Wednesday, August 26, 2009

2 atau 8? Jangan Tertipu!!

Pesanan Khidmat Masyarakat ini dibawakan khas oleh DOT.


Diingatkan pada yang membaca. Sekarang satu sindiket semakin berleluasa di PC Fair serata Malaysia.

Pernahkah anda pergi ke PC Fair dengan rasa yakin diri? Mau membeli thumbdive 8G yang boleh mengisi pelbagai jenis benda-benda lagho serta video Spontan yang didownload dari Youtube? Pernahkah?

Jika pernah, sila hati-hati! Anda mungkin mangsa sindiket yang kian berleluasa!

Oh, barangkali ada yang tertanya-tanya apakah sindiket yang diperkatakan. Sindiket yang diperkatakan adalah sindiket yang menggunakan modus operandi menipu pelanggan di PC Fair dengan menjual thumbdrive 2G dengan nilai thumbdrive 8G.

Rasa seperti tidak logik? Rasa seperti anda takkan tertipu? Berikut adalah sesi luahan rasa salah seorang yang telah manjadi mangsa sindiket tersebut.

" Saya pergi petang tu dengan kawan dan seorang lelaki yang kacak untuk membeli thumbdrive 8G dan printer. Oleh sebab dah nak habis PC Fair, saya pun cuba minta murah harga thumbdrive tu. Tapi tak dapat pun. Dan bila balik, baru saya sedar yang sebenarnya saya dapat thumbdrive 2G je. Macam mana tak sedar pun tak tau, padahal dah tertulis depan-depan dah"

Bisik gadis yang hanya mahu dikenali sebagai A sambil teresak-esak menangis.

Pastikan anda tidak menjadi mangsa sindiket tersebut! Katakan tidak pada thumbdrive 2G yang bernilai seperti 8G!

Berikut adalah imej yang dilihat oleh A. Hati-hati jika anda mendapat thumbdrive seperti imej di bawah.


8G yang besar tu tipu je. Sila lihat pada perkataan yang telah dibulatkan. Itu baru nilai yang asli.

Jauhi sindiket ini. Pastikan anda tidak tertipu! Katakan TAK NAK!!

P/S : Merindui saat-saat merapu bersama kamu semua. Biarlah. Hanya lagi 3 hari.

Friday, August 21, 2009

Bukak Posa Oii!!


Ramadhan Menjelma....





Esok nak posa dah woi....ramai yang nak balik umah nak bebukak posa ngan family. Ada gak yang nak balik tapi cam tak bebaloi ja. Ada yang x sabar nak tunggu posa untuk kuruskan badan.Ada yang bla3...

Ok la, pendek cerita, jom kita ahli2 dot berbukak posa skali esok. Tempatnya kat bilik keramat kita, bilik kebud. Plan dia camni, setiap sorang bawak nasi putih sendiri. Sapa nak bawak nasi 2 3 pinggang( kata wawa) ka suka ati la (pada ismeth dan leha). Lauknya akan disetel oleh Mr. Nazrin a.k.a Nepal dan juga Mr. Pali. Air? ada.. tong air ijan ada lagi. kordial pun ada lgi. tapi kena tambah air gula kot. nak bagi sedap kan3? Ais boleh beli kat kafe. Sapa2 yang nak bawak lauk extra (skali lagi pada ismeth ngan leha), amat digalakkan dan huluq2la pada yang len noh..



Tu la apa yang aku nak tuliskan. Sapa yang balik umah tu takpa, selamat berbuka bersama keluarga. Yang len2 tu, reply cepat2 ye. Nak tau berapa ramai yang ada esok.

Ok, nak g tarawikh ni. bye

Thursday, August 20, 2009

It All Paid Off

Sejarah tercipta.

Yang tersurat itu tersurat, yang tersirat itu tetap tersirat.

Tanggal 17 Ogos 2009 merupakan tarikh keramat. Itulah hari yang mana segala normaliti terhapus begitu saja, hari yang mana impian yang rasanya mustahil tercapai telah menjadi kenyataan, juga hari yang mana segala usaha dan pengorbanan yang diberikan, menjadi berbaloi..bahkan lebih daripada berbaloi.

