Tuesday, January 4, 2011

Tradisi dan Perumpamaan

Gua ingat nak letak entri tipikal. Tanpa gambar. Tapi sebab-sebab yang gua tak dapat elakkan, gua letak juga gambar barang satu dua. Hehehehe.

DOT ni tak akan sepesel kalau tak ada tradisi. Tak ada benda untuk dijadikan identiti. Jadi gua kumpul sedikit sebanyak tradisi yang gua ingat dan gua kompail dalam list di bawah.

1. Tradisi Makan-makan


Untuk pengetahuan semua, DOT jarang dapat orang macam Ismeth. Tak percaya tengok sendiri batch Fatin dan Say O. Tak ada orang yang betul-betul jadikan makan sebagai perkara serius dan rukun hidup. Jadi gua sendiri agak terkejut bila DOT berjumpa, akan ada tempat makan baru untuk diterjah. Bila bosan, mesej member-member ajak makan.

Frankly dan senang cakap, kalau tak ada produksi bila saja kamu jumpa dan berbual-bual? Ya, tepat sekali. Masa makan.

2. Tradisi Nganjing


Ini gua tak tahu dapat mana. Ini tak senonoh punya edisi. Asal jumpa sebelum mula tanya khabar, mesti ngata dulu.

Bawa-bawa bertobat pun ada baik juga ni.

3. Tradisi Bulatan


Ini gua dapat dari KTR. Setiap perjumpaan dan latihan mesti diakhiri dengan bulatan. Supaya semua boleh bercakap, supaya semua boleh meluahkan apa yang terbuku. Supaya semua boleh nganjing versi buah last punya (selalu gua yang buat). Dalam banyak-banyak tradisi, tradisi ini yang perlu, gua rasa, kita kena cherish. Sebab DOT dibina atas konsep ini.

Dalam bulatan, lu boleh cakap nangis dan maki. Its okay. Dan keluar dari bulatan, semuanya 0-0. What inside the circle remain inside the circle.

****

Disebabkan lama tak online, gua tak nak akhiri entri gua dengan lagak serius sangat. Jadi gua ada sediakan slot perumpaan untuk tatapan anda. Untuk tujuan komedi.

#Seperti Ismeth meratah tulang ayam.
; Maknanya benda yang laju.
- Kereta F1 itu ibarat Ismeth meratah tulang ayam.

# Seperti Ijan dengan Wawa
; Maknanya macam merpati 2 sejoli
- Pengantin itu seperti Ijan dengan Wawa.

# Seperti Leha
; Maknanya tak senonoh dan kuat makan.
- " Ang ni perangai umpama Leha " kata ibu ayam pada anak ayam Didik.

# Seperti Ijan lepas accident
; Maknanya kuat yang amat.
- Superman tu bolehlah diibaratkan seperti Ijan lepas accident.

# Seperti blusher Wann
; Menggambarkan benda yang diperlukan untuk ruang yang besar.
- Karpet untuk dewan besar itu seperti blusher Wann.

# Seperti Aishah dan KLCC
; Maknanya orang kampung tak reti sebut mercu tanda Malaysia.
- Sebagai orang yangberilmu kita janganlah jadi seperti Aishah dan KLCC.

# Seperti Palie
; Panjang yang amat.
- Perjalanan dari Perlis ke Johor sangat macam Palie.

# Seperti Abg Nas
; Hensem dan bertubuh sasa.
- Pelakon Korea itu seperti Abg Nas.

p/s : gua tak letak bowling dan wayang sebab gua tak rasa itu tradisi DOT. faham kan?

fin.

7 comments:

ismeth said...

bongok punya perumpamaan.

say- O said...

perumpamaan ismet tu memang terbukti waktu gi kuar makan kfc baru2 ni.

say- O said...

oh boling dan wayang, paham2.

leha said...

macam cipan makan jeruk.~!

wann afzan said...

bodo

nur wahida said...

argh!!!!!
lawak cm na teketut!
tu ke tradisi????
tp yg last skali sal mamat korea tu aku hope aku salah bace!
argh!~ mne spec nih???

leha said...

y part mamat korea 2 khayalan y keterlaluan..harap maklum.