Monday, January 24, 2011

Dialog dalam Gambar

Bak kate orang putih "Satu gambar boleh cakap seribu perkataan" lebih kurang gitu le. Aku tengah kemas2 intipati laptop aku ni, aku jumpe le gambo2 lame budak2 Dot ni. Sambil2 tengok, tergelak sorang2 sebab duk pikir dialog2 yang mungkin wujud time tu.

Hoh. Aku tulih panjang2 bukan kome nak bace pun. Sile le nengok gambo2 ni ha.


"Saya yakin saya hensem"


Ismeth "Buwekk...ane ade!!"


Pali "Cis! Sikiiiiiit lagi gua nak sama tinggi dengan pokok belakang ni"


Leha "Ni la gaya terbaru candid orang tidoq"


Ismeth "Saya gagah. Dan saya suka kaler pink. Aww"


Say O "Saya nerd tapi saya gangster"


Say O "Saya gembira kerana kenyang!"
Ismeth "Saya murung kerana masih lapar setelah melantak 3 pinggan"


Ijan "Saya macho dan saya x kesah orang ambil gambar saya"


Say O "Ape Ijan? Kah Kah Kah!!"
Zayu "Segan ah ade daddy macho macam Ijan"


Say O "Saya bangga saya anak Malaysia"
Rayn "YOH!!"


Wann "Pe? Keropok ni aku punya sorang!"


Say O "Gunalah Balm Halia. Boleh kurus!"
Leha "Ya! Macam saya!"

sape2 tambah lagi gambo!

Friday, January 21, 2011

I Belong Here

A place I won't feel being neglected.




cut.

Thursday, January 13, 2011

Pendekar 5: Hikayat Puteri Wawa

Jauh disebalik tanah Alam Melayu, wujud suatu kawasan pentadbiran yang mana rakyat dan penguasanya tiadalah sama seperti manusia biasa. Dikatakan sejarah, penguasanya punyai seorang puteri yang cunnya tiadalah kurang mahupun lebih dari bidadari di kayangan.

Disebalik jendela istana, bersemayamlah puteri itu bersama seorang dayang istana kesayangannya, Melur.

"Melur" sambil mengusya cermin dan bermain-main rambut sendiri.

"Ye Tuan Puteri" tunduk menghormati puteri istana negeri dengan sopannya.

"Selendang Puteri kena sambal nasi lemak. Dah tak boleh pakai ni, Melur. Esok kita outing dekat downtowng ya, carikang Puteri selendang yang baru. Kalau boleh Puteri mahukang selendang macam yang Pari-pari Mata Pink pakai tu. Ada batu-batu emas dengang permata. Nampak la urbang sikit kan Melur?" sambil melihat-lihat selendang yang kotor itu lalu dibuang dalam tong sampah berdekatan.

"Baiklah Tuan Puteri. Akan patik sediakan perkakasannya untuk perjalan esok hari."

"Terima kasih ya Melur" kata Puteri dengan seronoknya sambil sengih-sengih tengok muka sendiri.

"Anytime Tuan Puteri" jawab Melur sambil mendandan rambut Tuan Puteri.

"BABYNDA! BABYNDA!"

"YE AYAHNDA!" jerit Puteri sesopan mungkin.

"KE SINI BABYNDA! KITA ADA TETAMU!"

"BAIK AYAHNDA! BABYNDA ONG THE WAY NI!" sambil pakai bra dan baju kebaya merah.

"Mane gi selendang express Puteri ni Melur?" sambil mengscan lantai bilik yang agak-agak bersepah.



****

Sementara itu di ruang tetamu istana,

"Assalamualaikum maulana. Apa khabar apa khabar?" sengih-sengih Sultan menyambut tetamu.

"Waalaikummussalam ya Sultan, ana sesat cari jalan, signboard luruh dekat simpang empat depan istana sana ya Sultan. Ana ingat ana dah sampai ke istana ya Sultan, rupa-rupanya shopping complex. MasyaAllah." jawab tetamu sambil mengipas diri dengan jubah berwarna kelabu.

"MasyaAllah. Sorry banyak-banyak Maulana."

"BENDAHARA!"

"Beta mahu tahu siapa yang menguruskan hal ehwal kerja jalan raya dan lorong!" marah Sultan.

"Iskandar.. iskandar..syah" bisik-bisik pembesar yang lain.

"Ampun Tuanku. Iskandar Syah orangnya" jawab Bendahara dengan penuh rasa kesal dan tension.

"Buang dia dari istana. Bakar surat permohonan untuk stay istana dia!"

"Akan patik laksanakan Tuanku." sambil mengundur diri dari ruang tetamu.

"Eh, Maulana. Jemput minum. Ini teh khas dari negeri Cheras." jemput Sultan sambil tersenyum.

"Ayahnda." selit Puteri yang tiba-tiba muncul dari celah belakang Sultan.

"Babynda. Lama betul Babynda bersiap. Ayahnda perkenalkan, ini Maulana Syeikh Amer Syeikh Kecing dari Mesir. Pembesar Sultan Mesir."

"Hai" jawab Maulana.

"Wats up?" jawab Tuan Puteri pula.

"Mamanda! Kesini Mamanda." jerit Sultan lalu datanglah Pemaisuri pula duduk sebelah Puteri.

"Memandangkan semua sudah disini. Mari kita mula business boleh Maulana?" tanya Sultan.

"Alhamdulillah, boleh-boleh ya Sultan." jawab Maulana dengan nada rakus.

"Disini patik bawakan kepingan gambar Ya Habibi Sultan Mesir. Patik print laser. Clear ni Tuanku. Ambil pun guna DSLR." jelas Maulana sambil diberikan kepada Puteri.

"Eh, kenapa pula ni?" tanya Puteri kehairanan.

"Eh, Tuanku Sultan tak story kat Puteri ke? Maulana pula naik hairan.

"Aik! Mamanda tak ceritakan kat Babynda ke? tanya Sultan pulak.

"Ayahnda! Jangan nak birokrasi sangat. Ce cerite je sekarang kat Babynda." marah Puteri yang hilang sabar dengan aktiviti tudingan-tudingan jari di ruang tetamu.

"Em, macam ni Babynda. Hari tu Sultan Mesir ada inboxkan Ayahnda mesej. Dia mahu memperisterikan Babynda." jelas Sultan.

"Babynda tak nak!" jerit Puteri dengan tolakan sekeras-kerasnya.

"Come on Babynda. Orang Mesir ni. Nanti Ayahnda boleh dapat cucu muka iras-iras Maher Zain." 

"Babynda tak mahu! Ayahnda ni macam tak tahu taste Babynda macam mana. Kan Babynda dah selalu cakap! Babynda mahu lelaki yang berambut kerinting! Mesti berkaca mata! Nampak cool tau Ayahnda! Pastu Babynda tak mahu lelaki tinggi-tinggi besar-besar! Babynda mahukan lelaki macam saiz Babynda saja! Nanti tinggi-tinggi sakit tengkuk Babynda nak tengok dia!" jawab Puteri dengan nada yang makin tinggi jelas menunjukkan beliau agak cerewet tahap bidadari kayangan juga.

"Mana ada orang macam tu dalam dunia kita ni Babynda. Babynda jangan nak materialistik sangat. Perkahwinan Babynda ni penting untuk meneruskan warisan kerajaan kita tau Babynda!" jelas Sultan lagi kali ini dengan muka agak konfiden.

"Babynda tak mahu! Babynda tak kira! Mamanda, tolongla Babynda" tolak Puteri sekeras-kerasnya yang kini menarik-narik baru Pemaisuri.

"Babynda! Jangan tarik-tarik. Mamanda tak sempat pakai baju dalam tadi." bisik Pemaisuri kepada Puteri.

"Babynda! Tak boleh! Babynda mesti kahwini Sultan Mesir juga! Ini perintah Ayahnda! Maulana! Inform Sultan Mesir akan perkahwinan itu seperdua purnama lagi. Bendahara! Post dekat Facebook. Ajak semua rakyat untuk turut hadir!" kata Sultan dengan penuh penggunaan maksimum kuasa raja beliau.

"Ayahnda kejam!" menangis Puteri lalu lari masuk ke kamar. Sultan buat-buat tak kisah saja.

"Ampun Tuanku, kalau dah confirm. Patik mahu berangkat pulang dulu Tuanku." tunduk Maulana meminta untuk undur diri.

"Baiklah Maulana. Hati-hati perjalanan."


****

Malam menjelma. Bulan mengambang penuh menyinari istana negeri.

"Melur. Macam mana plan kita?" tanya Puteri.

"Ampun Tuan Puteri. Patik dah tempah tiket Air Asia ke Alam Melayu. Malam ni dalam 3 depa cahaya bulan menyentuh lantai tanah, kita akan berlepas." bisik Melur kepada Puteri sambil memacking barang.

"Maafkan Puteri sebab libatkan Melur." kesal Puteri sambil memilih-milih selendang.

"Ke mana jua Tuan Puteri pergi, nescaya patik akan bersama-sama dengan Tuan Puteri. Itu janji patik kotakan untuk seluruh keturunan patik." jawab Melur dengan penuh penghayatan.

