Wednesday, October 28, 2009

DOT's Birthday Bash!!

Cakap banyak pun tak guna, ini antara foto yang ada.

____________________________________________________________


Ini pemangkin segalanya. Start dengan majlis Roy, semua orang pun nak disambut birthday. Tiada yang special sangat tentang birthday Roy. Hasil kolaborasi semua budak KEJUT. Ramai yang tak tau, termasuklah birthday boy sendiri.

____________________________________________________________


Ini birthday yang paling ramai disambut. 5 orang sekaligus. Tapi yang datang hanya 3 saja. Tak kisah la. Malam tu, aku puas mengenakan Ismeth. Puas ngata Ismeth. Daia pun terkena. Sentap kata beliau. Huh, aku suka. Aku suka menyentapkan orang.

____________________________________________________________

Alamak, birthday ni aku tak ada. Tapi katanya legasi tangisan itu berjaya diteruskan oleh Say O dan rakan-rakan. Aku tau, tahap ketahanan Ayu. Maaf Ayu, kalau aku ada pasti kau kena lebih teruk. Hahahahaha...

____________________________________________________________

Orang yang paling sibuk apabila birthday orang. Dan bila birthday dia, orang langsung tak sibuk. Tak peduli dan tak kisah. Tak ada gimik pun birthday dia, hanya dengan melengahkan sambutan dah cukup. Kesian Say O, semua orang sayang kau beb. Hahahaha

____________________________________________________________


Ini antara sambutan yang jadi gimiknya. Kerjasama memang kukuh pada sambutan ini. Kredit tu Opah. Aku tak expect langsung dia akan nangis. Barangkali tangisan kegembiraan untuk jodoh beliau. Birthday boy sendiri terdiam pada malam tu. Kredit juga untuk Leha dan Zai, menjadi penghasut tegar. Aku pun tak tau nak buat apa waktu tu.

____________________________________________________________

The most anticipated event of the year! Malangnya langsung tak jadi. Aku 100km away pada masa tu. Tapi idea-idea untuk mengenakan Leha dah lama aku curahkan hasil brainstorming dengan rumet dia. Malangnya Say O gagal meyakinkan Ummi kita. Its okay, there's always be next year.

____________________________________________________________

Sambutan paling best. Menjadi ikon sehingga ke hari ini. Siapa boleh lupa tangisan kad bank? Siapa boleh lupa kejayaan Zai mencilok laptop budak ni? Siapa boleh lupa budak tu menangis di depan abang burger? Terbaik ah!!


p/s : birthday Ijan juga disambut, tapi malangnya aku gagal mencari soft copy. sebenarnya orang lain juga kami nak sambut birthday, tapi malangnya banyak kekangan, birthday Palie masa exam, Huzei pun sama. ada yang menyambut masa cuti. tapi jangan isau, kenangan itu yang abadi.

Monday, October 26, 2009

GG (bukan Gosip Girl, tapi Gadis Garang)

Sekarang sudah minggu exam, barangkali ini dapat menghiburkan hati yang lara.



p/s : cuba mencari lagu tamparan lelaki, barangkali lebih sesuai. tapi tak ada. maaf, fatin.

Sunday, October 25, 2009

Kenapa Ummi Gaduh Dengan En. Marzuki?

Low video quality.



p/s: good luck untuk dot-ters yang bakal menduduki alam peperiksaan. selamat exam pertama untuk adik-adik tahun pertama!

Tuesday, October 20, 2009

Mangsa Ragut yang Berterima Kasih


Jahat!!!!
Mereka dah meragut secebis daging dalam dada ini!

Jahat!!

Tapi...

Terima kasih.

p/s : jua untuk mereka yang tiada dalam foto. hari rabu mau nonton papadom? savvy?

Thursday, October 15, 2009

Cerita Cinta

Hari ini hari Khamis, sekian. Ada aku kisah?



P/S : Bercita-cita tinggi mau pergi PD.

Sunday, October 11, 2009

Pergi Bukan untuk Suka-suka

Semalam 10.10.09. Tiada yang spesel. Hanya hari yang biasa. Tapi semalam hari minggu. Semua DOT-ters pun bercuti. Ada yang pergi open house, buat projek sprinkler, hantar assignment ko-k dan melengkapkan puasa 6.



Tapi.

Tapi ada juga DOT-ters yang masih perlu bekerja. Hanya bertiga. Nasib baik la mereka kacak. Jadi tak kisah la mereka bekerja. Mereka bekerja dalam kacak.



Sebelum ke LI, ada la suara-suara comel menyurakan nak ke PD. Tapi sampai ke sudah laut PD pun tak pernah cecah. Jadi, selaku jejaka yang kacak, nak tak nak kami terpaksa memikul perihal ini ke bahu sendiri. Kami ke PD untuk melihat lokasi strategik bagi aktiviti lagha yang boleh dilakukan oleh semua DOT-ters.

