Monday, March 22, 2010

Along


Arwah mak dulu pernah cakap, "Orang yang paling kerap gaduh dengan hang tu la yang akan jadi paling rapat dengan hang."


Famili Along memang kaya. Long Palie ada Ferrari BJC. Long Fatin ada Mercedez WLU. Paling tak tahan anak Along, Wann ada Mini Cooper WNU. Memang kaya.

Along kenal masa mereka mula mengecap kejayaan duniawi. Masa tu mana mampu lagi beli Ferrari dan Mercedez. Hanya mampu beli Kancil dan Kenari saja. Mana-mana pergi hanya dengan kereta tu.

Palie adalah seorang akauntan, sedangkan Fatin pula adalah auditor di dalam sebuah syarikat yang sama. Setiap bulan hanya mereka saja yang mampu merangkul gelaran pekerja terbaik. Sampai satu tahap pekerja lain pun dah fed up nak buat kerja kerna serajin mana pun mereka kerja mereka takkan dapat mencapai status kejayaan Palie dan Fatin.

Keistimewaan Fatin adalah beliau senang ingat jalan. Jalan nak ke Jabatan yang berlainan di dalam pejabat pun beliau senang ingat. Oleh itu dia jadi senang nak buat kerja. Suruh la pergi mana pun, dia mesti tau.

Keistimewaan Palie pula adalah dari segi kepanjangan beliau. Hurm. Oh. Itu saja keistimewaan Palie.

Disebabkan sifat daya saing yang tinggi, maka mereka sering saja bergaduh. Sering ingin menarik perhatian bos untuk mendapatkan projek yang bernilai tinggi. Jadi kerap kali jugalah orang pejabat melihat Fatin membelasah Palie secara fizikal. Dan kerap kali jugalah orang pejabat melihat Fatin membelasah Palie secara fizikal lagi. Fatin memang kuat.

Satu hari syarikat mendapat tender untuk mereka tandas awam paling mesra alam dalam sejarah. Projek ni bernilai RM2 juta. Macam biasa Palie dan Fatin akan melobi diri sendiri untuk menjadi Pengarah Projek ini.

Paling best apabila bos umumkan Fatin dan Palie akan menjadi Pengarah Projek bersama sebab bos tak nak projek ni gagal.

Maka bermulalah proses kerja Palie dan Fatin. Mereka kerap juga bergaduh. Berebut nak cawan yang sama. Berebut tempat parking. Pernah sekali Fatin marah dengan Palie dia stapler kening Palie.

Macam tu la setiap hari. Sampai la hari present paper work pun mereka bergaduh lagi. Tapi kali ni bergaduh besar gila. Palie kurung Fatin dalam toilet. So Palie present sorang-sorang. Projek lulus, Palie dapat pujian.

Fatin apa lagi. Setelah tumbuk pecahkan pintu toilet dia terus belasah Palie. Fatin sangkut leher Palie di pintu pejabat. Sebulan Palie koma di hospital.

Namun sejak hari tu diorang dah tak bercakap lagi dah. Dan sejak hari tu, diorang dah tak dapat lagi anugerah pekerja terbaik. Anugerah tu sekarang dimonopoli seorang lelaki nama Marzuki. Tapi itu cerita lain.

Tapi entah kenapa dalam diri Fatin dan Palie ibarat ada kekosongan.

Suatu hari Fatin kena marah dek bos akibat tersilap buat laporan. Menangis dia seorang diri di cubicle. Kebetulan Palie nampak, dia tanya kenapa.

Fatin apa lagi, terus maki-maki Palie. Dia kata Palie nak cari gaduh dengan dia. Dia dah la tengah sedih sekarang ni.

Palie kata,

"Tenang la sikit. Jangan ikut sangat amarah tu."

"Kau ingat kau siapa? Kau nak gaduh lagi ke?"

"Rileks Fatin. Jangan buat aku bengang. Aku bukan nak gaduh."

"Habis kau nak apa? KAU NAK APA?", jerit Fatin. Menangis.

"Aku nak..."

"Kau nak susahkan aku lagi?"

"Tak. Jangan.."

"Habis kau nak apa, sial???!!!"

"AKU NAK KAU!"

Fatin terdiam. Seisi pejabat pandang Palie dan Fatin. Fatin menangis lagi. Palie macam biasa, gelabah.

Sejak hari tu Fatin dan Palie terus bergaduh. Setiap hari bergaduh. Mesti tak akan ada hari tanpa suara jerit mereka.

Dua tahun kemudian mereka berkahwin.

7 comments:

say- O said...

crita paling romantik setakat ni.

izayu said...

wow!!!
romantik!!
cm nk nages!!
hahahaha

Saya Arif said...

'Keistimewaan Fatin adalah beliau senang ingat jalan. Jalan nak ke Jabatan yang berlainan di dalam pejabat pun beliau senang ingat.'

jln nk g surau dlm pjbat ja dia masih igt2 lupa..

PaLi3 said...

sapa yg komen yg mnjurus kpd the best o what eva is BENGONG!!! trmasuk yg bwt cita ni...ok noktah!!! lalala~

Fatin Mazelan said...

lame.

wann afzan said...

like staple kening!!

PaLi3 said...

ooo...wann suka la?