Sunday, April 19, 2009

Inilah Masanya...

5 bulan tak post di blog DOT
Tak mungkin aku mampu hidup 5 bulan tanpa DOT dalam darah daging aku

So, bear with me

_____________________________________________________________________

Bagi semua inilah masanya

Ada yang rasa inilah
Masa penamat
Masa kemuncak

Namun apapun jua
Inilah masa perjuangan kamu
Bagi yang akan mencecah alam senioriti
Bagi yang akan mencecah rasa tahun akhir
Bagi yang akan melangkah ke sesuatu yang lebih besar

Namun
Aku tau
Aku yakin

Adik-adikku bakal melangkah dengan gagah
Melangkah dengan bangga
Kerna tiada DOT-ters yang akan mengaku kalah

Untuk perjuangan anda sepanjang 3 minggu ini
Semoga berjaya

Kalau tersungkur
Berdarah, peluh membasahi mata
Usah khuatir
Akan ada DOT-ters lain yang bakal memimpin anda ke hadapan semula

Perjuangan kita belum berakhir
Untuk kita semua

Inilah masanya

Saturday, April 4, 2009

Post Terakhir Aku..


Gambar untuk Abg Wan dan DOT-ters

Pada mereka yang membaca
Pada mereka yang peduli

Terima kasih semua
Atas barbeque malam ini
Pada mereka yang merancang
Pada mereka yang berjuang
Terima kasih

Minta maaf
Kalau aku tidak membantu
Kalau aku terkasar bahasa
Kalau aku mengguris hati

Ini
Adalah kali terakhir aku di sini
Di blog alam maya ini
Kerna kelak aku bakal menunaikan tanggungjawabku

Dan
Pada semua, terima kasih dan mohon maaf
Pada Zati, kerna lawak kasarku sepanjang tahun
Pada Wawa, kerna gurauan kecilku dari MMP
Pada Leha, kerna perkelahianku bersamau
Pada Azmeir, kerna tersilap berbicara
Pada semua, kerna aku hanya insan yang penuh dengan cela

Terima kasih kerna sentiasa berada di sisiku
Terima kasih kerna menjadi keluargaku

P/S: Aku akan ambil cuti dari blog KDO ni dalam 5 bulan. Jadi ini mungkin post aku yang terakhir buat masa itu. Thanks for the barbeque. Siapa yang free, join la kami main bowling. Erm, last time aku dengan korang for 5 whole months babe. Kalau nak laa.

Wednesday, April 1, 2009

Event > Lagi-lagi Makan!!


Ohhh
Semua dah maklum
Jumaat malam akan diadakan majlis makan

Bukan

Majlis Kudapan
(Bimbang akan melukakan hati Leha dan Say O)

Kami faham
Kami faham bahawa hobi Leha dan Say O bukan "makan"

Persiapan akan dimulakan pada jam 6.30 ptg
Yang percuma minta datang mengadap memberi bantuan

Aktiviti malam itu
Akan diadakan persembahan multimedia
Akan diadakan permainan
Akan diadakan sesi mak...errr...kudapan

Ini request
Dari abang itu yang sudah mau habis extendnya
Minta setiap batch buat persembahan
Satu batch, satu persembahan
Katanya, lebih pun tak kisah

Dan sudah tentu
Abang itu jua perlu buat persembahan
Sendirian
Kasihan

Tapi
Aku pun sama

Itu saja
Segalanya akan diupdate lagi kelak