Wednesday, August 26, 2009

2 atau 8? Jangan Tertipu!!

Pesanan Khidmat Masyarakat ini dibawakan khas oleh DOT.


Diingatkan pada yang membaca. Sekarang satu sindiket semakin berleluasa di PC Fair serata Malaysia.

Pernahkah anda pergi ke PC Fair dengan rasa yakin diri? Mau membeli thumbdive 8G yang boleh mengisi pelbagai jenis benda-benda lagho serta video Spontan yang didownload dari Youtube? Pernahkah?

Jika pernah, sila hati-hati! Anda mungkin mangsa sindiket yang kian berleluasa!

Oh, barangkali ada yang tertanya-tanya apakah sindiket yang diperkatakan. Sindiket yang diperkatakan adalah sindiket yang menggunakan modus operandi menipu pelanggan di PC Fair dengan menjual thumbdrive 2G dengan nilai thumbdrive 8G.

Rasa seperti tidak logik? Rasa seperti anda takkan tertipu? Berikut adalah sesi luahan rasa salah seorang yang telah manjadi mangsa sindiket tersebut.

" Saya pergi petang tu dengan kawan dan seorang lelaki yang kacak untuk membeli thumbdrive 8G dan printer. Oleh sebab dah nak habis PC Fair, saya pun cuba minta murah harga thumbdrive tu. Tapi tak dapat pun. Dan bila balik, baru saya sedar yang sebenarnya saya dapat thumbdrive 2G je. Macam mana tak sedar pun tak tau, padahal dah tertulis depan-depan dah"

Bisik gadis yang hanya mahu dikenali sebagai A sambil teresak-esak menangis.

Pastikan anda tidak menjadi mangsa sindiket tersebut! Katakan tidak pada thumbdrive 2G yang bernilai seperti 8G!

Berikut adalah imej yang dilihat oleh A. Hati-hati jika anda mendapat thumbdrive seperti imej di bawah.


8G yang besar tu tipu je. Sila lihat pada perkataan yang telah dibulatkan. Itu baru nilai yang asli.

Jauhi sindiket ini. Pastikan anda tidak tertipu! Katakan TAK NAK!!

P/S : Merindui saat-saat merapu bersama kamu semua. Biarlah. Hanya lagi 3 hari.

4 comments:

Anonymous said...

eh...yg 2.0 tu bukan speed dy ke?

NaZZy Hall said...

ko diam!
kalo xcaya sila tnya wawa!!

shahrin yusof said...

yela...agree with anonymous...

2.0 bukan speed data transition ke??

Anonymous said...

btol2... tp byk sindiket jual,lua 8 gb,tp dalam 2 gb.. aku pnah kje kat kdai camtu n benti sbb dapat ta0 kje tu.. aku wat report,tp mcm x jd pepe jer.....