Friday, July 16, 2010

Saya Join Teater Dato Onn

Nama saya Naz. Kalau budak-budak ni promote blog ni pada anda pelajar tahun 1, so anda mungkin membaca ini dengan pertanyaan 'siapa brader naz ni?'.

Okay. Gua merupakan PC anda yang paling happening masa minggu orientasi. Kalau tak kenal gua sila orientasi semula. Arggghhh!!!! Ramainya tak kenal! Damn!!

Gua merupakan mantan penggerak kelab teater kolej Dato Onn.

Gua harap ramai adik-adik 1st year yang baca post ni. Sorry, post gua tak ada gambar.

Tunggu post Say O. Dia suka gambar.

Ucapan penghargaan dan selamat datang buat mereka yang bru tiba. Gua harap anda semua gembira di sini.

Banyak yang gua asaskan dalam kelab ni.

Tapi yang paling gua banggakan ialah gua berjaya bentuk ahli kelab ni supaya melayan sesama ahli lebih dari ahli biasa. Bahkan seperti kawan atau keluarga.

DOT (Dato Onn Theatre) sudah meningkat nama di UKM. Sama ada ia mampu dikekalkan bergantung pada nama-nama baru yang mendaftar baru-baru ni.

Gua dah kenal mana-mana yang berlakon bus stop hari tu, bagi yang gua belum kenal, jangan risau. Gua akan kenal juga anda semua.

Ini bukan kelab, ini famili.

Selamat datang buat ahli baru. Buat ini macam rumah sendiri. Oh. Yang gemuk tu Ismeth, yang berbulu tu Say O, yang mata pink tu KK, yang tahi lalat kat pipi tu Ilya@Leha.

Ramai lagi. Kenal mereka macam kenal 1 dunia.

Aku? Aku bukan siapa. Hanya sebahagian dari kelab 3 huruf ini.

Wilkommen.

Nama saya Nazrin bin Saad dan saya join Kelab Teater Dato Onn.

Fin.

3 comments:

wann afzan™ said...

haha..nsb baik x nganjing sy..ngahahahahaha~~

say- O said...

gua punya post memang banyak gambar..tunggu je..

say- O said...

gua punya post memang banyak gambar..tunggu je..