Showing posts with label Ilmiah. Show all posts
Showing posts with label Ilmiah. Show all posts

Wednesday, November 30, 2011

Teater Minimalis vs Teater Konvensional


Apa-apa pun, semua ni aku tulis berdasarkan pendapat, pemerhatian dan isi hati aku. Dan sebenarnya aku malas nak menulis pasal ni, tapi aku tulis la juga, kalau ada seorang dua boleh jadikan rujukan atau panduan pun aku dah cukup puas hati.

***

Teater konvensional tu istilah aku, tak ada dalam mana-mana nota tokoh teater. Teater konvensional ni teater yang kita selalu buat. Ada set, ada 4, 5 pelakon. Yang macam kat IB, yang macam Takdir Ilahi.

Teater minimalis pula adalah trend teater indie sekarang ni. Segalanya diminimakan. Set minimum, pelakon minimum. Malah seorang pelakon boleh memegang 3-5 watak dalam 1 masa seperti Teater Juta-juta dan JalanG Belakang Bukit Bintang yang pernah kita tengok.

***

Tak dinafikan teater minimalis sedang naik sekarang ni. Hampir semua teater indie kat luar ambil haluan ni, sebab utamanya adalah ianya cost effective. Dengan hanya satu dua pelakon dan set yang bermodalkan RM50 satu produksi teater boleh dihasilkan.

Jadi, apa signifikannya teater minimalis dengan scene teater konvensional budak-budak macam kita?

Bagi aku, tiada signifikannya. Kawan aku pernah cakap yang MAKUM sudah ketinggalan zaman, yang sepatutnya MAKUM cuba adapt teater minimalis kerana realitinya scene minimalis semakin berkembang. Yang sebetulnya jika budak-budak baru nak up macam kita nak survive di luar, kita perlu tahu ini semua.

Bagi aku tak.

Betul, teater minimalis makin up di luar. Tapi untuk kelompok macam kita, kelompok yang baru hendak belajar ia adalah faktor luar.

Secara jujurnya, macam mana kita nak faham konsep absurd, realis, perbezaannya jika semua karya dipertandingkan atas kanvas minimalis?

Teater adalah cabang seni yang popular, tapi jika cuba dikenalkan di peringkat universiti menerusi konsep yang terlalu berat, maka berapa ramai yang akan berminat untuk join benda ni? Dan dah terlalu banyak orang yang aku tengok pergi selepas tahu teater itu bukan benda main-main.

Mungkin teater minimalis, sebuah teater eksperimental boleh diperkenalkan pada pelajar-pelajar IPTA, tapi untuk MAKUM secara overallnya, masih terlalu awal apabila aku melihat juri MAKUM sendiri lebih gemar pada konsep realis dan surealis pada festival yang lepas.

***

Kesimpulannya, teater konvensional adalah comfort zone. Aku bukan tak setuju 100% dengan pendapat kawan aku tu. Malah dengan adanya teater eksperimental baru kita boleh kembangkan ilmu kita, bukan?

Tapi setiap benda kena ada stage dan prosedurnya.

Dan melihat pada kelibat dan mentaliti kita, tak semua bersedia untuk adapt dengan konsep minimalis buat masa ini.

Kalau teater konvensional pun tak lepas lagi, macam mana nak adapt dengan teater ekperimental.

p/s : tak ada masa nak check typo.

fin.

Friday, September 9, 2011

. PESTA KONVO : Komedi D' Muzikal .

______________________________________________________________________
. Assalamualaikum & salam sejahtera semuanya pon. ada sedikit yg nak dikongsi mengenai sedikit maklumat hasil perjumpaan dengan sekretariat Pesta Konvo ke- 39 tahun ni khususnya mengenai persembahan seni pentas.

- Boria telah di gantikan dengan KOMEDI D'MUZIKAL pada 25 SEPTEMBER 2011-

1. Tema : berkonsepkan "5 tahun lagi" telah ditukar kepada 'Hari Raya Datang Lagi'
2. 3 orang pelakon, 6 orang penyanyi, 6 orang penyanyi latar (semua boleh berlakon skali, maximum atas pentas 15 orang)
3. Crew back stage tak de limit termasuk yg jaga lighting & muzik cuma tak dapat sijil. 15 orang atas pentas saja dapat sijil.
4. Durasi persembahan 10 minit sahaja (dyorg ckp nak buat ala2 Maharaja Lawak)
5. Muzik minus one perlu disediakan dgn lirik.
6. Hadiah Johan, dua & tiga (anugerah yg lain dyorg tgh pertimbangkan, maklum kemudian)
7. TIADA YURAN PENYERTAAN.

p/s : borang penyertaan semua dah ada dan
perlu conformkan sebelum 15 September,
lebih2 pon tak pe InsyaAllah boleh kawtim sebab
Pengarah Sekretariat Persembahan Pesta kawan saya. ngee~

Wednesday, May 4, 2011

LI / Praktikal

Okay. Walaupun satu dunia tengah riuh pasal Osama, aku malas nak komen panjang hal tu. Lebih baik tulis hal yang lebih ilmiah.

Praktikal. Rasanya tahun ni ramai gila ahli kita yang berpraktikal. So, lets talk a bit about this.

Apa yang aku tulis ni adalah atas dasar informasi orang dan pengalaman, so tak ada sumber tertentu. Jadi boleh dijadikan sebagai basis of a discussion.

****

Praktikal bagi aku adalah subjek paling senang-tidur-pun-boleh-dapat-A! Mostly yang paling susah adalah nak dapatkan tempat. Dah dapat tempat, takdehal bai.

Sistem pendidikan di Malaysia, some people say, hanyalah sebagai suatu medium persediaan seorang pelajar menyediakan diri untuk peperiksaan. Jadi, Praktikal menjadi satu subjek penting bagi sesetengah kursus kritikal.

Contohnya, Kejut telah memanjangkan masa praktikal dan kursus FST yang dulunya tak ada praktikal tahun ini sudah mula ada. Contohnya kursus Leha yang sekarang tengah fotostat kertas di Kastam Aloq Setaq.

Bagi aku, praktikal final year adalah sangat menguntungkan especially kalau anda dapat syarikat yang anda minat. Kalau anda berjaya menarik hati penyelia anda, by the end of the sem and your graduation you are officially hired there! Tapi kalau dalam cerita syarikat yang tah apa-apa aku malas komen lebih.

Bagi aku praktikal adalah subjek yang sangat senang. B dan ke atas for sure dalam tangan kalau log book, presentation dan report dibuat dengan betul.

So untuk guys dan girls yang berpraktikal semester ni, have fun. I seriously enjoyed mine.

Dan rasanya Palie pun enjoy praktikal dia tahun lepas. If you know what i mean. Hahahaha~~

****

Masa ni lah kau nak rasa sexual harassment at workplace. Heard it in the news, and now come on see it. Nasib baik aku laki.

Masa ni juga nak rasa gatal tangan dapat gaji based on apa yang kita belajar.

Masa ni jugalah nak berkawan dengan orang yang lagi tua dari kita. Aku dulu kawan dengan Cik Aziah. Ya. Aziah. Tapi dia cun, apa ada hal?

Macam aku cakap, semua ni base on pengalaman. Kalau ada antara kita yang ada pengalaman praktikal nak share, feel free to do so.

p/s : masa aku dulu ada elaun RM500 dari KPTM. heeheehee~~

Monday, November 15, 2010

Direktori


Aku masuk KTR dan berazam mahu capai 3 perkara selepas menjawat audio sepanjang tahun pertama. Mahu berlakon, jadi SM dan pengarah.

Aku berjaya menjadi pelakon di tahun kedua di dalam Festival Makum, teater Ara, jadi SM semasa pementasan teater Perkahwinan di Singapura pada tahun ketiga dan menjadi pengarah untuk DOT dalam FTU semasa tahun ketiga.

Tapi tak semua yang menyertai teater tahu dan mahu menjadi seorang pengarah.

Ini dari pengalaman. Mungkin boleh dijadikan iktibar ataupun panduan. Depend.

Dari segi pengarahan sendiri dan pengalaman serta perbincangan dengan Kak Ana aku dapati terdapat dua jenis pengarahan.

1. Pengarahan bersifat memimpin

Pengarahan ini memerlukan pemahaman, pengetahuan, pengalaman dan idea yang cukup mendalam bagi seorang pengarah. Seorang pengarah perlu tahu selok belok sesuatu naskhah dan juga konsepsual dan sinografi suatu pementasan.

Dari segi komunikasi dengan pelakon, pengarah bersifat memimpin pelakon dari A hingga Z. Arahan pengarah stail ini adalah rigid. Pelakon mesti memahami dan mengikuti arahan beliau. Jika ada perubahan, hendaklah masih mengikuti konsepsual atau jalan asal pengarah.

Pengarah stail ini hendaklah sangat berkebolehan dan punya ilmu serta pengalaman yang banyak.

Stail ini adalah sangat bersesuaian jika ingin melatih pelakon baru yang tidak berpengalaman di dalam arena teater. Namun bagi seorang pelakon yang sudah berpengalaman, stail jenis ini adalah sedikit menghalang kreativiti.

2. Pengarahan bersifat indipendent

Pengarah stail ini bersifat lebih menyeluruh produksinya berbanding dengan pengarah stail pertama.

Pengarahan stail ini lebih mementingkan produksi untuk berfikir secara kreatif dan mencari sendiri apa yang perlu untuk sesebuah pementasan. Pengarah hanya menyediakan konsep asal sahaja. Sebarang perkembangan adalah dari segi pemikiran sesebuah produksi itu sendiri.

Begitu juga dari segi lakonan. Pengarah hanya memberi arahan asas sahaja, yang lain mesti dicari sendiri oleh seseorang pelakon itu.

Pengarahan jenis ini amat merangsang kreativiti tetapi agak kurang efektif jika dengan sebuah produksi baru.

Walau apapun cara pengarahan kamu, ianya mestilah bersesuaian dengan kualiti seorang pengarah dan produksi. Selain itu, setiap pengarah juga mesti punya prinsip dan azam.

Pengarah mesti ada prinsip dan stail sendiri. Contoh : Teater arahan aku mesti ada muzik live dan audio yang orang tak pernah dengar. Jika audio lagu-lagu popular serta merta aku tolak. Dan aku lebih kepada karya surealis.

Dan azam aku, setiap pementasan aku hendaklah sampai mesejnya kepada penonton.

Jika kau seorang pengarah tapi kau tak punya prinsip dan azam maka there is something wrong with you somewhere.

Regardless of what you experienced in theatre you got to have a princip.

p/s : sekadar bahan bacaan ilmiah. aku tulis dari pengalaman bukan dai sebarang sumber bacaan. i stand corrected by the way.

p/s/s : alert dengan teater muzikal dreamgirls dengan natrah. its on their way.

fin.

Thursday, November 11, 2010

Adaptasi

Adaptasi adalah proses evolusi di mana suatu populasi menjadi serasi dengan suatu habitat. - sumber : wikipediasebabakutakadakamusdewan -

Itu definisi adaptasi secara amnya. Dalam bidang teater juga ada penggunaan perkataan adaptasi ini.

Kata kunci : Serasi.

Mana-mana hasil sastera yang diambil untuk dipentaskan mestilah diserasikan dengan latar dan tema yang ditetapkan oleh pengarah, bukan sekadar mengambil bulat-bulat apa yang dibaca atau dilihat dari hasil sastera mentah itu.

Satu perkara yang kebanyakan pengarah filem kita gagal kuasai.

Kebanyakan filem atau novel dari luar adalah sangat menarik jika dapat dipentaskan. Tapi keadaan di negara kita yang masih mengekalkan keadaan budaya bangsa yang tinggi masih banyak benda yang ingin kita preserve walaupun melalui adaptasi.

Contoh yang terdekat sudah tentu KL Drift. Sila tengok dan beritahu aku 'alah, sikit ja tiru Fast and Furious'. Orang seni/pengarah tak panggil tiru. Mereka panggil adaptasi. Syamsul cuba adaptasi filem itu ke dalam Malaysia.

Dan bagi gua dia gagal. Banyak aspek Hollywood di dalam filem itu yang tak kena langsung dengan keadaan di Malaysia. Untuk itu, senang aku katakan adaptasi dia gagal sama sekali.

