Saturday, July 25, 2009

Boria KDO Stupid?? WTF??

Nama aku Nazrin bin Saad. Dan aku menulis bukan untuk KDO, aku menulis untuk maruah aku dan adik-adik aku.

Aku mulakan post kali ini dengan agak agresif. Jadi aku mulakan dengan secebis carutan.

CIBAI!!!

Sudahlah untuk itu. Aku tau aku masih belum dewasa, belum pandai mengatur masa, menguruskan diri. Tapi jarang aku dengar orang mengatakan aku bodoh. Tahukah anda berapa ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu membaca? Dan adakah mereka layak dipanggil bodoh?

Aku tak tau kamu. Tapi kami, atas perspektif seorang pelajar, kerap kali terjatuh dalam bidang akademik, tapi jarang sekali guru kami memanggil kami bodoh. Kerna jika kami dipanggil bodoh, mereka juga pasti menerima tempiasnya kerana sepatutnya yang pandai itu mengajar yang bodoh.

Dalam dunia ini, aku tak akan marah kalau orang panggil aku bodoh. Contoh, Abg Safwan panggil aku bodoh tari, bodoh nyanyi. Betul. Dan aku dikatakan bodoh oleh orang yang betul-betul tahu. HANYA ORANG YANG PANDAI LAYAK MENGHINA SESEORANG ITU BODOH!

Aku tak pernah marah kalau itu carutan. Aku dah pernah kena. Makian? Dah pernah rasa. Tapi bila ianya menyentuh maruah yang aku cuba pertahankan selama aku di kolej ini, so you are messing with the wrong guy here, beb!

Sekali lagi aku tegaskan, aku seorang pelajar. Sumpah aku tak tau semua benda dalam dunia ni. Aku bukan dewa. Jadi bila aku beri input, kerap kali juga input itu ditolak. Idea aku pernah ditolak oleh junior sendiri. Kalau aku menolak idea seseorang sekalipun aku takkan mengatakan mereka bodoh. Sebab aku sedar, siapa aku untuk mengeji orang bodoh? DEWA sangatkah aku?

Kerna mulut badan binasa. Jadi jagalah mulut. Post ini bukan berniat menimbulkan rusuhan atau perasaan benci. Aku cuma mau mempertahankan maruah DOT. Ini kelab yang aku dan Abg Safwan sama-sama bangunkan bersama adik-adik aku. Ini keluarga aku.
Pasti kamu benci kalau keluarga kamu dihina bukan? Fikir-fikirkanlah.

Sketsa boria KDO hasil idea aku sendiri. Kalau ianya bodoh, sebab aku. Aku bodoh.

Sebarang rasa tak puas hati dengan kata-kata ini, aku minta maaf. Sekali lagi aku tegaskan, aku tak berniat untuk kecam mana-mana individu. Aku hanya mau mempertahankan maruah kami.


Aku Nazrin bin Saad. Minta Maaf kalau ada yang terasa.


"Yang bodoh itu sebenarnya mereka yang menganggap diri mereka pandai"


Friday, July 17, 2009

Menuju Puncak

Entah...
Sekarang berada di kaki langit
Jatuh tersungkur setelah puas berlari

Nasib baik

Nasib baik aku punya sayap
Biarlah aku terus terbang ke Galaksi Andromeda

Tuesday, July 14, 2009

Bertemu Cinta Sejati

I met my love in Paris, the city of love. When we met, we know we were meant for each other.

Aku ketemu dia di Paris, bandaraya cinta. Bila kami bertemu, kami tau, kami memang ditakdirkan bersatu.


_____________________________________________________________________


Hidup tak pernah menjanjikan kita apa-apa. Yang pasti hanyalah kelahiran dan kematian. Tapi masih, manusia yang hidup mencari apa yang dikatakan cinta sejati.

Ya, aku ketemu dia di Paris. Cinta sejatiku. Pada tarikh 3 Ogos 1942. Aku tau dia takdirku. Dia cintaku. Dia hidupku. Di pekan kecil itu kami berkahwin. Ahhh, masakan ibu bapaku mau menghalang cintaku, hidupku.

Tapi, sayang, cintaku tak lama. Setahun kemudian Adolf mula berleluasa, mengganas membunuh Yahudi. Aku rasa Paris selamat. Aku rasa aku dan cintaku pasti selamat kerna kami bukan Yahudi. Aku silap.

Cintaku mati disembelih tentera Nazi. Mati bersama anak dalam kandungannya. Namun aku tak mampu berbuat apa-apa.

Di sini aku berdiri sekarang. Menceritakan kisah cintaku. Ramai yang bertanya, kalau hidupmu sudah tiada, masakan kamu masih mampu hidup?

Aku senyum. Aku kata, aku di sini kerna kisah ini. Kisah cinta sejatiku. Aku mau semua tau. Selain kelahiran dan kematian, masih ada cinta sejati.

Kita hanya perlu mencari. Kerna bila kita sudah jumpa, kita akan tau.

Dari aku untuk cintaku...

Monday, July 13, 2009

Tahi Bintang bukan dari Cybertron...

Indahnya tahi bintang itu...
Tapi malangnya bukan dari Cybertron...
Jadi takkan adalah Optimus Prime mahupun Bumblee Bee dari tahi bintang itu...
Kata Iss sebelum mati dilanggar tahi bintang tersebut..

(Kisah hiasan, sekadar untuk lawak jenaka)


Owh, tanggal Julai, DOT juga bakal menjadi seperti geng-geng Optimus dan Bumble Bee... DOT juga bakal mengalami transformasi.. Yang dikatakang pengasas DOT sudah pun grad selepas dikatakan menikah (belum dapat dipastikan kesahihan fakta ini).. Yang dikatakan legenda DOT di samping mempunyai paras rupa pula sedang menjalani Latihan Industri di Paris (owh, spelling error, malas nak betulkan)... Lalalalalalaaaaa~


Jadi, pada Julai ini DOT bakal mengalami transformasi apabila tenaga pengajar dan idea-idea segar ibarat daun teh dari ladang akan diadaptasikan oleh muka-muka baru. Jangan gentar, walaupun sesetengah mereka mempunyai wajah dan bentuk tubuh yang ganas (Fatin, Leha dan Say O), mereka ni tak merbahaya sepertimana kolestrol pada 1 hidangan KFC.


Selain itu, DOT juga mungkin menceburkan diri dalam bidang boria. Sangat menarik. Kerana kecuali penulis yang mempunyai pengalaman mewakili UKM dalam boria pada tahun lepas, hanya Kak Leha mempunyai pengalaman bertahun-tahun sebelum dia menjadi sebulat ini, yakni ketika darjah 3...


Owh, tidak lupa DOT juga dimeriahkan dengan kehadiran jejaka kacak selain penulis dan gadis cantik dari kalangan adik-adik Tahun 1.. Baru saja bertemu dengan mereka, penulis telah mengenalpasti 1 bakat besar dari kalangan mereka iaitu saudara Syukri (tepuk2)... Kerna pada meeting sebelum ini, selain suara penulis, suara dia yang dinanti-nantikan oleh DOTters...


Buat Si Kecil Aida Najwa pula, kehadiran geng-geng Ganu beliau amatlah dinantikan.. Jelas sekali amat sukar untuk mencuri kad bank beliau pada tahun hadapan. Dan buat Amir, tahun ini adalah masanya anda menonjolkan keTrangganu-an anda.


Buat semua di UKM jangan rindukan saya... Carilah cahaya anda dalam dunia DOT, betul tak Aliaa?


"Kadang-kadang kita menoleh dan tak nampak sesiapa pun di belakang. Kadang-kadang kita pejam mata dan hanya mendengar kesunyian. Tak apa. Kerna kita tahu di garisan penamat, tangan itu sedang menunggu. Mari, bangun, berdiri dan berlari ke infiniti!"

Saturday, July 4, 2009

Kisah Azam

Owh, sudah masuk sem baru... Berikut adalah azam budak-budak DOT dalam sem yang mencabar ini:
Say O : Saya nak mengurangkan beban speaker saya... Dan nak belanja semua budak DOT makan pizza dan cucur jawa.
Aida Najwa : Saya nak jadi lebih tinggi dan akan menjaga kad bank saya dengan lebih berhati-hati.
Ilya : Saya nak mengenalpasti pasar-pasar malam yang terkemuka berhampiran UKM.
Fatin : Saya nak pakai baju kurung selalu dan nak mengalahkan Abg Naz dalam bowling. (Sambil membelasah rakan sebelah)
Nana : Saya nak jadi kurus.
Aliaa : Saya nak bedung tangan saya.
Zati : Saya nak jadi isteri solehah.
Abg Safwan : Saya nak jadi suami soleh.
Paan : Saya nak improve lighting di sekitar UKM.
Palie : Saya taknak langgar tiang lampu dah.
Hazal : Saya nak hidup pada tahun ni.
Amir : Saya nak upgrade dari alif ba ta.
Zul : Saya tak nak jadi Putra Ali, nak jadi Jamil ja.
Mat : Saya dah taknak jadi Helium dah.
Misal : Saya taknak jadi sepet lagi.
Yana : Saya nak jadi Jamilah indie.
Zai : Saya nak semua buah saya laku.
Ayu : Saya taknak jadi adik Hazal dah... Nak jadi *censored* lak... Lalalallaaaa~
Naz : Saya nak jadi insan yang lebih baik, dan taknak ngata orang dah.
Erm, jadi... Selamat pulang DOT-ters!!!