Thursday, March 18, 2010

Dragon Ball : Fantasi Seorang Realis

Dalam dunia ni ada Dragon Ball. Yang sebenarnya Dragon Ball ada 7 biji semuanya. Apabila 7 biji Dragon Ball dikumpul, maka Dewa Naga akan muncul dan menunaikan hajat yang dipohon oleh orang yang menyeru beliau.

Hero cerita ini nama Amirul. Beliau hensem dan berasal dari Kuala Terengganu.

Kisahnya bermula begini.

Amirul tak pernah menyedari akan kewujudan Dragon Ball. Suatu hari dia menyelongkar laci boxer ayahnya. Di celah-celah boxer ayahnya dia terjumpa sejenis bebola yang bersinar. Oh, Dragon Ball rupanya. Dia jadi konfius.

Dia cari lagi kawasan rumahnya. Di dalam kotak TV ada lagi sejenis Dragon Ball. Sekarang Amirul dah ada dua Dragon Ball. Bintang dua dan bintang lima. Amirul buat research. Baru lah dia tahu akan kehebatan Dragon Ball yang diperkatakan. Maka Amirul mengambil keputusan untuk mencari lagi 5 Dragon Ball bagi memenuhi hasrat beliau. Dengan bantuan AJK Duniawi, Amirul cuba mencari 7 biji Dragon Ball.

Dragon Ball Bintang 6 :

Dragon Ball ini dijumpai di sebuah kampung. Kampung ni huru-hara. Budak perempuan kerap diculik oleh seorang gergasi. Maka Amirul terpaksa menggunakan akal untuk mengalahkan gergasi itu bagi mendapatkan Dragon Ball yang diidamkan.

Gergasi tu nama Ismeth. Baru-baru ini dia menculik seorang gadis bernama Maria Ozawa. Amirul dah ada plan.Gergasi tu datang dekat dia sogok dengan nasi beriyani cheese. Terus gergasi tu cair. Maka dapatlah Amirul Dragon Ball bintang 6.

Dragon Ball Bintang 1 :

Dragon Ball ini dimiliki ahli pencak gusti terhebat. Ijan. Amirul tahu kalau lawan Amirul mesti kalah. Jadi dia kena pasang plan baik punya.

Ijan suka tengok gusti. Ijan suka makan cabai. Ijan suka tengok gusti sambil makan cabai. Malam tu Ijan tengok gusti sambil makan cabai lagi. Diam-diam Amirul ambil remote, tukar cerita porn. Tersedak Ijan, tangan tak sengaja masukkan cabai dalam mata.

“Arghhh!! Cabai masuk mata! Cabai masuk mata!”

Dragon Ball Bintang 4 :

Kalau Amirul nak Dragon Ball ni Amirul kena kalahkan Is dalam satu pertandingan PES. Is hebat main PES. Is paling hebat main PES. Amirul takut. Terus rasa nak terkecink.

Is dengan bangganya berkata kalau Amirul berjaya skor satu je pun Amirul dah dikira menang. Amirul naik semangat. Apa lagi dia terus on. Takkan sebiji pun tak boleh menang kan?

Baru 1st half Amirul dah kena 23-0. Amirul tukar strategi. Amirul yakin boleh menang kali ni. Amirul pakai dua winger. Attack dari kiri kanan padang. Is jadi keliru. Dapat pada winger kiri Amirul, Amri Yahyah. Dia dummy, macam nak cross tapi dia gelecek Insua. Amri pass pada K Soley. Is cuba block pakai Carragher dan Skrtel, Is yakin boleh block.

Amirul dengan spontan cabut bulu kaki Is. Is menjerit. Reina own goal.

Amirul menang 1-23.

Dragon Ball Bintang 7 :

Ini pengembaraan paling merbahaya. Dragon Ball ini dimiliki seorang gadis bernama Leha. Dah berapa ekor dinosaur yang telah berjaya Leha kalahkan dengan sekali hentak saja. Dia juga ada serangan rahsia. Laser tahi lalat. Serangan itu dianggap lebih berbahaya dari bom atom.

Amirul terpaksa berlawan dengan Leha kali ni sebab Leha tak ada kelemahan. Amirul cuba tampar Leha, Leha tampar balik. Berpusing Amirul.

Masa Amirul cuba untuk bangun kepala Amirul pening. Leha mengumpul tenaga untuk serangan laser tahi lalat. Masa tu seorang mapley datang bawa sambal lebih. Leha tembak. Amirul elak. Kena mapley. Mapley hangus. Sambal tumpah.

Leha menyesal gila-gila. Amirul berjaya dapatkan Dragon Ball. Sama ada Leha menyesal disebabkan kehilangan sambal atau mapley masih menjadi tanda tanya ke hari ini.

Dragon Ball Bintang 3 :

Dragon Ball ini dimiliki Palie. Amirul terpaksa mencuri Dragon Ball tersebut. Tapi disedari oleh Palie. Palie pun apa lagi, kejar Amirul. Makin lama makin dekat. Maklumlah kaki Palie kan panjang.

Amirul selit sana. Palie pun selit. Amirul selit sini. Palie turut selit. Amirul selit bawah tiang. Kepala Palie tersangkut, tak dapat kejar. Leher Palie tergeliat. Amirul terlepas.

Sekarang tibalah masa Amirul memanggil Dewa Naga. Dewa Naga keluar. Muka sama macam Fatin. Dalam hati Amirul berkata “ So duniawi”.

Amirul pun minta,

“Kawe nak awek pandai masak, comey, pandai, sopan-santun, dengar kata, putih melepak, kaya, tak bergantung pada hasbend, tak pendek tak tinggi, senyum manis, sayang kawe, ambil berat pasal kawe dan lawa!”

Dewa Naga buat muka terbeliak,

“Gila. Mana ada orang macam tu dalam dunia ni.”

Amirul terbeliak. Amirul geram Amirul acungkan jari tengah pada Dewa Naga. Sambil bilang,

“**** you!”

3 comments:

wann afzan said...

leher tergeliat..
masih menjadi kegelian di hati...
ayat last skali...
lagu laa kn???
huhu~~

Fatin Mazelan said...

gila.

say- O said...

mengarut lagi.
hahahahaha!