Pada malam itulah, pada pukul 11.30 malam hari Isnin itulah,..

Kolej Dato Onn' telah dinobatkan menjadi johan Pertandingan Boria sempena Seni Pentas D' Konvo pada minggu Pesta Konvo ke- 37

Ajaib.
Sukar untuk dipercayai.
Bagaikan "betul ke kita menang?"

Tetapi itulah kenyataan. Itulah apa yang sudah tersurat di borang- borang juri pertandingan itu.
Itulah apa yang dipersetujui antara 4 orang juri professional yang ditugaskan untuk mengadili pertandingan itu.

Imbas kembali...

Pada waktu awal, pada ketika sampai khabar angin yang mengatakan pesta konvo tahun ini akan ada pertandingan boria, buka lagi teater muzikal, bukan lagi choral speaking. Rasa keliru, gundah gulana memikirkan "Camana nak wat boria ni..?Sapa yang pandai ajar menari..?Orang cukup ka..?Bila nak start latihan..?"..

Tapi tak apa, semangat yang ada masih kuat. Jangan sesekali menyerah kalah, teruskan juga dengan projek boria ini. Dengan itu, mulalah latihan boria yang amat menekan jiwa dan perasaan kerana masalah- masalah yang sering timbul saban hari. Ada saja masalah..
Tak dapat datang awal kerana ada diskusi,
Tak dapat datang kerana ada meeting,
Tak cukup orang kerana ada yang menarik diri kerana masalah komitmen,
Pemegang- pemegang tugas yang kurang berkesan tugas yang diamanahkan padanya,
Dan yang membingungkan sekali: Tak tahu nak ajar macam mana menari boria, kiraan step, formasi..

Klimaks antara segala masalah: Mahu ambil atau tidak Abang V sebagai coach tarian?

Sekarang baru aku sedar akan kata orang,
" Don't judge a book by its cover"
" Jangan melabel seseorang itu selagi belum bersemuka dan kenal dengannya.."

Benar, aku mengaku bahawa aku kurang matang pada awalnya apabila begitu mudah mempercayai sesuatu yang kurang pasti kebenarannya. Kita tak akan mengenali seseorang selagi kita belum bekerja dengannya. Akhirnya, dengan adanya abang V, tarian boria kita nampak begitu menarik hinggakan Leha dan Wawa tergedik untuk menari bersama. Tanpanya, tak akan adalah busana boria yang begitu meriah dan kena dengan temanya. Jutaan terima kasihg pada Abang V.

Kemudian, dengan adanya En. Akmal yang bertungkus- lumus menghasilkan lagu yang unik dan "pelik", yang sanggup menghabiskan masa berjam- jam siang dan malam menemani kita berlatih, bertambah lancarlah produksi boria ini. Terima kasih juga pada Mr. Nazrin a.k.a Nepal(kata Leha dan Wawa), sketsa yang diarahnya menjadi sangat menghiburkan.

Hari demi hari, tarikh yang ditunggu telah tiba. Malam penentuan. Malam segala- galanya. Sewaktu menunggu giliran untuk membuat persembahan, nampak wajah- wajah resah di muka- muka 1st year. "Tak apa, naik stage nanti korang tau rasanya"..
Dan memang benar kataku itu, persembahan yang kami bawa dinikmati dan disambut meriah oleh semua penonton biarpun mereka bukannya kenalan kami. Ingat lagi, pada waktu aku menuruni tangga stage, penonton- penonton yang berdiri berdekatan menepuk tangan sambil mengucapkan "tahniah!","Hebat!","memang best!"..Benar kata En. Akmal,

Orang akan enjoy show korang kalo korang enjoy dan give yang terbaik. Korang akan lagi enjoy bila nampak audience suka. Audience tak tipu, kalo show bagus, diorang akan enjoy,seronok.

