Sunday, July 14, 2013

Misteri #1 DOT

#Pengenalan

Dato Onn's Theatre (harap tidak menyinggung mana-mana Dato yang masih hidup atau telah lama meninggal dunia) atau lebih dikenali dan kini sentiasa ingin dikenali sebagai DOT adalah satu kelab seni teater yang sentiasa dihantui pelbagai misteri dan kontroversi.

Kalau kita nak merungkai kat entri ni setiap satu misteri yang wujud dalam DOT, solat sunat terawih campur tazkirah akan habis lama sebelum habis 1/3 rungkaian sesuatu misteri . Kalau kat Pahang, mungkin 1/5 ja sempat rungkai misteri, sebab harom buat tazkirah.

Samada misteri kisah cinta berantai Palie, atau ke kontroversi lu-sapa-kacau-awek-gua? hinggalah ke misteri Arahtuju Kerjaya Kimie.

Namun dalam segala misteri itu, tiadalah yang lebih agung atau maha karya misterinya atau kalau dalam Pacific Rim, ia mungkin kategori misteri tahap rupa Kaiji peringkat akhir 'Penaklukan' yang tak ada dalam movie tu, selain dari misteri...




Betul. Berat Ismeth yang sebenar. Misteri yang menghantui segenap ahli anggota DOT setelah sekian lama. Aku syak teknologi pengintipan NSA Amareka pun tak ada angka nombor berat Ismeth dalam database mereka apatah lagi ahli DOT yang tak pernah pun pergi Amareka. Mungkin Wahid satu hari nanti itu pun kalau baju tentera masih releven satu hari nanti.


#Kajian

Hasil kajian yang aku telah jalankan dan beberapa sesi soal selidik yang intense, sedikit sebanyak aku dah berjaya memperoleh sedikit maklumat walaupun diyakini tidak mampu mengorek rahsia berat Ismeth sepenuhnya.

Hasil reaksi muka Ismeth bila aku cakap berat Say O, sekian value, Ismeth menunjukkan reaksi yang terkejut atau trauma atau juga hampir putus akal. Kini diyakini berat Ismeth adalah lebih kurang atau lebih sikit dari berat Say O.

Juga hasil stalking gambar lama beliau, didapati Ismeth menunjukkan trend yang secara konsisten berkembang. Walaupun aku cuba untuk melakukan perbandingan antara Ismeth dengan Daia, tapi atas dasar perempuan amat sensitif dengan angka berat, maka aku compare dengan Wann sebab Wann tak perempuan sangat.


#Hasil Kajian

Kita mula gambar Ismeth masa zaman persekolahan.






Anda mungkin tak perasan, tapi sebenarnya Ismeth berada di dalam setiap gambar! Benar! Oh ya, yang dalam bulatan merah tu bukan Ismeth. Saja tambah sedikit graphic bagi nampak power.

***

Kemudian zaman matrikulasi.


Hampir menyerupai form Ismeth sekarang. Although, it's not might even be his final form!

***

Dan pembandingan antara Ismeth dan Say O masa 1st year DOT. Wann sebagai controlled sample.


Berikut pula perbandingan antara Ismeth dan Wann. Aku sebagai contoh sampel manusia normal yang sihat dan cool.



#Kesimpulan

Diharapkan setiap hasil kajian selama hampir 3 tahun ini akan menjadi petunjuk dan 1 step ahead dalam misi merungkai misteri berat Ismeth yang sebenar. Hidup kena ada misi. An? an?

Semoga semua kajian ini tidak akan disiakan dan akan terus dijalankan sepanjang masa sehinggalah tiba masa Ismeth ada bini. Lepas tu kita boleh mula paksa bini dia pulak bagitau kita.

Sehingga tiba masa itu, berat Ismeth akan sentiasa menjadi misteri #1 kelab seni teater DOT.



7 comments:

wann afzan™ said...

Ahh aku baru baca entri ni. Terima kasih kerana jadikan aku controlled sample. =.=

Unknown said...

1 gmbaq salah.tu bukan aku.kt gmbaq second kot.

Unknown said...

btw aku da citer la berat aku kt hg arip.x igt ka?

Unknown said...

baca x abih.baru pasan knapa ada bulatan merah itu.

arifpaan said...

gambar aku edit atas sekali tu layak jadi cover Fixi.

N.W.I said...

hahahahahahahahaahahahhhhhahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahhahahahah! oi aku gelak2 tak berenti dalam library tempat li aku ni kot!
hahahahahahahahahahahahahahaha!
tengs arep!
memang misteri!
bagus hasil kajian kau ni!

Unknown said...

sila buat pertandingan where ismeth di gmbar kedua.tgk ramai x pasan.