Thursday, September 3, 2009

Kisah Ismeth : Mari Balik Raya!

(Sempena Bulan Ramadan, pihak DOT Production House telah menghentikan sejenak proses pembikinan video-video individu DOT-ters. Sebagai ganti, pihak DOT Production House akan membawakan cerpen terpilih bagi DOT-ters yang terpilih. Jadi, sila enjoy!!)

Tuutt... Tuttt.... (Bunyi talifon)

"Ye, Assalamualaikum. Pusat Pecah Lemak Kajang. Ismeth di talian, boleh saya tau siapa di sana? Oh, mak... Ye, Selamat Berpuasa Mak. Insya Allah. Semua sihat di kampung? Tahun ni? Erm, entah la mak, tiket bas semua dah habis. Even tiket kapal selam pun dah kena booking. Kereta BMW Ismeth kan still kat kedai pajak lagi. Tengok la camne. Kalau ada rezki Ismeth balik la. Insya Allah. Kirim salam sama Umi Leha ye mak. Lama tak jumpa dia. Perut dah macam Ismeth dah pe sekarang ni. Waalaikumusalam. Muah2."

Begitulah Ismeth, seorang usahawan terkenal. Komited dengan tugas tapi tak pernah gagal bermanja-manja dengan ibunya sendiri. Siapa tak kenal Ismeth, usahawan pecah lemak yang terkenal hingga ke Tokyo.

Namun tahun ini Ismeth mengalami kedukaan. Sudahlah bisnesnya semakin merudum akibat produk wantan kurang lemak dari syarikat Taipei itu mengurangkan perut-perut buncit di Malaysia, tiket balik raya pula sudah habis.

Ismeth buntu. Memandang siling. Alangkah bagusnya kalau boleh naik Air Asia. Tapi nama beliau telah di blacklist. Alasan? Suka membawa barangan haram. Alah, bukan banyak mercun dan bahan letupan yang ingin dibawa balik ke kampung. Barangkali mereka dengki denganku, carut Ismeth dalam hati.

Kini Ismeth buntu. Ismeth perlu bertemu dengan tunang di kampung. Kalau tak tunang beliau nak cari lain.

Ketika itu Ismeth terpandang iklan TV. Suatu iklan yang menaikkan semangatnya.

"Tarian zapin pusaka lama,
Joget dan canggung juga sama,
Di mata dunia membawa nama,
Tarian tradisi itu yang pertama!

Anda pandai menari kuda kepang, joget mahupun zapin? Anda comel? Jika ya, datanglah ke Ujibakat Tari Raya di Sri Pentas! Hadiah menarik menanti anda. Hadiah berupa tiket bas pergi balik ke mana-mana destinasi sempena Hari Raya tahun ini!"

Ismeth tersenyum keseorangan. Dalam hati dia bertanya, tarian boria pun leh ke?


Ibu Ismeth yang menangis menanti kepulangan Ismeth. (Ilustrasi penulis ; Gambar sekadar hiasan)
....................................................................................................


Adakah Ismeth berjaya pulang ke kampung?? Anda yang tentukan!!

No comments: