Sunday, June 7, 2009

Kahwin dengan Minah Waktu Cuti Sekolah

Mak Kassim dah fed up dengan Kassim. Mana taknya, dah berapa kali dah mak dia suruh dia cari calon isteri, tapi apa yang Kassim jawab?

"Alah, mak saja la yang tolong carikan"

Owh, mungkin Kassim sibuk dengan kedai dobinya, mungkin juga Kassim gay, tapi still, mak Kassim dah cukup-cukup fed up dengan perangai anaknya itu.

Padahal bukan susah pun Kassim nak cari calon isteri dia sendiri.

Kak Temah yang meniaga cucur kodok tu kan ada anak perempuan. Minah namanya. Jantan-jantan kat kampung ni dah lama dah cuba mengayat si Minah ni. Tapi, sama ada mereka-mereka itu direject dengan penuh berhemah oleh Minah atau dihalau dengan penuh komitmen oleh Kak Temah.

Lagipun, kalau nak fikir balik, kedai dobi Kassim kan dah maju. Dah capai status billionwan pun. Al-maklumlah, kedai tu kan dah capai status global, even singlet Barack Obama pun dihantar untuk dicuci di situ.

Tapi, still, Kassim tak mau KAHWIN! Sampaikan ada spekulasi makcik-makcik jiran sebelah yang mengatakan Kassim itu gay. Jangan risau, Kassim tak gay. Makcik tu hanya menabur fitnah semata-mata.

Mak Kassim bukan tak cari, kerana berbekalkan integriti dan komitmen seorang ibu yang tinggi, mak Kassim telah membuat sesi interview dengan beberapa gadis desa. Minah pun turut terlibat. Sesudah difilter yang mana sesuai, ditunjukkan la gambar gadis-gadis tu pada Kassim. Tapi Kassim tak teruja pun.

Sekarang, semua gadis di dunia ni dah couple, atau kahwin. Tinggal Minah ja. Erm, nak tak nak Kassim terpaksa juga buat keputusan sekarang. Sebab cuti sekolah dah nak habis. Kassim tak nak buat kenduri kahwin masa bukan cuti sekolah. Nanti tak ramai orang yang boleh datang.

Aih, Kassim mengeluh. Sambil memegang gambar Sabariah yang ditunggu sejak dua millenia yang lalu.

Bukan jodoh kau, Kassim. Kahwin saja la dengan Minah tu...

No comments: