Tuesday, July 13, 2010

Kiseki


Ogos 2007, kelab kecil yang entah dari mana muncul naib johan Festival Seni Pentas Pesta Konvokesyen. Entah dari mana-mana. Tiada siapa pernah dengar DOT. Apa tu?

Kini DOT bukan sebarang nama. Sudah ramai yang bukan setakat mewakili kolej malahan universiti. Tak kurang juga ahli DOT yang memegang jawatan tinggi dalam pelbagai aktiviti dan projek.

Ya. Kini DOT bukan sekadar nama.

Tapi apa ada pada DOT?

Bukan pencapaian. Bukan anugerah. Bukan.

Ikatan. 3 tahun, 3 generasi. 1 perkara tidak membawa perubahan. Ikatan.

Mengenali kamu semua membuatkan aku membawa definisi famili pada satu konteks yang lain. Konteks yang lebih indah.

Pari-pari gua, Angels gua, Setan neraka gua, Agen game gua. Semua di sini.

Orang kata mana ada pertemuan kalau tak ada perpisahan. Tapi orang juga ada kata perpisahan itu memang sangat menyakitkan.

Jadi adik-adik gua, selamat tinggal, tidak...

JUMPA LAGI!!

"Kiseki membawa maksud miracle. DOT sudah 3 tahun membawa erti miracle yang berbeza padaku. Terima kasih."

Fin.

3 comments:

hazal-san said...

tima kasih atas tunjuk ajar..
ade mase dtgla ya

wann afzan said...

=)

wann afzan said...

=)