Saturday, May 14, 2011

Religion and Video Games.


Korang semua ni peminat tegar Facebook kan? Hari2 online FB kan? Bagus!! Kalau macam tu kompem korang tahu yang baru2 ni ada artikel dari blog somebody yang isinya super duper menarik perhatian aku. Artikel dia bukan pasal Osama mati ke, teori konspirasi ke. Itu semua Blog Serius dah cover full.

Ini artikel pasal video2 game yang menghina Islam. Kononnya ada beberapa video game yang dikenalpasti ada guna certain decorations/designs/graphics yang menghina Islam. Persoalannya, betul ka?

Rewind balik masa first time isu ni jadi panas. Bagi aku panas gak ar, haha. First time isu ni kuar adalah dalam paper kesayangan Melayu kita- Metro. Ni catchline dia.




Stylo. First time aku baca memang berkerut dahi aku. Habis semua sel2 otak dan kudrat terpaksa dikerah untuk mengingat kembali. " eh ada ka pintu kaabah?", " kat mana ha kalimah Allah?", "12 pintu? 12 stage kot.."

Hahahahahaha. Ok let me make it clear. Aku ni gamer. Gamer paling tegar. Sejak aku berumur 4 tahun aku dah mula main game. Dari zaman game 16-bit sampai la ke next generation macam sekarang. So korang cakap lah game apapun, most probably aku pernah main. Paling tak pun maybe aku pernah dengar.

Jadi, disebabkan aku gamer tegar, maka korang boleh la expect yang aku akan bias, macam bakal defend game2 ni kan? Yes rite baby!!! Tapi aku tak defend lah cara membabi buta. Hm...bacalah!! Iqra'!!!

First sekali yang aku nak tegaskan di sini- reason aku main game. Kalau tanya budak kecik pun jawapan dia senang gila- sebab seronok. Kalau tanya budak besar sikit- sebab nak isi masa lapang. Kalau tanya aku pulak- sebab nak tambah pengetahuan, sebab nak control satu movie interaktif, sebab cantik, sebab nak belajar, sebab nak buka minda, sebab nak berhibur. Bagi korang yang bukan gamer, amat sukar untuk korang faham dan terima reason2 aku. Sesukar untuk orang biasa memahami kenapa mat2 pancing sanggup berjam2 tunggu kat tepi tasik semata2 nak tangkap ikan. Maybe lagi tepat, sebab inilah passion kami.

Berbalik pada topik asal. Penghinaan dalam game.

Ok soalan pengetahuan am. Pernah dengar game Command and Conquer Generals? Yang gadis2 memang pakat dak ah jawapan. Yang laki2 ni. Mesti at least pernah dengar nama kan? Korang tau kan dalam game tu ada 3 sides kita boleh pilih iaitu USA-China- GLA? GLA tu yang menarik. GLA stands for Global Liberation Army. Erti kata lain, mereka adalah Al- Qaeda.

Player boleh main single player campaign bagi setiap side. USA China GLA semua ada campaign tersendiri. Betapa jahanamnya developer game tu, diorang buatkan GLA nampak sangat barbaric dan lekeh.Hahahahahaa. Weapon semua klasik. Untuk AA vehicle cuma tempek gattling gun kat lori ikan ja. Askar semua pakai serban. Standard weapon adalah AK-47. Special mass weapon diorang? Cuba teka.

Pandai. WMD. SCUD launcher babe. Antara infantry yang ada- angry mob, suicide bomber, RPG trooper. Bila infantry mati commander interface akan kata "our brothers have fallen." Tak deja-vu ke di situ? Suicide bomber tu ayat dia adalah- "I will die for our cause!!" Pekerja yang bina base- first upgrade adalah provide shoes!!! Even headquarters adalah masjid. Tengok betapa hinanya Islam diorang buat. Kan? Ke tidak?


My all time favourite gaming heavy weapon- SCUD Launcher


Then cuba pakai USA side. Teknologi diorang memang mind boggling punya level. Satellite, Particle Cannon, automatic missiles, stealth detectors, powerful air force, bla3~~ Nak lagi bengang? Tank Paladin, ayat dia bila kita tekan - "Protecting the people/ To serve and to protect." HAHAHHAHAHA.

Terasa ke?

Ada lagi. Stronghold Crusader. Game based on Crusade War. Kristian lawan Islam. Mula- mula aku main, aku bajet akan ada 2 sides singleplayer lah. Ceh harapan. Hanya ada campaign pihak Crusade je. Pastu overall campaign dia memang tunjukkan Crusaders ni baik-baik dan hati mulia. Celaka. Kalau nak pakai tentera Muslim pun boleh, tapi dalam skirmish je lah. Dan bila main, sila tahan perasaan amarah. Leader- leader Muslim semua muka kejam- kejam, nama pun culprit-culprit semuanya. Army dia jangan cakap ah, ada 2-3 unit yang memang sungguh dishonorable method cara serangan dia. Ada ka patut, hanya mampu bakar bangunan ngan menggunakan torches?


At times, it looks a bit messy


Tuan-tuan dan puan-puan, itu baru dua video game yang seingat aku ada unsur penghinaan yang jelas dan terang. Aku percaya banyak lagi yang ada unsur macam tu, cuma aku tak ingat mahupun terlepas pandang.



-nanti ada part 2, panjang sangat pulak-

2 comments:

nur wahida said...

susah bila bercerita ngan org yg bukan gamerz....

mcm budak bio trgkn pda budak kejut~

say- O said...

tak susah pun.. macam movie gak game ni. takda formula nama saintifik kena hapai, haha