Thursday, October 8, 2009

Aku bukan Mr Bean...

Life is all about choices.
(Sangat suka gambar ni, banyak maksud tersirat.)

Membayangkan juga watak Izayu dipegang oleh Rayn, mahupun Say O. Pasti impak 'ever' itu lain kan? Komen anda?

Orang cakap dah lepas tu biarlah lepas, jangan dikenang jugak. Tapi aku bukan ada penyakit hilang ingatan, lupa diri mahupun demam kura-kura, jadi mustahil aku tak akan ingat program yang baru saja melabuhkan tirai 3 minggu lepas. *dendam dengan Abou Diaby yang menjaringkan gol sendiri pun tak terubat lagi* Lagipun aku baru ja tengok video drama, sah-sah masih ingat dan takkan lupa.

Seperti yang telah sedia maklum, mana yang tak tau tu agaknya bertapa dalam gua atau tengan mengorat anak gadis depan Metro, pertandingan ini telah dimenangi oleh TEKAD, diikuti oleh DOT dan PERSADA. Manakala Kajai dan KIY melengkapi pasukan 5 teratas ranking FIFA.

Jadi ini adalah kali pertama DOT jatuh dari nombor 1 sepanjang pertandingan tahun ini termasuk Anugerah Ibu Mithali Maal Hijrah yang dimenangi saudara Leha. Bagi yang menulis, ini bukan satu bentuk kegagalan. Berlatih selama seminggu boleh dapat nombor 2, bayangkan jika punya masa dan kos yang cukup. Seperti kata pepatah, 'Sedangkan Fatin pun boleh kuruskan badan'.

Mengenai kesalahan ketara yang telah dibincangkan ; suara, lontar-lontar props, laptop tak charge, atok lupa skrip ; minta jangan diulang dalam program yang akan datang. Seperti kata Say O, jika buat lagi sila terjun sungai dan meninggalkan segala bentuk wang ringgit pada saya.

Tak perlu gebang panjang. Sila lihat foto galeri.



Mari terbang bersama saya, Ismeth tidak dijemput.

Disko Wanita muslim. Kurma disediakan untuk pakej berbuka puasa. Bulan Oktober adalah bulan muzik Raihan.

Tukang sapu sampah paling kacak dalam dunia. Sekian.

Maaf. Foto galeri tak banyak kerna ia dicilok dari rakan saya punya Facebook.

Saya harap kamu seronok. Sebab saya seronok. Maaf kalau skrip ini tidak disukai oleh kamu. Tapi genre ini adalah genre kegemaran saya, impian saya dari kecil lagi untuk mementaskan karya bergenre ini.

Teruskan bersama DOT. Oh, sangat merindui penglibatan UMI.

Sekian. Harap Maklum.

4 comments:

wann afzan™ said...

hurm..
*shed tears*
mane button 'like' kt cni?

safwan ishak said...

congrat to all production.
sorry sebab aku x dapat nak join and bantu korg kali ini...
anyways, its still top 5 kan..
ok gud luck..

safwan ishak said...

congrat to all production.
sorry sebab aku x dapat nak join and bantu korg kali ini...
anyways, its still top 5 kan..
ok gud luck..

wann afzan™ said...

tq abg wan!!!