Friday, November 6, 2009

Karangan Exam SPM

*Para pelajar boleh mula menjawab sekarang*

Soalan 1 Masalah dan Alasan yang entah munasabah ke tak

Gua tau tulisan kali ni panjang, tapi apa gua kisah? Gua tulis juga, korang baca ke tak sama je kalau gua tulis pendek pun.

Sudah lama gua menantikan shout box atau komen yang sudah berkulat itu untuk didatangi organisma tertentu. Akhirnya doa gua termakbul. Walau komen masih berkulat, namun shout box akhirnya diziarah oleh teman lama.

Terima kasih untuk Cik Azwan Afzan kerna menyedarkan gua yang blog ni dah lama sangat tak berusik. Selaku manusia yang tegar dengan alasan, gua dah menyediakan beberapa bentuk alasan untuk menghindarkan diri gua dari dituduh sebagai pemalas.

1. Gua ada blog gua sendiri. Seperti kata pepatah, "kera di rumah disusukan, anak di rumah mati kebuluran", maka adalah tidak wajar bagi gua melupakan blog gua. Kerna tanpa blog gua, gua takkan feymes, dan ramai lah awek-awek yang tak kenal gua. Ummi ada ajar kat gua, walau sejauh mana pun lu pergi, kedai wantan yang asli hanya di Kajang. Berlandaskan pegangan hidup itulah gua terpaksa melebihkan blog gua dalam setiap urusan.

2. Sila lihat kanan. Kalau nampak, maka anda berada di laluan yang betul. Kalau tak nampak, harap maaf. Font tersebut tak dapat dibesarkan sama saiz dengan Ismeth. Sila lihat, ada 8 nama yang boleh contribute entry pada DOT. Maka disebabkan itu, gua merasakan ada wajarnya setiap individu mengambil langkah drastik untuk menulis dalam blog. Dan barangsiapa yang merasakan mau menulis, sila bagi emel pada saya. Ingat, minta anda jadi penulis yang selanjar atau dalam bahasa Melayu purbanya, continous. Sila jangan tulis sekali dan hilang selepas itu. Seperti kata pepatah, seperti biskut chipsmore.

3. Tiada orang mau baca. Gua tulis la apa pun, ada orang baca tak? Ya, ada orang yang sama. Osama (orang yang sama, gua malas nak tulis panjang-panjang) itu pasti kenal siapa diri mereka. Jadi, kadangkala gua menulis kalau Osama tak suka, macam mana? Kesian gua, jadi berbalik pada no 2. Anda juga perlu menulis untuk memuaskan Osama. Dan harapnya semoga janganlah asyik Osama saja yang membuka blog ni. Tak ada motivasi untuk menulis kalau tak ada yang membaca. Lain ah kalau setiap tulisan akan diberikan pakej ais krim koneto di dalam tren.

Maka kesimpulannya gua bukan taknak update, tapi terlalu banyak kekangan yang melarang gua dari update. So bila gua tak update anak-anak ikan gua yang dah tertulis nama di sebelah kanan tu, tolong la update. Gua bukan suruh lu buat nota kuliah, gua suruh lu tulis atau taip. Ke nak gua ajar? Kalau nak, nanti gua ajar, gua buka kelas untuk perempuan saja.

...................................

Soalan 2 Konsep baru DOT

Selama ini gua yang menulis, gua tau, korang pun tau, jadi jangan buat-buat tak tau mahupun serba tau. Jadi ini adalah cadangan gua.

1. Sekali lagi gua nak buka. Sapa yang nak menulis sila bagi emel kat gua. Gua cadangkan yang ada jawatan sila menulis di sini. Ini boleh memupuk sahsiah diri yang tinggi di kalangan masyarakat, justeru konsep 1Malaysia jua boleh diaplikasikan dalam setiap tulisan yang memaparkan gaya bahasa yang penuh dengan unsur-unsur tatabahasa yang tak mengenal erti putus asa. Jadi, tulis la beb, gua malas nak hujah panjang-panjang.

2. Apa genre yang korang nak ditulis di sini? Review movie, teater, game? Cerpendek yang mengusik sepertimana gua pernah buat? Review makanan? Kajian mengenai pola ukur lilit pinggang budak DOT? Download movie, software? Apa saja yang korang nak, sila tulis di shout box. Gua akan usahakan untuk menulis kalau gua tau. Kalau gua tak tau anak-anak ikan gua mungkin boleh membantu gua.

Gua harap dengan konsep baru ni, lagi ramai yang akan membaca blog DOT ni. Ingat, blog ini bukan gua buat untuk download nota kuliah. Gua buat untuk kita semua berjimba bersama sebagai satu keluarga. Gua tak nak tengok blog ni mati seperti mana Group Friendster kita. Tapi ini semua terpulang pada setiap individu.

(Lebih dari 180 patah perkataan, gua malas kira)

*Masa menjawab tinggal lagi 15 minit, para pelajar tidak dibenarkan keluar dari dewan peperiksaan sehingga masa tamat.*

3 comments:

wann afzan said...

*angkat tgn*
sape osama?

Hafizan said...

arrgghh...
mcm mana...
masa m'jwb dh tamat...
karangan blum siap...

(jerit sorg murid di dlm hatinye dgn b'perlakuan agak kelam kabut stlah t'sedar dr tido...)

say-0 said...

ada sorang budak tu dah banyak sangat dia jawab.