"Ayuh Melur. Puteri dah siap packing. Mari kita bergerak." sambil menggalas beberapa beg dengan memakai baju kebaya berwarna ungu.

"Kita gunakan pintu belakang. Pantas Tuan Puteri." jelas Melur sambil mula bergerak melewati pintu bilik Tuanku Sultan dan Pemaisuri.

"Selamat tinggal Ayahnda dan Mamanda. Takkan Babynda lupakan jasa Ayahnda dan Mamanda." menangis Puteri sambil bergerak mengikuti Melur. 


****

Keesokan harinya,

"AYAHNDA! AYAHNDA!" jerit Pemaisuri sambil menangis.

"Kenapa Mamanda?! Biawak masuk bilik lagi?" berlari Sultan menuju ke bilik Puteri.

"Babynda dah lari dari istana Ayahnda! Ni semua Ayahnda punya pasal!  Huwaaaaa!!" jelas Pemaisuri sambil keesakan menangis.

"MasyaAllah. Kena cancel la majlis kahwin ni. BENDAHARA! Cancelkan majlis perkahwinan Puteri! Sediakan pasukan pencari dan cari Puteri beta!" titah Sultan kepada Bendahara yang cuma berada disebelah beliau.

"Sabar Mamanda, sabar." kata Sultan sambil mengusap-usap kepada Pemaisuri dalam cubaan menenangkan beliau.

"Kita dah tak ada Puteri lagi. Zuriat kita Ayahnda.." tangis Pemaisuri.

"Tak mengapa Mamanda. Patah tumbuh hilang berganti. Ayahnda masih ada stok lagi Mamanda" jelas Sultan sambil memeluk Pemaisuri.

Pemaisuri berhenti menangis.

Malam itu lampu istana tutup awal. Lagi-lagi lampu bilik Tuanku Sultan dan Pemaisuri.



bersambung

Wednesday, January 12, 2011

Pendekar 5: Hikayat Adi Putra

Di suatu kawasan pedalaman jauh di dalam hutan simpan tropika, agak-agak dalam 3 depa jarak sinar bulan menyentuh lantai bumi, kelihatan dari jauh 5 jejaka yang baru pulang bertapa dari Gua Rashidah Utama.

"Buat bulatan. Ingin Tok buat postmortem bersama kalian." kata seorang lelaki tua yang iras-iras dengan Tok Guru Roshi, si Pengamal Silat Penyu dari seberang.

"Sudah cukup 30 hari 30 malam kalian semua bertapa di Gua Rashidah Utama. Tok pasti, ilmu-ilmu yang Tok ajar pasti sudah mekar dihati kalian semua."

"Gua Rashidah Utama tu ada macam-macam penunggu, sebab tu Tok suruh kalian semua pergi bertapa disitu. Lagipun Tok ada contact number diorang. Senang Tok nak deal pasal module program bertapa tu."

"Tok berbangga dengan kalian sebab kalian semua berjaya mengharungi semua cobaan-cobaan."

"Tapi Ismeth hampir-hampir kecundang Tok." selit gua.

"Buweekkk.. Ane ade!" jawab Ismeth dengan muka sekiut mungkin.

"Tok tahu. Sebab tu Palie ada. Palie boleh bantu Ismeth untuk menahan cobaan penunggu. Itulah kenapa kalian pergi bersama dan bukan berdua." jawab Tok dengan memandang kepada Palie dan Ismeth.

Tiba-tiba Tok memandang ke langit, kelihatan bulan mengambang penuh.

"Say O, Arif, Nazrin, Palie, Ismeth"

"Sudah hampir 17 tahun kalian berguru dengan Tok. Segala ilmu yang Tok ada, telah Tok turunkan kepada kalian. Kini Tok mahu kalian semua pergi mengembara. Tok mahu kalian kembangkan dan turunkan ilmu-ilmu yang kalian pelajari kepada mereka-mereka yang mahu menuntut ilmu."

"Lagipun Tok dah muak tiap-tiap hari nampak muka kalian. Sejak kalian berguru dengan Tok, Tok dah makin kurus pulak tapi Tok tak exercise pun."

Tiba-tiba terpandang Ismeth secara automatik. Ismeth pula memandang Palie.

"Malam ni bulan mengambang penuh. Segala tanda telah pun menunjukkannya. Masa Tok dah sampai."

"Tok dah nak mampus ke?" tanya Say O dengan lantangnya seperti mahu ditendang ke Tok Guru lain.

"Awat hang kata lagu tu?!" marah Nazrin sambil mencabut bulu tangan Say O dengan ganasnya.

