Friday, July 16, 2010

The Only. What I Got.

Nama gua Muhammad Arif Farhan Bin Abdul Rani. Masa sekolah rendah, gua nerd tahap 5 kali ganda saiz Ismeth dan 2 kali ganda ketinggian Palie. Seluar sekolah gua kalau boleh gua nak tarik atas sampai tutup dada. Nasib baik tak ada saiz. Rekod paling tinggi gua tali pinggangkan seluar gua dekat paras atas perut.

Masa sekolah menengah gua kurang nerd. Perubahan hormon menyebabkan gua segan silu bertentang mata dengan golongan hawa. Lagi-lagi macam KK. Nanti sama-sama blushing tanpa sebab.

Dulu gua cakap lu sumpah gua skema habis. Kalau Wan Afzan ketua kelas gua, gua rasa tiap-tiap hari gua kena paw dengan dia makan mee kari. Nasib baik gua sekolah gay dulu. Lesbian tak ada.

Dulu gua aktif sukan. Bola baling, bola sepak, bola keranjang, ping-pong, badminton, tenis semua gua balun. Tapi result matematik gua masih boleh dapat dekan. Leha mesti tau kenapa.

Bila gua masuk UKM. Gua berubah. Beberapa hari sebelum malam Dinner MMP 2009/2010 gua berkenalan dengan KK. Gua berkenalan dengan Daia. Gua berkenalan dengan Basit. Gua berkenalan dengan teater.

Sejak tu gua dah berboria di depan khalayak ramai. Gua belakon teater di hadapan khalayak ramai. Teater ESZ, MeFEK, dan iCAF.

Tapi dalam semua teater gua paling kenang iCAF. Kenapa iCAF? iCAF dapat 2nd place? Pesta Konvo dapat johan! Kenapa tak Pesta Konvo?


Sebab semasa iCAF, gua berikan segala yang terbaik gua boleh bagi. Bukan sebab menangis gua terkenang, bukan sebab gua rasa gua dah bagus setakat lakonan iCAF, tapi sebab tu terbaik gua boleh bagi.

Tiap-tiap hari gua bersusah-payah untuk mendalami watak gua. Tiap-tiap hari gua rasa tertekan macam nak tarik diri saja kalau boleh. Gua rasa macam nak skip saja latihan teater. Tekanan jiwa juga gua.

Tapi tiap-tiap pagi lepas habis latihan, gua pergi masuk shower. Tiap kali air shower curah kat kepala gua, gua teringin nak jadi johan. Semangat gua nak menang memang tinggi kalau Izayu lompat-lompat pon tak mungkin dia capai.

Masa pertandingan, memang lain. Aura teater lain. Gua buat segala-gala penuh semangat. Bukan sebab gua nak menang lagi. Sebab gua mula rasa menjiwai watak gua. Gua seronok. Gua yakin. Gua berlakon teater sebagai watak yang gua pegang. Biar pun tak sepenuh jiwa, tapi gua berlakon tanpa berfikir. Semua seakan natural.

Itu bagi gua, teater. Teater. Yang gua tak pernah ada sejak 10 tahun lalu.


Bukan dimana-mana gua boleh dapat pengalaman tu. Bukan dimana-mana gua boleh buat lakonan sebegitu. Bukan dimana-mana gua boleh suka teater begitu. Bukan dimana-mana ada jiwa teater seperti tu.

Sebab bukan dimana-mana ada kelab teater D.O.T.

Maaf. Typing error.

Sebab bukan dimana-mana ada family teater D.O.T.




cut.

6 comments:

PaLi3 said...

oit arif...klu dulu lu skola gay, maksudnya gua pown sama la...siot je kan

say- O said...

paling suka yang ni.
"Semangat gua nak menang memang tinggi kalau Izayu lompat-lompat pon tak mungkin dia capai."

wann afzan said...
This comment has been removed by the author.
wann afzan said...

oi..gua bkn lesbian ah!!!!

phewitt!! awek cun!!!

say- O said...

wann gila.

wann afzan said...

*down*