Janji pukul 9 pagi nak gerak. Namun seorang ja berjaya bangun pada jam itu. Itu pun sempat main Farmville lagi. Sudah pukul 10 baru terhegeh-hegeh ke kafe. Sempat lagi nak meneguk teh tarik gelas. Tolak masa ke bank dan masa drebar yang mengisi minyak yang lama tahap infiniti itu, kami bertolak pada jam 11 pagi.

Sampai jam 12.

oleh sebab tidak membawa losyen, kami tidak mandi kerna bimbang akan dikutuk akibat sunburn. Jadi kami pun pergi la survey beberapa hotel dan resort. *hanya 1 hotel ja receptionist gadis lawa, yang lain semua lelaki perut boroi*



Memang mencabar la, walaupun kami kacak, kami sering dipandang sinis dengan pandangan "Muka dah ada, duit ada ke?". Tapi kami tak kisah, kami maintain kacak.

Semasa dalam perjalanan nak survey seorang peraih undi sempat mengangkat 1 banner yang menarik pada kami.

"Hon jika anda PAS"

Nak tau kami undi atau tau? Emm, itu cerita lain.

Dah puas survey, maka kami pun mandi. Tak lama pun kami mandi. 2 jam saja. Naik pun sebab kaki dah luka terpijak batu.

Malamnya kami sempat lagi pergi makan ikan siakap 3 rasa. Nak cakap ke sedap ke tak? Tak payah cakap la. Yang penting semua habis.



Tak sampai 12 jam kami di PD. Macam-macam yang kami rasa. Puas dan seronok itu sudah tentu. Penat pun dicampur adukkan sekali. Namun kami buat ini untuk kita semua. Anda semua mau pergi atau tidak, itu terpulang.



Tapi selaku semua budak final year, aku sarankan kamu pergi. Dah lama tak berjimba dengan kamu semua. Adik-adik mungkin ada peluang lain, tapi marilah berjimba bersama kami. Itu aku sarankan.

Sekali lagi. Mau pergi atau tidak, itu terpulang. Ini negara demokrasi, apatah lagi aku memang tidak berbakat untuk menjadi diktator. Jadi buatlah keputusan sendiri. Kamu sudah besar. Bila mau pergi, itu terpulang.

Aku, Palie dan Ijan sudah rasa. Memang gembira berjimba bersama. Sangat gembira. Apatah lagi dengan sahabat yang dah dianggap seperti keluarga.

Kami sudah rasa bersama. Jadi kami pun mau rasa perasaan ini bersama anda.





Jadi, nak pergi PD?

Thursday, October 8, 2009

Aku bukan Mr Bean...

Life is all about choices.
(Sangat suka gambar ni, banyak maksud tersirat.)

Membayangkan juga watak Izayu dipegang oleh Rayn, mahupun Say O. Pasti impak 'ever' itu lain kan? Komen anda?

Orang cakap dah lepas tu biarlah lepas, jangan dikenang jugak. Tapi aku bukan ada penyakit hilang ingatan, lupa diri mahupun demam kura-kura, jadi mustahil aku tak akan ingat program yang baru saja melabuhkan tirai 3 minggu lepas. *dendam dengan Abou Diaby yang menjaringkan gol sendiri pun tak terubat lagi* Lagipun aku baru ja tengok video drama, sah-sah masih ingat dan takkan lupa.

Seperti yang telah sedia maklum, mana yang tak tau tu agaknya bertapa dalam gua atau tengan mengorat anak gadis depan Metro, pertandingan ini telah dimenangi oleh TEKAD, diikuti oleh DOT dan PERSADA. Manakala Kajai dan KIY melengkapi pasukan 5 teratas ranking FIFA.

Jadi ini adalah kali pertama DOT jatuh dari nombor 1 sepanjang pertandingan tahun ini termasuk Anugerah Ibu Mithali Maal Hijrah yang dimenangi saudara Leha. Bagi yang menulis, ini bukan satu bentuk kegagalan. Berlatih selama seminggu boleh dapat nombor 2, bayangkan jika punya masa dan kos yang cukup. Seperti kata pepatah, 'Sedangkan Fatin pun boleh kuruskan badan'.

Mengenai kesalahan ketara yang telah dibincangkan ; suara, lontar-lontar props, laptop tak charge, atok lupa skrip ; minta jangan diulang dalam program yang akan datang. Seperti kata Say O, jika buat lagi sila terjun sungai dan meninggalkan segala bentuk wang ringgit pada saya.

Tak perlu gebang panjang. Sila lihat foto galeri.



Mari terbang bersama saya, Ismeth tidak dijemput.

Disko Wanita muslim. Kurma disediakan untuk pakej berbuka puasa. Bulan Oktober adalah bulan muzik Raihan.

Tukang sapu sampah paling kacak dalam dunia. Sekian.

Maaf. Foto galeri tak banyak kerna ia dicilok dari rakan saya punya Facebook.

Saya harap kamu seronok. Sebab saya seronok. Maaf kalau skrip ini tidak disukai oleh kamu. Tapi genre ini adalah genre kegemaran saya, impian saya dari kecil lagi untuk mementaskan karya bergenre ini.

Teruskan bersama DOT. Oh, sangat merindui penglibatan UMI.

Sekian. Harap Maklum.