Wednesday, April 7, 2010

Apa Itu Teater? - Konsep

Dalam menjalankan suatu produksi teater, salah satu elemen penting yang perlu ditetapkan oleh pengarah adalah konsep suatu pementasan. Latar masa dan tempat perlu ditetapkan dengan teliti supaya tiada elemen persoalan yang timbul di kalangan penonton.

Namun setelah pemilihan skrip, pengarah perlu menentukan antara 3 konsep yang akan diaplikasikan di dalam suatu pementasan.

1. Realis - Nyata
Kelebihan konsep ini adalah ia tidak memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Hanya perlu daya pemerhatian yang tinggi. Contoh dari segi set dan kostum dalam kelas sekolah menengah. Perlu meja, kerusi dan papan hitam. Pakaian sekolah untuk pelajar sekolah menengah. Konsep ini memerlukan ketelitian yang tinggi. Kelemahan konsep ini adalah sebarang kesilapan sangat senang dikesan dan ia menghalang kepelbagaian dari segi artistik.

2. Absurd - Tidak Nyata
Kelebihan konsep ini adalah dari segi budget. Contoh, kotak yang besar boleh dijadikan katil, kerusi, meja, kereta mahupun kapal bergantung pada pelakon dan tafsiran pengarah. Konsep absurd tidak memerlukan kita terlalu realis, boleh bermain dari segi artistik sepertimana kemahuan kita dan tidak akan ada persoalan kerana ini dunia absurd. Namun berhati-hati bermain dengan dunia absurd kerana bimbang ianya susah difahami penonton.

3. Surealis - Separa Nyata
Konsep ini adalah konsep yang paling sesuai bagi seorang pengarah yang berpengalaman. Namun pengarah hendaklah pandai membezakan antara dua dunia. Contoh cerita surealis adalah cerita hantu. Hantu adalah alam yang tidak nyata manakala manusia pula adalah dunia nyata. Pengarah boleh bermain dari segi artistik di atas set yang realis, namun pengarah juga harus pandai menjelaskan konsep surealis supaya senang difahami penonton.

Contoh teater surealis.

Dari segi konsep, pengarah haruslah jelas supaya ia senang difahami oleh penonton dan rakan produksi.

Sekian, jika ada sebarang soalan berkenaan konsep boleh aju terus pada saya.

" Memanusiakan manusia melalui budaya teater. "

Fin.

14 comments:

izan_muslimin89 said...

thanx...
tapi xkan ni je...
rasanye mcm byk lg yg kitorg xtau...
tulis byk2...

wann afzan said...

klu surealis tu termasuk x yg kite buat?
ataupun yg kite buat tu lain?
mksud sy, lve suicide...
yg isteri khayalan tu...
or tu blh dikatakan realis?

Nazrin Saad said...

ada pelbagai penafsiran utk konsep bg seorang pengarah.

suatu skrip boleh dilihat sbgai realis ttp dsmpaikan dlm keadaan surealis atau absurd. dlm kata lain jln cerita adalah realis namun disampaikan dlm konsep tidak nyata.

dlm love suicide, kewujudan karakter noriza tlh mengalihkan konsep kita kpd surealis, namun overall, pnyampaian yg pgrh cuba sampaikan adalah dlm konsep realis.

jgn slh phm, suatu teater blh mjadi realis dan surealis dlm 1 pementasan, namun mainstream hendaklah ditetapkan.

pndgn aku, love suicide jatuh dlm konsep surealis. jika ini prtndgn teater yg sebenar, penggunaan artistik kita adalah terlalu kurang jika kita menggunakan konsep surealis.

walhal lampu blh lg dimainkan dan selalunya kewujudan korus akn menambahkan lg konsep surealisme dlm teater ini.

=)

say- O said...

wow.

wann afzan said...

owh...
selalunye klu nk buat surealis menggunakan manusia mcm noriza, lampu kite leh main cmne?
chorus lak utk jd angel cmtu la?

Nazrin Saad said...

contoh :
kemunculan noriza dlm scene surat boleh menggunakan lampu spot berfilter purple, hijau atau biru. sering digunakan dlm teater untuk menunjukkan itu dua dunia yg berbeza.

dlm superptuih, aku mggunakan lampu biasa utk menunjukkan scene flash back ptuih brjmpa ayhnya, bila emosi ptuih naik dan marah, automatik lampu merah dinyalakan mlmbgkn emosi pd masa itu.
set yg mggunakan 3 helai kain putih mlmbgkn 3 org watak, bila setiap karakter di pentas, lampu yg brwarna tertentu akn spot di kain milik watak.

nampak? konsep surealis dan absurd banyak memainkan konsep kreativiti dan menyampaikan dlm cara yg tersirat.

kwujudan korus xsmstinya angel, boleh jadi apa saja. korus yg tiba2 muncul dari katil, menjerit2 dan meronta. kemudian hilang. simbolik pada penderitaan arif dan noriza.

korus bukan pelakon sebaliknya hanya sebuah pelambangan.

=)

wann afzan said...

tp ramai ke blh fhm korus tu?

Nazrin Saad said...

bergantung pada penafsiran seorang pengarah.

pengarah yg baik pasti dpt menyelesaikan konsep korus tanpa sbrg persoalan.

=)

izan_muslimin89 said...

oo...ingatkn korus tu kust org yg nyanyi kt blakang je...

ada perasan gak peranan warna lampu tu just xtau mcm mana nk guna n xpernah dibincangkn sblum ni...

say- O said...

hm...

wann afzan said...

maknenye kne byk blajar pasal penggunaan korus n lampu..
then br leh aplikasi dlm penggunaan surealis smua..
oryte...
korus tu leh jgk bersuara smua kn?
tp dialog yg byk, leh ke?

Nazrin Saad said...

korus boleh jadi apa saja.
tanah, haiwan, angin, mahupun perasaan manusia.

pernah aku bagi pod tgk 1 dekon bertajuk hitam. dlm dekon tu korus adalah seekor kucing, dan ia boleh saja berdialog membaca puisi menyatakan apa yg dilihatnya.

nota : kewujudan korus tidak akan mendatangkan kesan pada jalan cerita.

wann afzan said...

tp korus ni hanya leh jd perasaan smua tu la eh?
hurm..
ade nota btul2 utk korus?
n lighting juge~~

Nazrin Saad said...

korus blh jadi apa saja yg melambangkan teater yg dipentaskan.

=)