Oja : Aaaaa~~ Baju apa pun takpe la Oja.
Paan : Baju cerah.
Yana : Tak payah beli baju. Ko duduk je rumah melalak lagu raya.

Kajian setakat ini saja. Yang lain sila beli baju Melayu dan baju kurung biasa. Hanya golongan di atas saja memerlukan tempahan awal dari tukang jahit yang sanggup.