Dan sudah tentu karya fairy tale seperti Sleeping Beauty dan Frog Prince tidak dapat dilakukan di Malaysia.

Untuk menjadi seorang pengarah, proses adaptasi adalah proses yang sukar di mana sangat susah kita mencari kesempurnaan karya tanpa mencalarkan karya asal dan mengekalkan originaliti karya itu.

Pasti anda masih teringat kegagalan Dragon Ball bukan. Itu kerana proses adaptasi yang melampau hinggakan originaliti karya terkenal itu hilang di dalam proses.

Jadi apa yang penting di sini adalah research. Bukan sekadar mengenal karya, tetapi mengenal penghasil karya itu. Jadi kau tahu apa yang hendak dia sampaikan. Pengarahan aku yang pertama di dalam FTU, aku gagal mengenal penulis skrip Superptuih menyebabkan aku gagal interpret 100% apa yang ingin disampaikan.

Jadi adaptasi itu bukan senang. Kata Ismeth mahu cuba pentaskan A Walk to Remember. Sudah tentu nama watak utama di dalam novel itu bukan Senah dan Karim bukan? Dan jika mahu ambil terus karya itu, kostum dan pelbagainya haruslah bersesuaian. Disebabkan itu karya cinta dari Barat jika hendak diadaptasi di sini sangat mengambil kreativiti yang tinggi.

Teruskan membaca karya dari luar. Itu merangsang kreativiti anda secara tidak sedar.

Tapi sekali lagi ingin tegaskan. Menjadi pengarah bukan tugas yang mudah. Proses adaptasi apatah lagi. Jika adaptasi gagal, pengarah 100% to be blame.

p/s : since kamu semua sibuk memilih karya untuk dipentaskan ini hanya secebis nasihat untuk kamu. terima kasih sebab membaca.

fin.

Monday, September 6, 2010

Kata Pujangga

Buatlah yang t'baik hari ini...
Luahkanlah apa yang terbuku hari ini...
Ketawalah sehabis mungkin pada hari ini...
Dengan mereka...

Kerana esok...
belum tentu Dia beri kita melihat dunia...
belum tentu mereka ada...


p.s : aku selalu letak ayat2 yang lebih kurang macam ni kat status fb aku...tapi kali ni aku try penuhkan blog dengan ayat2 macam...

Wednesday, August 18, 2010

Review : Laila Majnun (2009)

Laila Majnun Cast.

This is by far the most successful musical DOT has ever performed.

Itu bukan aku saja yang cakap. Itu dari kaca mata khalayak juga.

Laila Majnun sepertimana yang kita tahu adalah kisah cinta Laila dan Qais. Tipikal seperti Antara Dua Darjat tetapi dipenuhi warna warni lagu-lagu ubahan (bukan gubahan) sendiri dan warna-warni karakter itu sendiri.

Tak ramai yang tahu tentang produksi Laila Majnun kecuali adik-adik tahun 3 sekarang.

Laila Majnun the musical adalah produksi yang dipentaskan sempena Fiesta Hakera. Asalnya ingin dipentaskan di pentas Panggung Seni namun terpaksa dipentaskan di tapak Fiesta Hakera saja akhirnya.

Produksi ini mengambil masa hampir sebulan. Lagu tema adalah lagu Tanya Sama Hati nyanyian P Ramlee dan Nur Madiah. Dengan lagu-lagu lain seperti Epihany disampaikan oleh Say O, YMCA secara beramai-ramai, Mari-mari Tuan (gua lupa tajuk) oleh Leha dan rakan-rakan, Prince Ali secara beramai-ramai dan lagu DOT sesi 2008/09 ; Phantom of the Opera juga disampaikan secara beramai-ramai.

Say O : Epiphany. Try sing this song man.

Apa yang menariknya tentang Laila Majnun the Musical?

The sense of classic. Bila disebut kisah cinta Laila dan Qais, anda pasti akan terbayang Romeo dan Juliet. Untuk mengekalkan rasa cinta dan klasik di dalam pementasan muzikal, pemilihan lagu perlulah bersesuaian dengan apa yang ingin dipentaskan.

Warna-warni. Klasik. Tipikal Zul.