"Masa Tok dah sampai untuk pergi. Begitu juga dengan kalian semua." jawab Tok sambil buat muka sayu.

"Tok nak pi mana?" tanya Palie pula sambil memegang erat tangan Ismeth.

"Tok nak pergi ke sebarang. Tok dapat promotion jadi Ketua Tok Guru Alam Melayu, lepas ni Tok duduk dalam office saja. Tok pun dah tak larat nak mengajar lagi. Dah tua."

"Say O, Nazrin, Palie, Ismeth."

"Tok tak ada apa-apa peninggalan untuk kalian. Makanan pun Ismeth dah habiskan. Tok cuma tinggalkan segala ilmu Tok kepada kalian."

"Arif."

"Tok turunkan keris ini kepada kamu." sambil menyerahkan keris.

"Woooooo....." masing-masing teruja.

"Keris ini bukan sebarang keris. Bukan calang-calang orang dapat menggunakan keris ini. Tok serahkan kepada kamu, sebab kamu berlainan dari mereka berempat. Jangan salahgunakan kuasa keris ini."

Gua memandang tajam keris itu dengan muka sekacak mungkin.

"Ingat Arif. Jangan kau salahgunakannya. Ia akan memakan diri tuan empunya keris itu sendiri." perintah Tok dengan serius.

"Baik Tok."

"Bangunlah kalian semua. Pack barang masing-masing, dan pergilah mengembara. Pergilah jauh dari tanah negeri kita ini."

Maka bangunlah semuanya dengan tampan, segak dan bergaya.

Setelah siap semuanya, berangkatlah mereka. Menempuhi cabaran hidup yang baru.

"Kami pergi dulu Tok. Tok jangan nakal-nakal di seberang."

"Assalamualaikum."

Dengan effect slowmo dan lagu sedih di background. Pendekar berlima pergi meninggalkan Pusat Latihan Silat Adi Putra.

Dengan segala ilmu kehidupan, ilmu persilatan, dan ilmu keagamaan, Pendekar berlima berlayar ke tanah negeri baru. 

Hidup yang baru. Dunia yang baru. Yang akan menjadi hikayat Alam Melayu terulung pernah diceritakan.

Hikayat Pendekar 5.



bersambung.

Tuesday, January 11, 2011

rumah

hari ni aku bertekad untuk keluar dari rumah mewah tu. dan kembali ke rumah usang yang dah lama aku tinggalkan x berjaga.

aku gagahkan diri merentasi 66km untuk sampai ke rumah usang tu. dan akhirnya aku berdiri di depan pintu rumah yang sangat lama aku x tatap.

dengan nafas yang berat, aku menolak daun pintu dan melangkah masuk. segalanya tidak berubah. malah seperti dijaga oleh seseorang. masih elok. masih cantik.

aku duduk di suatu sudut. mengenang kembali kisah2 dulu. kenangan gembira, pahit, manis, gelak tawa, tangisan, semua datang bertalu2 menerkam lubuk hati aku.

aku bergegas keluar. keluar dengan hati yang berat. tapi lega. berat kerana rindu aku pada rumah tu masih belum habis. lega kerana rumah tu masih elok berjaga.

dengan butir2 jernih yang kian membasahi pipi, aku berjalan pulang ke rumah mewah. dengan senyuman.

aku tau, hati aku masih pada rumah usang tu.

Monday, January 10, 2011

The Sun is Shining Early

Kadang-kadang, terasa begitu singkat masa.

Kadang-kadang, terasa sangat lama masa berlalu, tapi pejam celik pejam celik dah singkat balik masa itu.

Kemana masa itu pergi? Masa pergi terbang melewati kita.

Kalau ada 3 bulan sekalipun, tak bermakna kita akan ada cukup masa.

Kalau ada 10 hari sekalipun, tak bermakna masa itu tak cukup.

Ini bukan sebarang kata dari mulut, ini kata dari pengalaman sendiri yang ditaip melalui perantaraan keyboard.

Apa yang 10 hari ada tapi 3 bulan tak ada?

Kita.

Kerjasama.

Komitmen.

Aku.

Damn yang last tu style.



P/s: baca dari sudut diri sendiri.
cut.

Tuesday, January 4, 2011

Tradisi dan Perumpamaan

Gua ingat nak letak entri tipikal. Tanpa gambar. Tapi sebab-sebab yang gua tak dapat elakkan, gua letak juga gambar barang satu dua. Hehehehe.

DOT ni tak akan sepesel kalau tak ada tradisi. Tak ada benda untuk dijadikan identiti. Jadi gua kumpul sedikit sebanyak tradisi yang gua ingat dan gua kompail dalam list di bawah.

