Assalamualaikum kepada yg membaca. Semoga Allah kurniakan taufik dan hidayah kepada kamu yang sedang membaca post ni.
Hidup kita tak pernah lekang daripada masalah. Sentiasa muncul yang baru lepas yang lama dah selesai. Ada masalah pelajaran, ada masalah kawal diri, ada masalah banyak tido, ada masalah malas sangat sampai asyik tengok Running Man aje, masalah peribadi, banyak la. Kalau nak tulis kat sini tak tau bila nak habis. Masalah tu satu benda yg merunsingkan. Boleh buat kita jadi stress, boleh buat orang sekeliling terkena tempias stress kita dan yang paling teruk, ia mengganggu perjalanan hidup kita dek kerana pikirkan tentang masalah tu.
Tapi adakalanya masalah itu bukan masalah yang sebenar. Yang bermasalah itu adalah diri kita. Kita yang fikir perkara yang kita hadapi itu adalah masalah tapi sebenar ia adalah hikmah. Tak berapa jelas?Mari kita lihat contoh:
Ahmad mempunyai masalah kawal diri. Tapi dia sering kali menyalahkan laptopnya yang menyebabkan dia membazir masa. Tetapi punca sebenarnya bukanlah laptop tu tapi diri dia sendiri. Dia sendiri yang tak dapat kawal diri dia. Dia yang guna laptop tu. Tapi ada hikmah disebaliknya. Hikmah dia adalah, dia tahu kelemahan diri dia. Dia tahu akan apa yang dia perlu buat untuk hadapi masalah dia. Dia boleh belajar kesilapan dia supaya dapat jadi orang yang lebih baik.
Kita sering tak hargai apa yang ada di depan mata kita. Peluang kita belajar di UKM, kawan2 yang kita jumpa, ilmu yang kita dapat, waktu belajar awal pagi, kena marah dengan pensyarah, semua tu adalah nikmat bagi orang2 yang berfikir. Kita yang anggap itu tiada apa-apa. Hanya masalah yang perlu dibuang jauh-jauh. Nikmat Allah bagi supaya kita belajar, jadi lebih, supaya darjat kita naik di sisi Allah.
Jadi sy berharap, kepada yang sedang membaca post ni, ambillah kata-kata nasihat ni:
Jangan dilihat pada kekurangannya, lihatlah pada kelebihannya
Jangan dilihat pada keburukannya, lihatlah kepada kebaikannya
Jangan dilihat pada dukanya, tapi lihatlah pada sukanya
Jangan dilihat pada masalahnya, tapi lihatlah pada penyelesaiannya
Bergantung kepada kamu nak mentafsir “-nya” sebagai apa. Pandang sesuatu dengan pandangan kebaikan, nescaya kebaikan jugalah yang kamu dapat. Tanya balik diri kita, apakah nikmat yang Allah diberi pada kita? Apakah dugaan yang diberi dan hikmah yang diperoleh? Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pasti. Dan hikmah itu adalah kebaikan untuk kita. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Dan dari pada kelebihan dan kekurangan kita belajar untuk atasi setiap halangan dan dugaan.
Semoga yang sedang membaca dapat apa yang saya ingin sampaikan. Semoga kita semua berada dijalan yang betul. Semoga Allah kurniakan kita petunjuk.
"Kata-kata hanyalah sekadar kata-kata. Tulisan hanya sekadar tulisan. Tapi yang menjadikan tulisan dan kata-kata itu bermakna adalah apa yang dipelajari, ditafsir dan diamal daripadanya."
Daripada Insan Biasa