Rohani tekan satu persatu butang
aksara komputer riba. Cahaya dari komputer riba menerangi bilik yang malap.
Hanya gegar roda hamster kedengaran di samping siul burung pulang petang.
Rohani senyum lihat komen kawan
di Facebook. Kawan yang sudah lama tak bertemu. Namun masih tak jemu menyingkap
memori sambil mengusik.
Tok. Tok. Tok.
“Jap.” Rohani bingkas bangun.
Tombol pintu dicapai dan dipulas. Alissa berdiri tegak sambil tersengih setelah
pintu dikalih.
“Nak pinjam buku eah?”
Alissa angguk tanpa pudar senyum.
“Tak susahkan kak Rohani ke?”
“Taklah.” Rohani capai buku
paling tebal. Paling tinggi. Buku beralih tangan pada Alissa. “Kalau simpan
pada saya pun nanti berhabuk juga.”
“Eh, tadi saya nampak ada orang
lelaki datang jumpa kak. Boyfriend eah?” tegur Alissa sambil senyum mengusik.
Rohani balas senyum Alissa. Siapa
tak kenal Alissa. Pelajar tahun satu yang suka mengusik. Sudah takdir Alissa
jadi junior kursus dan kolej Rohani. Jadi keraplah Alissa ketemu Rohani. Mula
dari urusan kerja akhirnya persahabatan terjalin.
“Thats my boyfriend la,” jawab
Rohani tanpa berdalih.
“Oh. Dia tu la Say O tu ye?”
Bukan Alissa tak tahu. Nama Say O selalu dititip di garis masa Facebook Rohani.
Hanya jasad Say O tidak pernah dilihat.
Rohani angguk mengiya.
“Jadi, ceritalah macam mana
jumpa,” arah Alissa tanpa malu.
Mulanya Rohani segan. Lambat-laun
Rohani akur. Dia dan Say O bertemu di kelab teater kolej. Asal hubungan kawan
biasa, bila sudah kenal mesra terasa. Lambat-laun sayang menjelma. Dan kini
sudah lebih dua tahun mengikat cinta.
“Oh, kolej ni ada kelab teater
eah?” tanya Alissa dengan mata membulat. “Saya dulu sekolah join teater. Bila
matriks dah tak ada. Minat memang minat. Masuk universiti tak jumpa pula
persatuan teater.”
“Itu cerita dulu. Kami pernah
menang. Pernah kalah. Tapi itu semua dah jadi kenangan.”
“Kak Rohani pernah jadi
pengarah?”
Rohani angguk. Memori jadi
pengarah tika tahun dua dimainkan dan dilafaz di bibir untuk tatapan imaginasi
Alissa. Alissa dengar dengan rasa kagum.
“Seronoknya. Harap-harap akan ada
lagi kelab teater macam tu kat kolej ni,” harap Alissa sambil tersenyum pada
Rohani.
“Ada atau tak ada terpulanglah. Janji saya ada
cerita untuk dikenang. Alissa pun carilah cerita Alissa sendiri. Supaya satu
hari nanti Alissa dapat cerita pada junior – macam sekarang – dan boleh
tersenyum puas dan bangga.”
Alissa senyum. Rohani senyum.
“Alissa nak dengar lagi?” Alissa
angguk setuju.
Wajah-wajah memori melintas laju
di minda Rohani. Rohani pejam mata dan ingat satu persatu cerita yang pernah
dicerita, tawa yang pernah dirasa, duka yang pernah dikongsi bersama.
Dalam angin petang yang berderu,
cerita lama dikenang semula. Dalam rindu yang penuh syahdu, senyum dan tawa
dekat terasa.
fin.
6 comments:
syana nasir...instinct aku masa nyanyi lagu2 dot dalam bas masa kita fieldwork tadi..ada orang lain juga yang rasa apa yang kita rasa rupanya. sebak. simpan dalam hati. ='(
in the meantime...say-0 duk bilik smek main xbox.
I sedeyh.i sedey.i kak leha.walaupn nama 2 xglamer tp I rasa matching ja dgan i.ouh DOT!
Lagu Love Suicide terngiang.
“Itu cerita dulu. Kami pernah menang. Pernah kalah. Tapi itu semua dah jadi kenangan.”
frasa-frasa tu buat menitik air mata okeyhh
-Faiz Zahadi
leha,
hang forever akan kami panggil leha.
ok hazal mungkin panggil kot nama ic.
Post a Comment