1. Tradisi Makan-makan


Untuk pengetahuan semua, DOT jarang dapat orang macam Ismeth. Tak percaya tengok sendiri batch Fatin dan Say O. Tak ada orang yang betul-betul jadikan makan sebagai perkara serius dan rukun hidup. Jadi gua sendiri agak terkejut bila DOT berjumpa, akan ada tempat makan baru untuk diterjah. Bila bosan, mesej member-member ajak makan.

Frankly dan senang cakap, kalau tak ada produksi bila saja kamu jumpa dan berbual-bual? Ya, tepat sekali. Masa makan.

2. Tradisi Nganjing


Ini gua tak tahu dapat mana. Ini tak senonoh punya edisi. Asal jumpa sebelum mula tanya khabar, mesti ngata dulu.

Bawa-bawa bertobat pun ada baik juga ni.

3. Tradisi Bulatan


Ini gua dapat dari KTR. Setiap perjumpaan dan latihan mesti diakhiri dengan bulatan. Supaya semua boleh bercakap, supaya semua boleh meluahkan apa yang terbuku. Supaya semua boleh nganjing versi buah last punya (selalu gua yang buat). Dalam banyak-banyak tradisi, tradisi ini yang perlu, gua rasa, kita kena cherish. Sebab DOT dibina atas konsep ini.

Dalam bulatan, lu boleh cakap nangis dan maki. Its okay. Dan keluar dari bulatan, semuanya 0-0. What inside the circle remain inside the circle.

****

Disebabkan lama tak online, gua tak nak akhiri entri gua dengan lagak serius sangat. Jadi gua ada sediakan slot perumpaan untuk tatapan anda. Untuk tujuan komedi.

#Seperti Ismeth meratah tulang ayam.
; Maknanya benda yang laju.
- Kereta F1 itu ibarat Ismeth meratah tulang ayam.

# Seperti Ijan dengan Wawa
; Maknanya macam merpati 2 sejoli
- Pengantin itu seperti Ijan dengan Wawa.

# Seperti Leha
; Maknanya tak senonoh dan kuat makan.
- " Ang ni perangai umpama Leha " kata ibu ayam pada anak ayam Didik.

# Seperti Ijan lepas accident
; Maknanya kuat yang amat.
- Superman tu bolehlah diibaratkan seperti Ijan lepas accident.

# Seperti blusher Wann
; Menggambarkan benda yang diperlukan untuk ruang yang besar.
- Karpet untuk dewan besar itu seperti blusher Wann.

# Seperti Aishah dan KLCC
; Maknanya orang kampung tak reti sebut mercu tanda Malaysia.
- Sebagai orang yangberilmu kita janganlah jadi seperti Aishah dan KLCC.

# Seperti Palie
; Panjang yang amat.
- Perjalanan dari Perlis ke Johor sangat macam Palie.

# Seperti Abg Nas
; Hensem dan bertubuh sasa.
- Pelakon Korea itu seperti Abg Nas.

p/s : gua tak letak bowling dan wayang sebab gua tak rasa itu tradisi DOT. faham kan?

fin.

Sunday, January 2, 2011

Reminiscence

Kadang2 yang simple itu seronok. Yang struggle itu seronok. Yang murah itu seronok.

Semalam ke Kajang lagi. Aku cuba kumpulkan seramai mungkin. 8 orang +1 yang join. Tak apa, itu pun dah cukup dan mengagumkan. Sebab aku lambat buat ajakan. Dan perasaan untuk ke Kajang bersama2 pun datang secara tiba2 malam sebelumnya.

Kenapa Kajang? Kenapa bukan Alamanda? Mines? MidValley?

For me, Kajang town is historical. Kajang brought me precious memories. That's where it started to blossomed.

And I tried to relive those memories again yesterday. At least, here it is.

Firstly,



ini mengingatkan aku pada




Then,


ini mengingatkan aku pada




And of course, this classic-cliche picture





sangat buatkan aku tringat yang ni





Memang aku happy semalam. Oh untuk gambar2 semalam secara pukal, jangan paliekan pencarian anda, ijankannya saja di sini.

Oh tak lupa pada tunang Diana Danielle, semalam memang gua teringat kat lu. Bagi gua, lu punca pada semua ni. Lu yang mulakan semua ni. Lu yang bagi 1st idea untuk ke Kajang selepas menang Mefek dulu.

Gua tak kisah mungkin lu cakap ada senior lain yang mula dulu, tapi bagi gua, lu yang mulakan dulu DOT. So, thank you Bro.

-The End-