Friday, June 25, 2010

Memoirs of N - Perancis vs Brazil

Hari ni N bukan di rumah. N di sebuah tempat lain selain rumah. N di Subang Jaya. Arghhh, menderita gila naluri N. Sekarang dah la musim World Cup. Nak pula pagi esok ada perlawanan pasukan fevret N, Perancis melawan Brazil.

Matilah Perancis malam ni. Brazil ada Ronaldo, Ronaldinho, Kaka dan Cafu. Perancis apa ada? Tapi menang hari tu 3-1 dengan Sepanyol penuh dengan gaya. Semua gol counter dari Zidane, Vieira dan Ribery. Dalam diam N menaruh harapan Perancis akan mampu membuat kejutan.

Sebab dalam dunia, keajaiban selalu berlaku pada masa yang kita paling tak menjangkakan. Macam bintang yang selalu bersinar pada masa yang paling gelap.

Habis saja tengok Espn di ruang tamu, N naik ke bilik tidur. Kena tidur awal, esok hari penuh makna. Esok hari yang bakal mengubah hidup N.

Esok N nak daftar masuk UKM.

to be..

2 comments:

wann afzan said...

omeyynye N nk masuk ukm..wuuu

Nazrin Saad said...

alah, ada bdk suke SG tu agy chumeyyyyy~~