Dan lagu apa yang lebih sempurna dari Tanya Sama Hati. Disampaikan oleh legenda perfileman negara dari satu filem legenda. Klasik.

Ini juga merupakan teater breakthrough untuk beberapa watak. Amir melakonkan watak Ustaz buat kali pertama mendapat kritikan hebat selaku appetizer pementasan. Watak paling menonjol pastilah Leha. Dia even buat apa yang tak disuruh dan masih mendapat tepukan. Di sinilah nama Leha muncul. Say O, the face say it all, tapi bila tiba masa menyanyi he did great. Dah dengar lagu Epiphany? Cuba nyanyikan lagu itu kalau anda rasa apa yang dia buat tahap 'hek eleh' saja.

Lakonan sulung Leha dalam tudung muat-muat muka.

Menggunakan latar belakang Arab, kami menggunakan apa yang ada untuk pementasan ini. Dan apa kisah, semua berjalan lancar.

Watak utama Huzei dan Hazal mampu menggalas beban sebagai gandingan utama. Ramai juga yang agak-agak touching dengan mereka.

Hazal dan Huzei.

Keistimewaan aku bukan dari bidang muzikal. Tapi jika ditanya, ya, muzikal memang menyeronokkan. Aku pernah berlakon dan menjadi produksi muzikal. Jadi percayalah.

Overall, teater ini boleh dikatakan berjaya. Hanya audio yang bermasalah sedikit. Tapi berjaya diatasi. Namun masih banyak yang perlu dilakukan oleh DOTters jika mahu mencapai tahap muzikal sebegini lagi.

Terima kasih Abg Safwan.

Terima kasih DOTters. =)

Monday, August 16, 2010

Review : Antara Dua Darjat



Sepertimana yang dijanjikan.

Pada Januari 2010 DOT telah menghantar satu pementasan ala-ala muzikal ke pertandingan teater Muzikal Mefek. Antara Dua Darjat. Bertemakan 1 Malaysia P Ramlee.

Pementasan ini mengisahkan tentang cinta dua darjat Sara dan Zaleha. Sara, seorang India yang telah jatuh cinta dengan Tengku Zaleha seorang darah diraja. Akhirnya cinta itu dihalang oleh ibu bapa Zaleha dan Sara telah terkorban di akhir cerita.

Apa yang menariknya mengenai pementasan ini?

Kemunculan semula Palie dan Hazal. Palie yang asyik mendiamkan diri di bahagian produksi telah aku paksa untuk menjadi pelakon pembantu dalam teater ini. Rasanya ini saja lakonan Palie yang sempat dilihat oleh semua orang di dalam DOT sekarang. Hazal as we know it adalah hero DOT. Dan dia muncul semula setelah hampir setahun tidak berlakon.

Lagu. Hingga sekarang lagu Tonghua menjadi kegemaran gua. Selain Without You, lagu ini saja yang mampu memberikan tangisan di hati gua. Nuff said.

KK. Gua tak diberikan masa yang lama dengan dia. Dalam 4 hari. Sehingga gua terpaksa berjaga sampai pukul 3 hingga 4 untuk melatih dia. Hasilnya? Ramai yang tersentuh dengan lakonan dia. Dan ini adalah lakonan dia yang pertama dalam DOT. Heck, lakonan yang pertama di UKM.

Heroin in the making. =) Gua terpaksa tolak dia untuk scene ni dan paksa dia tendang lantai sampai kaki dia sakit.

Overall teater ini adalah teater kliche masyarakat namun simbolik dalam tema 1 Malaysia. Menggunakan platform 1 Malaysia dan filem P Ramlee, kami cuba menyampaikan di dalam komuniti sekarang kita harus cuba untuk menerima kaum yang berlainan. Melalui korus aku cuba sampaikan bahawa sejauh mana perjalanan hidup kita, kita terpaksa balik kepada orang yang membesarkan kita.

Malangnya, minda masyarakat tidak mahu berfikir. Mereka hanya mahukan hiburan kualiti rendah dengan tema yang senang digapai.