Nampak kepuasan pada setiap setiap orang. Tak ada penyesalan. Dan hasilnya, kita juara. Ya, kita juaranya. Segala pengorbanan, masalah, pergaduhan kecil bagaikan menjadi angin yang berlalu pergi saja. Semuanya berbaloi. Tanpa kerjasama dari kita semua, tak mungin terhasilnya boria ini.

Dan aku berharap, kita dapat terus bekerja sebagai satu team, atau lebih famous lagi, satu family.

Alhamdulillah, dan terima kasih pada semua..

















Thank you, for everything..

Info

Selamat menyambut Awal Ramadan buat semua!

Di sini saya ingin mewar-warkan bahawa mana-mana DOT-ters yang berminat untuk menulis di dalam blog DOT ini bolehlah memberikan email kepada saya. Kerna kebanyakan penulis yang mendaftar punya komitmen sendiri pada blog peribadi mereka (komitmen la sangat!).

Jadi, jangan segan. Berikan e-mail pada anda. Segala karya anda akan dihargai sepenuhnya.

Buat penulis yang sudah berdaftar, rajin-rajinlah menulis di dalam blog ini. Sebarang karya yang tidak menyentuh isu perkauman, peribadi atau memecah-belahkan kelab adalah amat dihargai.

Buat semua DOT-ters juga, rajin-rajinlah membaca blog peribadi yang telah dilink oleh admin. Semua karya dari DOT-ters adalah terbaik! Jadi jangan lupa membaca karya dan luahan perasaan mereka.

Sebelum itu, saya ingin meninggalkan buah tangan buat adik-adik 1st year. Jika kamu ingin mengenali abang dan kakak 2nd year dengan lebih akrab, sila klik link di bawah ini. Ini masterpiece saya.

Tuesday, August 18, 2009

Aku, Dia dan DOT

Hari ini 18 Ogos 2009, sehari selepas Festival Boria di Pesta Konvo, 09.

Selepas ini, ada lagikah

Jerit carut menghafal step?
Usik mengusik Ismeth yang comel?
Drama Korea KK dan Say O?
Muka manis Izayu yang menerjah kesunyian?

Masih ada lagikah

Gedik Ilya melayan anak-anaknya?
Suara si kecil memarahi kawannya?
Lawak bodoh Roy memeriahkan suasana?

Tanya la pada diri anda, masih ada lagikah? Dan aku pasti anda akan merindui semua itu.


Kini, lantai bilik itu akan kembali berhabuk. Busuk dan lusuh.

Ahhh, biarlah!

Kerna kami pasti kembali ke situ!

Sunday, August 16, 2009

Bisikku Dari Hati

Ku berbisik dari hati
Walaupun kononnya kadang-kadang aku tak peduli

Biarpun ini semua mimpi
Atau dunia yang kugelar realiti

Yang penting aku di sini
Bersama kamu yang kuhargai

Aku cuma tau ini

Kita semua family

Tuesday, August 4, 2009

Saja nak tulis

Assalamualaikum.
Kali ini aku terasa seperti ingin berbakti pada blog DOT..bukan apa, aku terasa seperti.. seperti terpanggil untuk bercerita/merapu/luahan/whatever kejap kat sini. Kepada yang ada masa nak baca, terima kasih,...pada yang x mau baca, juga tak apa, no offense..

Orang kata, hidup yang bermakna adalah hidup yang penuh dengan dugaan.

Ada juga yang kata, masalah mematangkan kita. Dengan adanya masalah, diri kita lebih cekap dan tabah dalam mengaharungi hidup yang kita sendiri pun tak tahu bila penamatnya.

Dan selalunya kebanyakan orang akan bersemangat untuk mengatasi masalah itu, tak kira dengan cara yang baik mahupun kasar. Kebiasaannya juga, pelbagai rintangan extra akan wujud ketika kita hampir selesaikan masalah itu. Ketika itu, kita terasa seperti "nak terjun sungai" je(bukan bangunan, nanti mati bodoh je)..frust sebab masalah datang bertalu- talu...

Tapi bila waktu susah macam tu, selalunya akan ada kawan- kawan yang sedia di belakang, depan, kanan, kiri, atas, bawah untuk menyokong kita...biarpun takla seramai stu kelas zaman sekolah dulu..

