Monday, July 26, 2010

JalanG Belakang Bukit Bintang.

Bila : Sabtu - Ahad
Pukul : 8.30 malam
Kat : Stor DBP

Tak tahu mana stor DBP? Sila google. Atau jangan mesej aku. CALL!

Ini persembahan teater surealis. Kenapa? Cek sini. Allright, pada yang sebenarnya aku kelam-kabut tengok teater ni. Mungkin sebab mood teater telah berkurangan dalam diri. Semenjak dah lama tak menceburkan diri dalam dunia itu. Jadi, aku ambil masa sikit nak faham apa yang dipersembahkan. Dan ternyata aku faham diakhirnya.

Tapi lebih baik lagi persembahan teater yang aku, mat, paan, roy, nas dan wan manjung lihat ditempat yang sama. Oh aku lupa nama tajuknya. Yang pasti mat beli skrip teaternya.

Ok. Teater ini berkisah tentang ragam manusia yang hidup ditengah kota ini. Kuala Lumpur. Of course dekat Bukit Bintang pada tajuk. Yang pasti ini penceritaan hidup orang MELAYU. Kehancuran hidup dikota.

Alif orang Muar, datang ke KL untuk mencari kerja. Berjumpa rakannya lalu dibawa kerja sebagai tukang urut. Bukan sekadar tukang urut. Tetapi lebih. Dia bukan seorang yang menyukai kaum sejenis. Lalu, dia lari dari tempat itu. Membawa diri dan penat. Tidur di kedai makan Kak Zahra. Empunya kedai. Lalu kerjalah dia disitu. Episod kehancuran orang melayu mula disitu.

Terlihatkan perempuan mengandung anak luar nikah. Dipaksa gugur oleh bekas kekasihnya. Anak-anak ponteng sekolah dan rokok jadi belanja. Mat ganja yang tidak pernah menukar baju. Samseng anak tuan jalan. Lelaki berpakaian perempuan dan lain-lain.

Pengakhirannya Alif menemui kakak yang telah lama lari meninggalkan rumah sewaktu dia berusia 4 tahun. Kakaknya meninggalkan dunia setelah selamat melahirkan anak perempuan.

Ok. Bagi aku pencahayaannya bagus. Nampak unsur imaginasi, bermonolog dengan jelas. Penggunaan pentas juga bagus. Memandangkan tiada pentas hanya lantai semata. Level, blocking mungkin tidak terjaga di sesetengah tempat. Tapi pengisian watak itu ada.

Mereka juga tidak tercacak terpaku ketika orang lain sedang berkata-kata. Juga tidak interframe ketika itu.

Aaaaaaaaaaaaaaaaaa.......aku lupa. Yang lain sila sambung.

p/s : Mereka bagus sebenarnya. Untuk panduan. Tetapi mereka bukan terhebat. Sebab ada lagi yang terhebat yang kau boleh jumpa.

14 comments:

say- O said...

setakat banyak2 teater yang aku tengok itu yang paling best.
nanti nak tengok lagi lah teater2 lain

Fatin Mazelan said...

perluaskan penglihatan dan ilmu mu dengan lain-lain karya.

akan lebih banyak unsur kekagumanmu akan berleluasa.

Nazrin Saad said...

watak utama mcm apek lu ah...
haha...

ijan via toknek nepal account

Nazrin Saad said...

gua xphm. sama dgn apek ke?
mamat 2 gemok kan?

thanks. lu dh tulis sikit, nnt gua smbg. gua tulis terlalu byk. sbb 2 gua stop tulis.

aizzat naeeim said...

teater 1st yg aq tgk..meremang bulu roma!! best2! bila leh tgk abg naz ber'teater' lak..

Fatin Mazelan said...

aaaaaaa~....bila plak apek sebegitu rupa?

say- O said...

sirius nampak macam apek....

~**Raw Honey**~ said...

Overall mmg teater yg dapat A !! ^^
pada pandangan korg sape pelakon terbaik d kalangan mrk??heehe..

Fatin Mazelan said...

sila pergi lihat banyak2 jenis teater dulu. baru pilih yang mana patut dikagumi.

bukan apa, aku tak nak korang kagum dengan hanya 1 persembahan. yang lain korang perlekehkan.

selalu ke DBKL. sana ada bangsawan. memang mungkin busan. tapi ilmu bangsawan juga perlu.

say- O said...

mula2 hairan sape la raw honey ni...
haha

wann afzan said...

mmg mcm apek.

wann afzan said...

owhh fatin...dh cukup review tu...meliputi smua dh..

korus die stakat ni terbaik ah...

Fatin Mazelan said...

korang ni sempit.

mikhaelahmad said...

gua tengok mula mula dah mencarut. butuh. cerita mcam haram. sumpah gua hampir menyesal drive kereta dalam hujan. then kena duduk bawah, atas lantai.

tapi belum sampai 10 minit, gua rasa pengorbanan selama sehari berbaloi.

secara jujur Teater Kompilasi No 2 : Kerusi lebih menarik, kerana menampilkan unsur perlambangan tahap klcc. dan penggunaan ayat yang puitis, tapi santai. totally outrageous. im stoned.

tapi JBBB masih menarik dari segi penggunaan pelakon, masa, korus, dan sinografi. dan aku dapat rasa, prodksi JGBB terlalu 'terikat'. mungkin sebab buat partner dengan pemadam. gua cadang diorang buat partner dengan pensil pula lepas ni.