Tuesday, July 5, 2011

Teater Kotak Hitam

Purple Talent Studio menerusi Antalogi Beta (Beyond Talent) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka mempersembahkan sebuah teater karya dan arahan Fasyali Fadzly bin Saipul Bahri dan lakonan Aloy Paradoks dengan bangganya membawakan sebuah teater bertajuk KOTAK HITAM.

Sinopsis
Mamat seorang penagih TV tegar yang sentiasa dahagakan nikmat hiburan bersifat hedonism. Dia tidak punya sesiapa kecuali TVnya yang sentiasa memberikan ke...puasan 100%. Sehingga suatu hari, muncul seorang Pembaca Berita dalam hidupnya. Pembaca Berita menawarkan persahabatan sejati lantas tiada sebab untuk Mamat menolak.

Hubungan mereka bertambah rapat dari hari ke hari. Mamat semakin sayangkan Pembaca Berita yang dapat memenuhi setiap kehendaknya. Mamat sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga persahabatan yang telah tercipta itu.

Semakin hari Pembaca Berita semakin mengenali Mamat. Berbeza dengan Mamat yang semakin hari semakin lupa dirinya. Hubungan mereka mencapai kemuncak. Mamat cuba untuk menidakkan Pembaca Berita tetapi sayangnya tidak berjaya.

Bersama kita saksikan kesudahannya.

***
Karya dan Arahan
Fasyali Fadzly bin Saipul Bahri

Lakonan
Aloy Paradoks (Bukan Monodrama)

8-10 Julai 2011
8.30 malam
Stor Teater DBP

Masuk atas sumbangan RM15
Hubungi 03.7831.4857 (waktu pejabat sahaja)

Atau

Fasyali (017.884.8044)
Amelia (012.213.0515)

1 comment:

Fasyali Fadzly said...

harap maklum,

kami terpaksa membatalkan pementasan pada hari sabtu dan disambung semula pada hari AHAD hingga ISNIN.

harap dapat beritahu pada yang lain-lain.