Showing posts with label wann pun suka dot. bukan arep sorang. Show all posts
Showing posts with label wann pun suka dot. bukan arep sorang. Show all posts

Monday, December 19, 2011

A post for a lazy Monday.

Jom tag Dotters ikut idea masing2!!

"The one that eats everything in front of him"
- Ismeth (Yang ni aku fikir first skali. Sorry. Hehe)

"The one that is always connected to the internet"
- Arif
- WannAfzan

"The one who thinks he is awesome"
- Nazrin (yes you are!)

"The one that is always ready for a drink"
- Aku rasa macam semua je. Kalau jerit "Mapley?" semua orang will be like "Joooommmm!!!"

"The one that is never guilty"
- Wahida

"The dramatic friend"
- Hakimi

"The easily impressed friend"
- Rohani

"The one who follow radical doctrines"
- Iskandar Zulkarnain
- Nazrin

"The stylish friend"
- Faiz
- Atikah Pod

*Added tags

"The one that always sleepy"
- Syana


Cara nak tambah tag : edit post ni. Kalau bukan admin, letak je kat komen. Nanti aku tambah.

P/s : Kalau rasa post ni x perlu, buang je lah. I don't mind =)
P/p/s : Kalau satu tag tu nak buh 2-3 orang pun boleh gak argh!!

Monday, February 28, 2011

Skrip Icaf

in case aku lupa nak cakap, Abg Wan kata nak tolong buat skrip. dia try siapkan minggu ni. Ahad nanti aku follow up balik. sebab kalau dia busy minggu ni and x dapat siapkan by hari Ahad, kena cari skrip lain lah.

so, kepada orang2 lain, sila lah cari skrip. sape2 yang rasa macam mencurah2 idea ke ladang gandum, boleh je kalau nak buat skrip sendiri.

aku nak start buat Icaf awal lah...boleh? ni sesi demokrasi. bukan diktator.

p/s : harap2 korang nak juga start awal. kah kah kah.

p/s/s : UPDATE!!
kat sini ada beberapa skrip omputih yang korang boleh tengok2 n pilih2 kalau ada masa. klik kat sini boleh, sini pun boleh. semua link sama. hahahahaha!!

ok. aku banyak minum kopi. aku diam sekarang.

Monday, January 24, 2011

Dialog dalam Gambar

Bak kate orang putih "Satu gambar boleh cakap seribu perkataan" lebih kurang gitu le. Aku tengah kemas2 intipati laptop aku ni, aku jumpe le gambo2 lame budak2 Dot ni. Sambil2 tengok, tergelak sorang2 sebab duk pikir dialog2 yang mungkin wujud time tu.

Hoh. Aku tulih panjang2 bukan kome nak bace pun. Sile le nengok gambo2 ni ha.


"Saya yakin saya hensem"


Ismeth "Buwekk...ane ade!!"


Pali "Cis! Sikiiiiiit lagi gua nak sama tinggi dengan pokok belakang ni"


Leha "Ni la gaya terbaru candid orang tidoq"


Ismeth "Saya gagah. Dan saya suka kaler pink. Aww"


Say O "Saya nerd tapi saya gangster"


Say O "Saya gembira kerana kenyang!"
Ismeth "Saya murung kerana masih lapar setelah melantak 3 pinggan"


Ijan "Saya macho dan saya x kesah orang ambil gambar saya"


Say O "Ape Ijan? Kah Kah Kah!!"
Zayu "Segan ah ade daddy macho macam Ijan"


Say O "Saya bangga saya anak Malaysia"
Rayn "YOH!!"


Wann "Pe? Keropok ni aku punya sorang!"


Say O "Gunalah Balm Halia. Boleh kurus!"
Leha "Ya! Macam saya!"

sape2 tambah lagi gambo!

Tuesday, January 11, 2011

rumah

hari ni aku bertekad untuk keluar dari rumah mewah tu. dan kembali ke rumah usang yang dah lama aku tinggalkan x berjaga.

aku gagahkan diri merentasi 66km untuk sampai ke rumah usang tu. dan akhirnya aku berdiri di depan pintu rumah yang sangat lama aku x tatap.

dengan nafas yang berat, aku menolak daun pintu dan melangkah masuk. segalanya tidak berubah. malah seperti dijaga oleh seseorang. masih elok. masih cantik.

aku duduk di suatu sudut. mengenang kembali kisah2 dulu. kenangan gembira, pahit, manis, gelak tawa, tangisan, semua datang bertalu2 menerkam lubuk hati aku.

aku bergegas keluar. keluar dengan hati yang berat. tapi lega. berat kerana rindu aku pada rumah tu masih belum habis. lega kerana rumah tu masih elok berjaga.

dengan butir2 jernih yang kian membasahi pipi, aku berjalan pulang ke rumah mewah. dengan senyuman.

aku tau, hati aku masih pada rumah usang tu.