Friday, March 12, 2010

The Story of a Charmless Man.



Satu masa dulu ada sorang laki ni, namanya Kasim. Dia ni asal dari Utara, kalau ikut One Piece dia berasal dari North Blue macam Sanji. Hobi mamat ni? senang je. Bagi kat dia benda2 fantasi yang tak dapat disentuh tapi nampak dan boley dikawal, setel. Jangan salah paham pulak, dia bukan peminat setia benda2 "tu..emm.." macam mana kawan dia sorang tu, Temsi namanya. Tapi kalo dah nak bagi..boley gak r, sebab dia pernah ternampak dialog ni dalam satu movie omputih mana tah, "Hell man!..i'm no angel"..juga pernah terdengar satu ceramah agama oleh ustaz mana tak ingat yang menyebut "tak ada manusia di dunia ini yang bersih dari segala dosa dan nafsu."..pandai dia mengaplikasikan tahap maksimum ayat2 itu. Memang pandai.

Kasim bukan dari golongan kaya, family dia pun biasa2 saja.Kerja makan gaji. Jadi, kalau nak ajak kasim g shopping, mintak maaf la. Dia x akan ikut kecuali benda2 yang dia interested ada dan mampu dibeli. Tengokla baju2 dia pakai, semua sponsor dari abang, abah juga kawan2 time final day kat sekolah. Tak pernah lagi dia beli baju pakai duit poket sendiri. Tapi kalau benda yang dia suka gila, suka nak mampos, sampai rm700 pun boley lesap dalam sepetang je. Entahla, Kasim ni bodo atau bijak dalam mengurus wang.

Satu hari kasim dapat tawaran masuk u. Apalagi, masuk saja!! Dapat pulak u yang boley gak r tahan namanya. Sepanjang kat sana, Kasim berhasrat nak dapat result yang bagus. Tapi, impian x semuanya jadi kenyataan. Result Kasim cukup2 makan je. Ada jugak kadang2 Kasim nak repair result( nak naik pointer), tapi tak jadi2 pun..

Hidup Kasim kat u pun ok2 je. Ada benda yang dia paling suka main, ada vespa satu, ada baju seluar kasut, setel masalah. Tapi mula2 Kasim x rasa anything special pun kat sini, sampaila dia masuk kelab gamelan. Sebab Kasim masuk? x tau. Nak kata ada gadis2 comel, memang ada. tapi itu bukan minat utamanya. Dapat makan free? tipu. Kadang2 (selalu jugak) Kasim kluarkan duit untuk aktiviti2 lagho dan upacara makan sesama ahli kelab gamelan. Tapi Kasim suka kelab tu. Bukannya sebab dia minat gila dengan gamelan, tapi dia suka dengan orang2 kelab tu. Itulah sebab dia stay kat kelab tu sampai skarang. Tapi Kasim tak pernah cakap apa yang dia rasa kat kawan2 gamelan dia. Biasala, ego tahap tertinggi.

Kasim ni baik orangnya, tapi banyak orang takut dengan dia. Bukan sebab dia suka pau nasi orang, juga bukan sebab dia suka pukul orang secara tiba2. Tapi sebab muka dia yang agak garang la kononnya. Cukup susah nak bagi Kasim marah. Tapi Kasim rasa sangat annoyed bila ada orang tanya "Kasim, ko dah ada awek/gf/buah hati?" Bukan apa, Kasim selalunya jawab jujur "x da." Yang buat dia annoyed, bila ayat seterusnya "la tak kan xdak kot??(dngan muka hairan tahap nirvana)."
Mustahil kalo kata Kasim x mau ada awek, dia pun orang jugak. Tapi dia pun takut2 jugak kalo ada awek, sebab dia pun orang gak. Pernah Kasim sekali dua cuba menekel gadis2, tapi semua gagal. Kali pertama zaman sekolah, latest, zaman moden. Ada sekali tu waktu akhir2 zaman sekolah. Tengah lepak ngan member ramai2, tetiba diorang cerita pasal awek. Dalam hati Kasim "ha sudah.."..last2 ada sorang tu dengan selambanya cakap " hang Kasim sampai la takda awek, hang memang loser." Babi. Kata Kasim dalam hati. Hang yang cakap tu pun takdak, siap dilabel budak laki paling geli oleh budak pompuan lagi. Kata Kasim dalam hati sekali lagi. Kasim memang emo habis pada hari itu.

So, bila kat u, dia selalu nampak pasangan2 romantik naik moto sekali. Kasim setkan dalam otak dia, "oh diorang moto power2, motor virago, harley, ninja,..aku vespa buruk je..". Nanti kakau Kasim beli kereta kuda, mesti ramai yang mahu naik dengan dia. Hahaha. Tapi Kasim tak kisah sangat semua tu. Sebab Kasim ada kawan2 gamelan dia. Merekalah sumber inspirasi Kasim. Kalau Kasim tension ke, apa ke, memang Kasim akan hang out dengan diorang. Kasim tahu yang dia sayang mereka semua, dan Kasim harap keadaan itu akan berterusan. Tapi kadang2 Kasim terasa dia begitu jauh dengan kawan2 gamelan dia. Kadang2 dia tak tahu apa yang kawan2 gamelan dia tengah cakap. Kadang2 Kasim rasa dirinya macam tak wujud kat situ. Kesian kat Kasim.

Satu hari, Kasim mimpi. Dalam mimpi tu, dia sedang berjalan sorang2 dalam ruang yang kabur2 ala game Silent Hill yang dia suka. Baru jalan seminit tak sampai, dia nampak kawan2 skolah rendah jalan selisih ngan dia, kawan2 skolah menengah, kawan2 kat matrik, dan last skali kawan2 kat u. Kasim cuba nak panggil diorang, tapi macam tak boleh. Kasim terus jalan lagi, dan last skali dia sampai ke sebuah lubang besar yang sangat gelap, mungkin sebab terlalu dalam. Kasim nak tahu apa yang ada kat situ, so dia terjun masuk dalam lubang. Dalam tengah free fall tu, memang cuak rasanya. tapi tiba2, Kasim dah berada kat tempat yang dia sangat kenal. Bilik dia ngan kawan2 gamelan dia berlatih main gamelan.. Situ, Kasim nampak diri dia sendiri dengan kawan2 gamelan dia tengah ketawa, berseronok, melawak bersama. Kasim perhatikan mereka semua dan baru Kasim faham.

Kasim tersenyum, dan Kasim terus bergerak meninggalkan bilik itu..


9 comments:

wann afzan said...

"boley gak rr!!" <- perlukah??haha~~

er...
sy x phm pe yg kasim phm..
sy kn lampi orgnye..
huhu~

say- O said...

xpe wann.
ini cerita yang pembaca kena wat conclusion sendiri.

wann afzan said...

alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
sy mls berfikir secara sendiri!!!!

izan_muslimin89 said...

haha....
gua sgt2 pham cite ni...

rasanya bleh refer pd penulis sndiri kot...

wann afzan said...

itu sudah semestinye...

say- O said...

ijan paham, bagus..
wann?
rajin2 la sket bepikir!!

wann afzan said...

baik!!

say- O said...

dah habis pikir?

hazal-san said...

tak paham a wei