Karl menoleh kiri dan kanan.
Suasana makmal yang bersih dan steril itu hanya dicemari bunyi dengungan
pendingin hawa. Tiada jasad hidup yang berada di situ. Hanya objek pegun
seperti bikar, buret dan spatula. Peluang!
“Tia, ini peluang kita. Kita
perlu larikan diri secepat mungkin sebelum saintis gila tu balik.”
“Kau pergilah dulu, Karl,” jawab
Tia tidak bermaya.
Karl memandang kasihan kekasihnya
itu. “Tak Tia. Kita pergi sama-sama. Macam filem Titanic, you jump I jump kan? Bukankah itu azimat
kita selama ini?”
Tia tersenyum kecil. “Ya, Karl.
Tapi kau lupa di hujung cerita Titanic si kekasih mati untuk kekasihnya yang
lagi satu. Pergilah Karl. Ini peluang kau. Kau harus hidup. Demi aku. Demi
mama, papa dan Rosella.”
Karl tertunduk menahan sebak.
Papa, mama dan Rosella – adik perempuan Tia – telah lama meninggal dunia
setelah overdose bahan kimia dan dibedah hidup-hidup. Sudahlah disuntik dengan
pelbagai bahan kimia berbahaya, dipancarkan pula dengan sinar radioaktif dalam
dos yang tinggi.
Karl tidak tahu apa kajian
saintis gila yang bernama Syana – seorang saintis yang gemar mendengar jeritan
mangsanya ketika dihiris hidup-hidup - itu. Namun dia sedar, jika dia terus
berada di situ dia tidak akan dapat melihat sinar mentari keesokan harinya.
“Baiklah Tia. Tapi aku janji, aku
akan kembali untuk mendapatkan kau,” kata Karl walaupun dia sedar ini adalah
kali terakhir dia melihat Tia.
Bye sayang, kata Karl di dalam
hati. Dengan sepenuh kudrat Karl menghempas pintu bilik kurungannya. Nasibnya
baik, saintis makmalnya sedikit cuai, pintunya tidak dikunci dengan kemas.
Setiap kali hempasan Karl berjaya membuka sedikit demi sedikit pintu bilik
kurungannya.
Tiba-tiba pintu makmal berbunyi.
Perlahan-lahan ia dikuak. Saintis gila itu sudah pulang!
Karl harus pantas. Dia menumpukan
seluruh tenaganya pada hempasannya kali ini. PANG! Pintu bilik kurungan nyaris
terbuka.
Pintu makmal sudah dibuka. Syana
– saintis gila itu mengambil kot makmal yang telah dicemari darah
mangsa-mangsanya. Dia mengenakan kot makmal tersebut sambil membetul-betulkan
bibirnya yang senget.
“Jadi hari ini, marilah kita
berpesta darah lagi atas nama sains dan kemajuan!” jerit Syana sekuat hati
sambil disahut bunyi muzik saspens yang dimainkan di dalam minda.
Syana menghampiri bilik kurungan Karl
dan Tia. Dia membelek mangsanya. Syana mengecilkan matanya.
Mangsanya hanya tinggal satu!
“Jahanam! Mana pergi tikus aku
lagi seekor ni?” jerit Syana sekuat hati sambil mengambil Tia untuk dibelah
hidup-hidup.
6 comments:
aku ingat tikus Syana si Saintis Gila semua jantan.
or tikus gay?
memang semua jantan. tapi mungkin ada yang gay. kemungkinan yang sangat besar!
Mati-mati aku ingat Karl tu manusia yang nak dipotong seperti tikus Syana (if you know which part she cut that I meant) ngehhehehehe
hahaha!semua tikus tu jantan yang dah euthanised laaaa..and pakai peppermint je!
Pity !
Saspens!!!!!
-Faiz Zahadi
Post a Comment