Thursday, October 30, 2008

Tangan Emas DOT....


Di mana bakat ditonjolkan...


Teori ini baru saja dibuat. Setiap warga DOT pasti mempunyai tangan emas. Tapi persoalannya sekarang, berapakah nilai emas bagi setiap individu? Saya cuba menyingkap isu ini. Adapun istilah tangan emas itu adalah merujuk kepada kebolehan seseorang ahli untuk bermain bowling. Senang cakap setiap warga DOT ni perlulah didedahkan kepada aktiviti riadah yang membuang masa ini.

Sebelum memulakan tesis ini adalah lebih baik permainan bowling ini cuba dikenali dengan lebih rapat dan mesra. Permainan bowling yang sering kita mainkan ini digelar tenpin bowling. Ada satu lagi permainan boling yang digelar boling padang, namun permainan itu tidak sesuai untuk kita kerna ia dimainkan di padang (dah nama pun boling padang) yang panas. Bagi pelajar UKM yang senang berpeluh macam kita (Fatin especially) aktiviti itu sepatutnya dihindarkan sama sekali. Berbalik pada tenpin bowling, permainan ini dipanggil sedemikian kerana ada 10 (orang putih panggil ten) pin yang perlu dijatuhkan. Yelah, kalau ada 7 dipanggil sevenpin, kalau dua pula kita panggil la twopin. Oleh sebab sevenpin tak sedap dipanggil dan twopin pula terlalu sikit pinnya, maka pakar-pakar berpakat untuk mengambil nama tenpin sebagai nama rasmi yang akan dikomersialkan.

Berbalik kepada peraturan bermain bowling, setiap pemain akan cuba menjatuhkan 10 pin dengan menggunakan bola yang agak berat dan boleh membunuh jika dibaling tepat kepada kepala seseorang. Justeru, apabila pin berjaya dijatuhkan maka banyak la markah yang akan diperolehi. Apatah lagi jika seseorang pemain berjaya memperolehi strike atau spare. Akan berlagak la beliau apabila itu berlaku kerana markah mesti tinggi punya.

Cara baling yang betul..

Jadi apa sinonimnya bowling dan DOT? Kalau bunga raya bunga kebangsaan, maka bowlingboleh la dipanggil permainan rasmi DOT. Bukan tak nak memartabatkan permainan tradisional seperti congkak, wau atau galah panjang, namun ketiadaan aksesori dan tempat menyukarkan keadaan. Maka bowling dipilih dari situasi ini.

So tak guna ada permainan rasmi kalau tak main kan?? Jadi, tepuk dada tanya la selera.

Antara port bermain bowling yang terkemuka bagi warga DOT:

  • Mines Shopping Complex
  • WARTA
  • Metropoint

Perempuan pun boleh...

1 comment:

Unknown said...

adekah pix dibawah itu ak??