Overall dari segi pencapaian teater ini gagal. Namun dari sini aku belajar untuk berfikir sebagai khalayak. Bagaimana pementasan teater biasa tidak harus lari dari minda khalayak yang suka akan keringkasan. Aku juga belajar, tidak susah mahu melatih seorang pelakon jika pelakon itu sudah ada mind setnya. Aku melatih KK 1 malam sahaja untuk babak terakhir yang dikatakan sukar itu.

KK selepas menangis.

Thanks Dotters. =)


Friday, August 13, 2010

Teater

Semalam diajukan satu soalan oleh Hazal.

"Kalau saya join KTR macam mana? Sebab saya rasa ilmu teater saya masih belum cukup lagi la."

Dah berapa lama aku dalam DOT? Kalau ikutkan dah 3 batch aku konon perturunkan ilmu.

Heh. Suka ayat perturunkan ilmu.

Dari setua-tua Palie sampailah semuda Wann, sila tanya mereka apa yang aku ajar. Aku rasa sepatah haram pun tak ada!

Pernah aku buat kelas perjelaskan blocking? Masking? Surealis? Realis? Absurd? Pernah aku buat kelas perjelaskan ambient yang sesuai dalam teater? Pernah aku buat kelas?

Tak ada.

Seorang akak senior dalam KTR, orang yang paling aku sanjung dalam mendengar sebarang nasihat dan kata panduan pernah berkata ini pada aku,

"Dalam KTR ni kita kena belajar melalui alam."

Aku tak pernah diajar untuk mengarah, berlakon dan sebagainya. Tapi aku belajar melalui pemerhatian. Aku tengok dan aku cuba. Itulah teater.

Dalam DOT aku tak pernah ajar mereka ini secara terus tetapi aku mengajar mereka dari cara aku. Macam mana aku buat mereka adaptasi dengan cara mereka sendiri. Beb, kau tak akan boleh mengajar insan lain macam mana untuk menjadi kreatif. Itu dari pemikiran sendiri.

Aku tak tahu kenapa anda semua, senior to junior menganggotai DOT atau teater. Tapi itulah dia, nak belajar teater bukan macam biasa. Dia lebih kepada pemerhatian.

3 tahun menjadi senior, sepatah haram pun aku tak pernah ajar apa-apa pada mereka. Apa yang mereka ada adalah atas dasar usaha mereka sendiri.

Dan dalam diam mereka semakin mengenali teater.

Ini mungkin bukan cara terbaik untuk melatih dan mengajar. Tapi ini cara aku.

Sebab aku pegang kata-kata ini,

memanusiakan manusia melalui budaya teater.

fin.

Wednesday, August 11, 2010

Quote



"Aku hanya perlukan pelakon dan penonton untuk menghasilkan sebuah teater. Aku tak perlu set, kostum, prop dan segalanya."


By Jerzy Grotowski.

Fin.

Wednesday, July 28, 2010

JalanG Belakang Bukit Bintang

Ini bukan review yang amat. Sekadar apa yang aku faham berkenaan teater berkenaan.

Premis JalanG Belakang Bukit Bintang sangat mudah. Simpel kata omputih. Kalau awak tengok, mesti awak faham apa yang ingin disampaikan. Dengar tajuk sendiri anda pasti faham bukan? Ya. Kisah hidup manusia yang pelbagai di Jalan Bukit Bintang.

Simpel. Tapi penyampaian agak menarik untuk dibincangkan.

Teater dimulakan dengan 7 orang pelakon saling duduk di 7 kerusi berbeza. "Aku pilih yang ni" setelah duduk di kerusi pertama, "Yang ni kot" setelah duduk di kerusi 2. Fahaman saya, kerusi adalah pilihan hidup. Kita memilih tapi kadang kala kita ragu-ragu dalam pilihan kita. Dan selalu saja dalam hidup kita boleh berubah seperti implikasi pelakon yang sering bertukar kerusi.

Premis Bukit Bintang dipilih adalah semata-semata (seperti penjelasan Fatin) adalah untuk menggambarkan kehidupan di kota yang indah khabar dari rupa.

Apa yang mengagumkan saya di dalam pementasan ini adalah stamina pelakon. Walaupun perlu melakonkan korus dan bermain pelbagai watak yang berbeza, tiada hilang fokus yang ketara di kalangan pelakon.

