Tuesday, July 14, 2009

Bertemu Cinta Sejati

I met my love in Paris, the city of love. When we met, we know we were meant for each other.

Aku ketemu dia di Paris, bandaraya cinta. Bila kami bertemu, kami tau, kami memang ditakdirkan bersatu.


_____________________________________________________________________


Hidup tak pernah menjanjikan kita apa-apa. Yang pasti hanyalah kelahiran dan kematian. Tapi masih, manusia yang hidup mencari apa yang dikatakan cinta sejati.

Ya, aku ketemu dia di Paris. Cinta sejatiku. Pada tarikh 3 Ogos 1942. Aku tau dia takdirku. Dia cintaku. Dia hidupku. Di pekan kecil itu kami berkahwin. Ahhh, masakan ibu bapaku mau menghalang cintaku, hidupku.

Tapi, sayang, cintaku tak lama. Setahun kemudian Adolf mula berleluasa, mengganas membunuh Yahudi. Aku rasa Paris selamat. Aku rasa aku dan cintaku pasti selamat kerna kami bukan Yahudi. Aku silap.

Cintaku mati disembelih tentera Nazi. Mati bersama anak dalam kandungannya. Namun aku tak mampu berbuat apa-apa.

Di sini aku berdiri sekarang. Menceritakan kisah cintaku. Ramai yang bertanya, kalau hidupmu sudah tiada, masakan kamu masih mampu hidup?

Aku senyum. Aku kata, aku di sini kerna kisah ini. Kisah cinta sejatiku. Aku mau semua tau. Selain kelahiran dan kematian, masih ada cinta sejati.

Kita hanya perlu mencari. Kerna bila kita sudah jumpa, kita akan tau.

Dari aku untuk cintaku...

4 comments:

jigsaw said...

ni ulasan bku ke, terjemahan bku ke ape?
jgn kate ni kisah hidup ko..

wann afzan said...

aaaa...x phm gak...tp ianya kesah yg hebat! *tepuk tepuk*

Cik E said...

hahahahahah, paris ek? ish ish. wtf.

NaZZy Hall said...

ayt last jer ayt ak...
yg laen ak reka jer...

errr...
xsdey ke cite nie??
hahahahaaa~