Showing posts with label Abg Nas ni Boleh Tahan Hensem Juga. Show all posts
Showing posts with label Abg Nas ni Boleh Tahan Hensem Juga. Show all posts

Sunday, April 14, 2013

Syana Si Saintis Sewel

Karl menoleh kiri dan kanan. Suasana makmal yang bersih dan steril itu hanya dicemari bunyi dengungan pendingin hawa. Tiada jasad hidup yang berada di situ. Hanya objek pegun seperti bikar, buret dan spatula. Peluang!

“Tia, ini peluang kita. Kita perlu larikan diri secepat mungkin sebelum saintis gila tu balik.”

“Kau pergilah dulu, Karl,” jawab Tia tidak bermaya.

Karl memandang kasihan kekasihnya itu. “Tak Tia. Kita pergi sama-sama. Macam filem Titanic, you jump I jump kan? Bukankah itu azimat kita selama ini?”

Tia tersenyum kecil. “Ya, Karl. Tapi kau lupa di hujung cerita Titanic si kekasih mati untuk kekasihnya yang lagi satu. Pergilah Karl. Ini peluang kau. Kau harus hidup. Demi aku. Demi mama, papa dan Rosella.”

Karl tertunduk menahan sebak. Papa, mama dan Rosella – adik perempuan Tia – telah lama meninggal dunia setelah overdose bahan kimia dan dibedah hidup-hidup. Sudahlah disuntik dengan pelbagai bahan kimia berbahaya, dipancarkan pula dengan sinar radioaktif dalam dos yang tinggi.

Karl tidak tahu apa kajian saintis gila yang bernama Syana – seorang saintis yang gemar mendengar jeritan mangsanya ketika dihiris hidup-hidup - itu. Namun dia sedar, jika dia terus berada di situ dia tidak akan dapat melihat sinar mentari keesokan harinya.

“Baiklah Tia. Tapi aku janji, aku akan kembali untuk mendapatkan kau,” kata Karl walaupun dia sedar ini adalah kali terakhir dia melihat Tia.

Bye sayang, kata Karl di dalam hati. Dengan sepenuh kudrat Karl menghempas pintu bilik kurungannya. Nasibnya baik, saintis makmalnya sedikit cuai, pintunya tidak dikunci dengan kemas. Setiap kali hempasan Karl berjaya membuka sedikit demi sedikit pintu bilik kurungannya.

Tiba-tiba pintu makmal berbunyi. Perlahan-lahan ia dikuak. Saintis gila itu sudah pulang!

Karl harus pantas. Dia menumpukan seluruh tenaganya pada hempasannya kali ini. PANG! Pintu bilik kurungan nyaris terbuka.

Pintu makmal sudah dibuka. Syana – saintis gila itu mengambil kot makmal yang telah dicemari darah mangsa-mangsanya. Dia mengenakan kot makmal tersebut sambil membetul-betulkan bibirnya yang senget.

“Jadi hari ini, marilah kita berpesta darah lagi atas nama sains dan kemajuan!” jerit Syana sekuat hati sambil disahut bunyi muzik saspens yang dimainkan di dalam minda.

Syana menghampiri bilik kurungan Karl dan Tia. Dia membelek mangsanya. Syana mengecilkan matanya.

Mangsanya hanya tinggal satu!

“Jahanam! Mana pergi tikus aku lagi seekor ni?” jerit Syana sekuat hati sambil mengambil Tia untuk dibelah hidup-hidup.

Friday, December 17, 2010

Por Que?

Aku menggunakan sepenuhnya kebebasan bersuara yang dipraktikkan dalam negara-negara demokrasi pada blog ni. Kalau tak tahan, minta tutup sebelah mata.

** bukan untuk bacaan golongan lemah semangat dan lemah jantung serta perempuan-perempuan mengandung kecuali Ismeth.

***

Sepertimana yang sedia maklum sudah berkurun poll ni ada kat sebelah. 16 orang saja yang mengundi. Dulu masa mengundi Dotters paling hot banyak pula mengundi. Gua jadi musykil tiba-tiba. Mungkin korang ada buat sesuatu untuk jadikan undi korang rosak.

Optimistik.

Tanpa melengahkan masa gua tulis apa yang gua nak tulis dalam bentuk point form bagi menampakkan ketegasan ala-ala cikgu sikit.
  1. Hal Ehwal Agama dan Sukan : Apa yang aku fikir pun aku tak tahu. Penulisan dua benda ni sangat tak praktikal di dalam blog teater. TAPI jika ada penulis yang mahu memberikan pendapat di dalam dua benda ni boleh saja berbuat demikian. Tapi sila jangan copy paste dari note FB atau blog siapa-siapa. Dan jangan bersifat terlalu preachy. Aku ulang. Tak praktikal.
  2. Muzik dan Movie : Ini mungkin sedikit sinonim dengan apa yang kita buat. Jadi boleh tulis. ikut suka hati korang. Tapi mesti berlandaskan prinsip bukan mahu menganjeng tak tentu hala. Gua suka menganjeng ni tapi kalau pointless tak guna juga.
  3. Aktiviti dan Cerita Fiksyen : Untuk review aktiviti ni pandai-pandai senior lah. Korang dah undi, kalau korang tak tulis nanti nampak hipokrit pula. Cerita fiksyen ni gua rasa barangsiapa pun boleh tulis. Gua tak bagi had. Cerita Say O perang dengan kuda kepala manusia pun boleh. Udah nama pun fiksyen. No limit for creativity.
  4. Hal Ehwal Teater : Hehehehe. =)
  5. Penulis : Penulis yang gua hantar mesej melalui mesej FB adalah penulis yang gua amanahkan sebagai penulis tetap blog ini. Jadi sebarang tanggungjawab menulis adalah pada hujung jari anda. Gua buat keputusan ini berdasarkan penulis 30-40 entri terdahulu.
  6. Penulis Tamu : Gua dengan Fatin. Kami tak dibayar untuk menulis, dan kami juga tak menyertai sebarang aktiviti anda secara langsung lagi. Jadi suka hati kami mahu tulis atau tidak. Kalau tulis, bagus. Kalau tak tulis, sibuk.
  7. Promosi : Gua tak kenal junior. Kenal pun dalam seminggu dua sebegitu. Jadi nak menyuruh junior baca dan buka blog ini mesti lah kerja orang yang jumpa mereka setiap minggu bukan?
  8. Pilih Kategori : Gua bagi can setiap penulis pilih kategori penulisan mereka sendiri. Setiap seorang boleh pilih berapa yang dia nak, apa yang dia nak. Demokrasi di Malaysia, gua gunakan sepenuhnya. Pilih dan tulis dalam komen supaya bukan gua saja tau, seluruh umat manusia pun tahu. Senang cakap macam lu isi kontrak dalam ni.
  9. Pelajar : Selaku seorang pelajar yang aktif dalam pelbagai bidang dan juga akademik, gua faham masa anda terhad. Mana nak buat assignment lagi. Tapi gua harap lu dapat cari masa terluang untuk tulis sesuatu dalam ni. Sebulan sekali pun boleh. Internet free, laptop depan mata. Gua merayu untuk anda cari masa terluang di samping buat assignment, projek, main FB dari pagi sampai ke pagi, tengok wayang dan sebagainya. Gua faham tahap busy anda.
  10. Gua Hensem dan Seksi : Point ni memang dah tak boleh disangkal sejak azali.

Bahasa dalam sini agak direct, kasar dan mungkin menjurus kepada pergaduhan. Aku tak kuat tapi aku ada Diana Daniele.

Jadi minta jangan gaduh dengan aku.

Sekian.

fin.