But as long as you are here, giving me endless support and comfort, i will continue my struggle even till the end..

Itulah kelebihan bila kita kerja berpasukan. Akan sentiasa ada orang yang sedia memberi sokongan baik dari segi moral, makanan atau minuman sekalipun. Dan bila seorang gembira, yang lain turut merasa gembira.

Tetapi langit tidak selalunya cerah...

Seperti mana konsep yin yang, setiap yang putih akan ada hitamnya.setiap yang kelebihan akan ada keburukan..

Kronologinya mudah, tengok pada pasukan bola sepak. Kalau setiap pemain boleh memberi komitmen yang tinggi dari segenap aspek(datng latihan, dengar arahan jurulatih, tidak ego), maka mudahlah untuk jurulatihnya mencuba formasi, meningkatkan kemahiran pemain dan yang penting sekali akan wujud chemistry antara setiap pemain itu terhadap pasukannya. Jadi bila berlawan tak berlakulah kes fullback tak naik atas support attacking play, midfielders tak track back bila kena attack, tak ada understanding antara attackers yang menyebabkan peluang gol pergi begitu je, dan teruk sekali tak ada understanding antara defenders yang menyebabkan gol2 begitu mudah bolos..
Akhirnya hilanglah rasa percaya antara pemain dan satu "team" telah menjadi "sekumpulan pemain perseorangan"..

Jadi rasanya setakat ni je kot aku nak merapu dan bercerita..apapun aku berharap DOT akan terus maju dan happy.

Assalamualikum

Monday, August 3, 2009

Na, Na, Na, Ganu

Name saye Nazring. Set-set saye semue panggil saye Naz. Jadi panggil Naz lalu neh? Makanang kegemarang saye macam biase r, bayang goreng r. Ini junior saye yang kenalkan. Sedap sokmo r, cube r kalau dop biase cube agi.

Mu ingat saye kecek Ganu ni saye ni orang Dungung la ni kan? Nape mu ingat gitu? Saye ni bukang orang Ganu. Tapi kecek Ganu siket-siket boleh la.

Saye tulis kat sini sebab nak kabo sebenda kat semue yang bace. Tapi saye nak minta maaf dulu la. Saye tau semue mesti sibuk berlatih boria ni. Dakpe, sekejap je ni. Tapi ape-ape pun, wak yang dop pahang mende saye tulis ni, minta rujuk pada kamus Ganu bergerak anda ye. Name die Aida Najwa. Hoh, die kalau kecek Ganu ni lagi ganah dari saye ni!

Saye nulis ni sebab nak pesang kat korang semue. Kamu belatih boria sokmo tiap malang(malam) kan? Ade gocoh-gocoh dop? Saye ni bukan nape. Dop suke la tengok orang gocoh-gocoh. Satu pepatah Perancis ade mengatakang "Bakpe nak gocoh-gocoh, baek makang wantang". Kalau sebut dalam bahase Perancis sedap sikit kot.

Tapi sekarang ni saye dengar belum agi la kot gocoh ni. Kire okey la, saye ni nak pesang jer. Mane taw jadi kekgi susah. Letih! Tengok Aida Najwa gocoh dengan pondang pun dah letih sokmo dah. Ni pulak gocoh sesame sendiri.

Yela, kekgi nak tubik ramai-ramai tengok bowling susah la. Hancur impiang orang-orang yang nak kalahkan aku tu.

Saye kecek ni bukang nape. Saje nak ingatkan jer. Yela, kekgi dah mule gocoh gane nak ingatkang lagi. Wak kerje ikhlas, dop payah susah nak dengki, dop payah gocoh r pendek kate. Kalau nak ngusik siket dakpe orr.

Saje kecek Ganu kali ni, kire cam tribute untuk set-set Ganu la. Siang Aida Najwa die sorang je puang Ganu kat dalam DOT. Dakpe, kekgi saye balik kite gi bank same-same neh.

Bereh, boh! Saye akhiri tulisang kali ni dengang sebuah lagu.

Na, Na, Na, Ganu kite!!!!!!