Thursday, February 11, 2010

Perihal Gadis Pisang Goreng (Omongan Kosong)

Cerita kali ini hanya sekadar ingin mengongsi pengalaman dan juga perasaan. Bukannya mahu menzahirkan perasaan di hati a.k.a membuatkan Ijan berkata "apa emo2 ni?"(hah!), tetapi mungkin berjaya dalam membantu Wawa memahami lebih dalam bidang yang dia kurang faham setakat ini (hehe! sekadar andaian..)

Ok ni citer dia. Satu petang yang cerah, seorang lelaki berasal dari utara baru je habis menjalani proses lab kimia nya, maka dia pun pergi ke seksyen 15 a.k.a area mapley dengan niat untuk menggunting rambut di Kedai Gunting Rambut Abang Macho (ni nama betul la! aku tak tipu!).

Ini bukan kedai yang dimaksudkan, tapi agak menghampiri.

Selesai aktiviti memendekkan rambut, si lelaki ni pun menghidupkan motor kriss birunya. Tetapi, semasa baru hendak memulas minyak, diperhatikannya dari jauh!!!!...........

Gerai pisang goreng yang di depan longgokan sampah juga bersebelahan petronas itu beroperasi.

Fokus lagi!!!.......

Gadis penjualnya adalah gadis itu..

Tanpa berlengah si lelaki ini terus memecut dan henti betul2 depan gerai itu, dengan wajah selamba seraya berkata:

"kak, pisang 3."
"ha?"
"pisang 3 ringgit."
"ok."

Ini dinamakan nafsu. Ada 2 nafsu yang berbeza.Pertama, si lelaki ini tak lapar pun, dahaga pun tidak, tapi masih menggedik mau beli pisang goreng, kononnya mahu dimakan sambil main fb. Keduanya, faktor si gadis itu. Ha......

Dia memang cantik a.k.a lawa .a.k.a cun. Cantik camna? Korang g la tengok sendiri, tapi jangan berharap sangat sebab dia jarang ada, maybe dia student kot? Kalau nak diekspresikan melalui ayat2 indah, saya rasa saya kurang mahir, tetapi mungkin cukup untuk diimaginasikan dengan gambar ini:


ini terlebih cantik, takde gaya penjual pisang goreng pun, tapi..boley la.

Maka, dengan berbekalkan pisang goreng 3 ringgit beserta air kelapa satu (macam set combo tengok wayang pulak), si lelaki ni pun sampai ke bilik dan mula ber-fb- dengan tenangnya. Namun, pisang goreng yang 3 ringgit itu hanya mampu dihabiskan 1 ringgit je..selebihnya disedekahkan kepada teman2 di bilik.

Nampak tak, seorang lelaki dengan mudahnya terpengaruh untuk membeli pisang goreng hanya dengan kehadiran gadis itu. Hebat bukan?

8 comments:

Nazrin Saad said...

so say-o~~

wann afzan said...

like this..
sy pun nk jd gadis pisang goreng juge...

say- O said...

biasa la tu...

wann: boley je!!kalo ko jual , aku cakap "kak, pisang satu"
"ha?"
"pisang satu tandan"
"....ok"

Nazrin Saad said...

herbalife perisa pisang ada, kak?

wann afzan said...

abg say o : sbnrnye...sy masih pending....

abg nas : pehal???!!!

Nazrin Saad said...

kalo xde prisa herbalife sy down ah...
sy nk kurus!!

say- O said...

wann: apa sebenarnya maksud "saya masih pending"?

:: aMeR kRoX :: said...

" PISANG??? "