Saturday, June 27, 2009

Sumpah.. Aku Rindu..

Owh, tuhan

Berikan aku sebuah mesin masa

Supaya dapat aku kembali ke masa silam

Supaya dapat aku tersenyum seperti dahulu
Aku rindu saat itu

Menang Bowling
Alunan suara merdu di karaoke

Melihat orang menangis setelah kehilangan kad bank


Tengok perempuan gila




Tengok Skandal Cucur Jawa vs Pizza




Melawat pasangan yang baru berumah tangga





Sumpah. Aku rindu.

Monday, June 15, 2009

Barang Hilang...



Aku di kafe pada masa tu.. Bila aku pulang ke bilik, aku dapati pintu tidak berkunci.. Oh, hartaku yang paling berharga sudah hilang...

Barang siapa yang menjumpai barangku yang hilang ini, minta pulangkan padaku.. Aku sangat sedih apabila mendapat tahu kehilangan barangku ini.. Oh, sudah kering air mata kutaburkan di lantai kafe...

Tolong! Pulangkan la hartaku ini.. Aku perlukannya.. Kalau aku tidak punya ini, aku sudah tidak boleh menemani roomateku ke pasar malam pada tiap-tiap minggu lagi...

Curilah laptopku.. Curilah kasutku... Curilah Say O... TAPI JANGAN CURI KAD ATMKU!!!

Pulangkan balik kad Bank aku!!!!

(Sambil menendang-nendang dinding kafe... Abang buat burger merenung tajam)

Saturday, June 13, 2009

Sunday, June 7, 2009

Kahwin dengan Minah Waktu Cuti Sekolah

Mak Kassim dah fed up dengan Kassim. Mana taknya, dah berapa kali dah mak dia suruh dia cari calon isteri, tapi apa yang Kassim jawab?

"Alah, mak saja la yang tolong carikan"

Owh, mungkin Kassim sibuk dengan kedai dobinya, mungkin juga Kassim gay, tapi still, mak Kassim dah cukup-cukup fed up dengan perangai anaknya itu.

Padahal bukan susah pun Kassim nak cari calon isteri dia sendiri.

Kak Temah yang meniaga cucur kodok tu kan ada anak perempuan. Minah namanya. Jantan-jantan kat kampung ni dah lama dah cuba mengayat si Minah ni. Tapi, sama ada mereka-mereka itu direject dengan penuh berhemah oleh Minah atau dihalau dengan penuh komitmen oleh Kak Temah.

Lagipun, kalau nak fikir balik, kedai dobi Kassim kan dah maju. Dah capai status billionwan pun. Al-maklumlah, kedai tu kan dah capai status global, even singlet Barack Obama pun dihantar untuk dicuci di situ.

Tapi, still, Kassim tak mau KAHWIN! Sampaikan ada spekulasi makcik-makcik jiran sebelah yang mengatakan Kassim itu gay. Jangan risau, Kassim tak gay. Makcik tu hanya menabur fitnah semata-mata.

Mak Kassim bukan tak cari, kerana berbekalkan integriti dan komitmen seorang ibu yang tinggi, mak Kassim telah membuat sesi interview dengan beberapa gadis desa. Minah pun turut terlibat. Sesudah difilter yang mana sesuai, ditunjukkan la gambar gadis-gadis tu pada Kassim. Tapi Kassim tak teruja pun.

Sekarang, semua gadis di dunia ni dah couple, atau kahwin. Tinggal Minah ja. Erm, nak tak nak Kassim terpaksa juga buat keputusan sekarang. Sebab cuti sekolah dah nak habis. Kassim tak nak buat kenduri kahwin masa bukan cuti sekolah. Nanti tak ramai orang yang boleh datang.

Aih, Kassim mengeluh. Sambil memegang gambar Sabariah yang ditunggu sejak dua millenia yang lalu.

Bukan jodoh kau, Kassim. Kahwin saja la dengan Minah tu...

Friday, June 5, 2009

Line Ngorat Yang Antik (Seantik Opah)....

Laki cakap:
Haiii, sorang ja??
Pompuan lak akan balas:
Tak aih, I berlima ni... Buta ke??
Why Not Balas Macam ni Ja??:
Taklaaa, Tuhan kan sentiasa bersama umat-umatnya...

Laki cakap:
Assalamualaikum, tak jawab berdosa.
Pompuan lak akan balas:
Waalaikumussalam. Nyampah!
Why Not Balas Macam ni Ja??:
Waalaikumussalam. Dah sembahyang??

Laki cakap:
I macam pernah jumpa U la sebelum ni...
Pompuan lak akan balas:
Jangan nak berangan aku pernah jumpa orang cam ang ni!!
Why Not Balas Macam ni Ja??:
Haaa, yelaaa.... Kat pejabat kadi dulu kan? Awak kahwin juga ea hari tu?

Itu semua dah antik. Dah lapuk. Sekarang dah banyak line ngorat yang baru. Contohnya??

"Jom, pergi Pizza, saya belanja"
"Awak suka makan wantan ea?? Saya pun!!"
"Ehh, saya suka sangat gadis-gadis yang aktif dan suka putar-putar tangan ni"
"Bibir awak seksi laa"
"Saya suka wanita yang berselendang"

So?? Say O dah boleh gerak la sekarang ni kan?? Nak tau lebih lanjut sila beli buku "Rahsia Kebahagiaan Rumah Tangga" hasil karya Pn Zati dan En Safwan. Ada di kedai-kedai buku berhampiran ye....

Monday, June 1, 2009

Anugerah Gala DOT

Setelah berlalu segalanya, maka sesi anugerah ini pun dibuat. Dengan juri yang terkemuka dan kacak-kacak belaka, berikut adalah pemenang anugerah pada Malam Gala DOT...

Karya Terbaik
Demi Kasih Itu (DOT)

Muzikal Terbaik
Laila Majnun

Anugerah Khas
Superptuih dan Transit Kaler Magenta

Teknikal Terbaik
Superptuih dan Transit Kaler Magenta

Lagu Terbaik
Demi Kasih Itu

Pelakon Terbaik:

Lelaki - Mat
P/Lelaki - Paan
Perempuan - Huzei
P/Perempuan - Fatin

Pelakon Harapan
Perempuan - Kak Leha
Lelaki - Hazal

Anugerah Khas Juri
Roy

__________________________________________________________________

Malam Anugerah tidak tamat di situ. Berikut adalah anugerah lain yang terlibat....

Pasangan Paling Matang
Opah dan Manjong

Pasangan Paling Ideal
Opah dan Manjong

Pasangan Paling Cocok
Opah dan Manjong

Anugerah Ekonomi
Aida Najwa (Kad Bank Paling Berharga)

Anugerah Pemurah
Say O (Pizza Hut dan Warta)

Anugerah Rekod Dunia
Aliaa (Pusingan Tangan Paling Kerap)

Anugerah Tiada Bintang di Malam Hari
Paan

Anugerah Mama Cinderella
P-Nat

Anugerah Jimat
Kak Leha (Tiada konsep pembaziran makanan)

Anugerah Kacak
Nas