Konsep surealis yang ditunjukkan dapat dibaca oleh khalayak sama ada khalayak teater ataupun tidak.

Bagi saya ia adalah pementasan teater yang bagus dari segi lakonan. Mungkin dari segi skrip terdapat beberapa kelemahan yang ketara. Namun disebabkan pementasan berada di atas konsep surealis, maka kelemahan itu dapat ditutup dengan sinografi yang menarik.

Yang lebih menambat jiwa saya, kehebatan pelakon yang mampu melakonkan pelbagai watak dengan efisien dan menarik menjadikan saya ternanti-nanti apa pula yang akan dilakonkan oleh cik/encik ini selepas ini.

Pengakhiran cerita yang membawa kepada kegembiraan watak Zahra membuktikan juga hidup di kota tidak semuanya celaka.

Satu-satu perkara yang saya rasa agak anti klimaks adalah cara pengarah menamatkan teater. Setelah bermula dengan cara yang menarik, saya menantikan pengakhiran yang agak menambat, mungkin dengan korus atau gerak. Tapi saya hampa.

Ini pandangan ringkas saya. Seorang amatur dalam dunia teater.

(JalanG Belakang Bukit Bintang. Saya terfikir, jika ditulis begini Jalang belakang Bukit Bintang. Bukankah ia simbolik kepada watak Zahra yang Jalang dan sekarang sedang mencari rezeki di Bukit Bintang. But then again, semua karakter yang ditonjolkan di sini ada sifat jalangnya.)

Fin.

Friday, July 23, 2010

Aladdin

Baru-baru ini saya bersama teman (Hazal, Wann dan KK) dengan penuh iltizam telah pergi menonton teater Aladdin. Gigih mengharungi traffic jam.

Imbas kembali, 7 bulan yang lalu saya pernah menonton teater Sinbad di sini. Penuh muzik, warna dan sinografi serta efek menarik. Maka saya jangka Aladdin juga sama.

Ini adalah review saya berkenaan teater tersebut. Ini review amatur saja. Untuk mementaskan teater, sekurangnya perlu memenuhi elemen asas ini. Baru penonton akan ada minat untuk menonton.

1. Disiplin Pentas.
Selalu saya tegaskan pada anak-anak, disiplin pentas amat penting. Jika tidak ia boleh jadi pening. Blocking, masking dan interframe semua tergolong dalam disiplin pentas. Namun melihat pementasan pada malam itu, saya melihat satu lagi disiplin pentas dicerobohi. Pementasan berlatar Arab tapi Extra Turn memakai jeans. Timing jangan cakaplah. Boleh pula SM bersembang dengan extra turn menandakan semuanya sudah ready. Bagaimana dengan timing yang sepatutnya diselia oleh stage manager?

2. Penekanan Watak
Ini cerita Aladin. Jelas sekali watak utama cerita ini siapa ya? Tapi saya kurang jelas nampak karakter Aladin pada malam itu. Hatta lens pink KK lagi jelas kelihatan di dalam panggung. Tidak nampak penekanan watak sehinggakan watak antagonis yang keluar 2,3 babak nampak lebih menyerlah dari Aladin. Dan saya nampak Aladin lebih kepada watak gedik sedangkan Aladin sepatutnya seorang pengemis baik hati yang membela nasib anak-anak terbiar.

3. Unsur Kekaguman
Kata Bung Kancil, setiap teater perlu ada unsur kekaguman. Baru ada umph, terutamanya di bahagian klimaks tambahan pula apabila teater ini adalah teater bangsawan. Unsur-unsur kilat guruh dan sebagainya sudah al maklum ada. Di sini saya gagal menjumpai unsur kekaguman yang ada. Hatta saya even dah malas tengok sebelum sampai klimaks lagi menyebabkan saya sendiri tak tahu klimaks cerita ini di mana.

Sebelum anda berganjak ke isu yang lebih komples seperti skrip dan sebagainya, ini adalah antara isu asas yang perlu ditekankan oleh seorang pengarah.

Ini pandangan amatur saya saja. Jika ada bangkangan sila masukkan di dalam kotak cadangan dan bangkangan.

p/s : gua dah cakap kan kalau gua tulis hal ilmiah mesti skema bentuk penulisan gua.

Fin.