Friday, July 2, 2010

Memoirs of N - 1st Day

Bangun pagi N dikejutkan dengan berita jaringan tunggal Henry telah melayakkan Perancis ke separuh akhir Piala Dunia.

Jadi memang ada keajaiban dalam dunia ni, kata N.

Dihantar oleh abang ke UKM, N rasa sedikit gentar. Maklumlah N kan orang kampung. Bangi tu bandar besar. Mesti N susah nak sesuaikan diri.

Sesudah mendaftar N berjumpa buat pertama kalinya roomate N. Sham. Roomate yang akan memainkan peranan penting sepanjang N berada di UKM.

Petang itu ada pemilihan peserta kebudayaan dan sukan. N malas bersukan. Jadi N fikir baik dia ambil kebudayaan. Damn. Banyak pula pilihannya.

N tanya Sham, dia nak apa. N tengok Sham dah bulatkan teater.

Ermmm, N nak apa ya? Haaa, dah jumpa.

N bulatkan nasyid.

to be..

1 comment: