Monday, June 7, 2010

Viva Espana!

Bukak je blog DOT, dah ada 2 entry pasal world cup!! WaTerFall! Ingat main2 je yang sembang kat BBB Tomyam, rupanya...xpe, seronok tulis pasai benda yang kita suka. Hahaha, teruskan membaca.

Rasanya semua memang maklum tahu yang aku support sape? Pandai... aku pen- support tegar La Furia Roja a.k.a Spain. Mau x gitu, tiap2 hari main PES guna Spain, kuar g Mines pakai jersey Spain, poster kat dinding pun Spain..kalo boley nak kawin ngan pmpuan Spain jugak ah!

Sebab utama aku support Spain? tengok video ni,

video


Juga pernah aku tanya kawan2 pmpuan time Euro dulu,
"Piah, hang sokong sapa Euro ni?"
"hah apa lagi wei..Spain la..kan Siti?" sambil melihat Siti.
"Awatnya hang minat Spain?" padahal dalam hati dah syok, ada fan bola gak pmpuan2 skang.
"Sebab depa semua ramai hensem."

Oh...memang boley gak r...ramai gak hensem. Antaranya,


Si Kacak


Si Bergaya

Si Macho

Semalam aku kaji pasal Illuminati, cari punya cari aku jumpa satu file sulit. Tajuk besar dia: Menguasai Dunia- Bahagian Sukan. Berdebar- debar aku baca, mana taknye, kalau pasal Illumniati musuh dunia ni selalunya benda2 buruk. Aku bukak lagi, cari lagi..jumpa subfolder Football.

Oh sudah..takkan sampai bola pun diorang nak control? Tak cukup lagi ke dengan ekonomi, politik, hiburan?

Baca lagi..ada 2 bahagian yang menarik minat aku. Dalam bahagian "Penentuan Juara2 Bola Euro", ada tercatat dalam plan diorang, nak jadikan Spain juara untuk Euro 2008!
......Damn! Spain memang juara pun! Peluh sejuk mula membasahi dahiku. Tengok pulak bahagian "Penentuan Juara2 Bola Piala Dunia", jumpa nama Spain lagi champion 2010.

Hahaha, aku tersenyum lega. "Bagus, bagus pakcik2 illuminati sekalian. Yang ni memang aku x bantah korang nak buat."

So, aku nak cadangkan pada sesiapa yang masih takda team nak support tu, jangan susah2 pk..support team abang2 kacak macho bergaya ni, konpem korang pun kacak macho juga bergaya.

Pastu bila aku tengok bahagian nota kaki penulis dalam file Illuminati yang aku bukak tu, aku jumpa satu gambar, dengan ayat "Nice~!" kat tepinya.



ceh, patutla..





No comments: