Saturday, September 25, 2010

I am Happy (are you?)

Hari ni dah nekad. Dah berterus terang. Dah faham situasi. Senyuman semua sudah kembali.

Keluar makan bersama. Seronok. Lega.

Jika ada sebarang kata2 yang mengguris hati, air muka yang muram dan moody, yang mana aku sedar atau tidak, aku minta maaf. Aku tiada niat2 begitu. Aku tak kan sampai hati buat begitu.

You are all precious to me.

Friday, September 24, 2010

Kata Pujangga II

"You can tell more about a person by what he said about others or something than by what others say about him..."

Tuesday, September 14, 2010

Cerita Raya Seorang Penebar Roti : episode akhir

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

oh...tak lupa juga...
Selamat Bakal Pengantin Baru ye...
Semoga berbahagia disampingnya...
hingga ke anak cucu...

Sejak kali pertama saya mula sedar yang saya suka kat awak...
walaupun tak pernah kesampaian nak beritahu...
Setiap hari saya berdoa...

Ya Allah
jika benar dia adalah jodohku
jika dia diciptakan dari tulang rusukku
maka kau berlah aku kekuatan
untuk menjadikan dia sebagai bidadariku
di syurga Mu kelak Ya Allah...

tapi tu semua mustahil...
dan
saya berharap awak
berbahagia disampingnya...
dan
berharap bakal suami awak tu...
dapat menunaikan doa saya itu...

dari
Fizi Si Penebar Roti



**********************************************************

Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar...
Laailahailallahuallahuakbar....


Amin...

seperti raya-raya sebelum ni...dah menjadi kebiasaan Fizi untuk balik ke kampung pada hari raya pertama.
Untuk melawat pusara mak & ayahnya.
Untuk membacakan Yassin dan tahlil.

Dah sepuluh tahun dah berlalu sejak hari tu. Saya dah pun mendirikan rumah tangga mak, ayah...

Lalu datang satu lembaga menghampiri Fizi. Memayungi Fizi.

Fizi yang sedang duduk di hadapan pusara mendongak.

Jom pergi rumah ibu bang...

Fizi tersenyum pada Aisyah...

Jom...




The End...



Saturday, September 11, 2010

Cerita Raya Seorang Penebar Roti : episode 3

seperti biasa...petang itu Fizi masih gigih menebar roti canai tradisi keluarganye untuk dijual.

Gadis itu datang lagi.

Aisyah: Assalamualaikum

Fizi: Waalaikummussalam. Roti canai lagi ke?

Aisyah: Tak...hari ni saya nak bagi ini. Nah!

Fizi: Oh...kad raya ke? Saya pun ada satu untuk awak ni...ambil lah.

Aisyah: Itu bukan kad raya, itu kad jemputan. Kad jemputan kahwin saya. Saya akan bernikah akhir Syawal ni. Jangan tak datang pulak. Saya dah bagi kad by hand lagi.

Fizi: Terima kasih. Jangan lupa balik nanti baca kad raya tu.

Aisyah: Erm..baik. Saya balik dulu. Assalamualaikum

Sakit lagi.

Tuesday, September 7, 2010

Notis

Cerita Wawa dan Ijan merupakan cerita yang terakhir aku post dalam blog ini. Lepas ni kalau ada lagi cerita macam tu aku akan post di dalam blog aku sendiri.

Aku juga akan bercuti dari menulis di dalam blog ini. Ini merangkumi semua penulisan, cerita fiksyen, tribute atau cerita fakta. Aku buat ini atas beberapa alasan.

1. Saja mahu bercuti. Menguruskan 2 blog dalam 1 penulisan yang hampir sama adalah sangat memeningkan. Jadi aku hanya mahu fokus pada Jejaka Ini buat masa ini.

2. Merangsang penulisan kreatif di kalangan adik-adik. 80% daripada penulisan blog ini adalah dari aku. Maka aku terlalu monopoli. Harap maaf. So, aku mengambil keputusan untuk take it easy dan beri peluang kepada anda untuk menulis. Lagipun ini blog kita bukan? Bukan blog aku.

3. Menjadikan blog ini aktif balik. Mungkin kalau aku tak menulis, anda semua akan terangsang untuk menulis sendiri. Itu yang aku nak. Membaca tulisan adik-adik. Sebab aku bukan di sana sekarang, aku tak tahu apa yang berlaku.

Keputusan yang aku buat adalah untuk kebaikan semua. Cehwah!! Semoga blog ini akan lebih aktif dari semasa ke semasa.

Rasa macam mahu tinggalkan awek sendiri sebab blog ini adalah blog pertama yang aku buat. Hahaha.

Anyway, selamat hari raya dan mohon maaf untuk adik-adik.

Nazrin Saad signing out dari Dato Onn's Theatre.

fin.

Final Episode

Sudah 2 bulan Wawa menanti. Hari ini Wawa tunggu lagi. Semalam Wawa datang, dan esok juga Wawa pasti datang.

Wawa masih belum mahu putus asa lagi. Wawa masih belum mahu putus harapan pada Ijan.

3 bulan kemudian, pada satu petang yang sangat hening. Tak panas, tak sejuk. Baru lepas hujan. Sayup-sayup jelas pelangi jauh di kejauhan.

Wawa masih lagi di situ. Menunggu.

Nun, jauh di kiri Wawa, satu lembaga kecil datang.

"Assalamualaikum"

Wawa dah tak perlu menunggu lagi.

" Jodoh ibarat satu perjalanan yang menjanjikan satu destinasi. Walau sejauh dan sesukar mana pun perjalanan kamu, kamu pasti akan sampai ke destinasi tersebut. Percayalah. Kalau itu jodoh kamu. "

fin.

Monday, September 6, 2010

Cerita Raya Seorang Penebar Roti : episode 2

Fizi: Eh..eh...KLCC...eh bukan...Aisyah...kan?

Aisyah: ha...ye, saya...awak?

Fizi: Saya Fizi lah...tak ingat ke? Dulu kita selalu main sama-sama masa kecil. Ingat tak lagi?

Aisyah: Masyaallah...mati-mati saya ingat ane mana la tadi...haha...lain sangat dah nampak.

Fizi: Haha...puasa tak ni? Oh...datang dengan siapa tu?

Aisyah: Oh...itu tunang saya...Syafiq

Lagi sekali...Fizi memegang rusuk kiri. Makin sakit. Tanpa menyedari baju penuh dengan minyak masak.

*********************************************************

Mak...Ayah...Ingat tak lagi dulu Fizi ada cerita pasal seorang kawan Fizi. Ala...Aisyah tu. Selalu datang rumah kita main sama-sama dengan Fizi. Kadang-kadang ayah sampai kejar saya sampai semak mana entah sebab tak reti-reti nak balik dok main sampai senja dengan dia. Dulu dia comot. Sekarang cantik sangat. Masa sekolah menengah dulu, Fizi ada bagitahu mak yang fizi suka sangat dia...tapi mak kata dia anak orang kaya. Siapalah kita nak dibandingkan dengan dia. Ayah kau tu hanya seorang penebar roti canai je. Tak payah la kau nak berangan Fizi. Cukuplah sekadar berkawan dan mendoakan kebahagiaan dia.

Betul juga tu mak, dia sekarang ni pun dah bertunang. Hensem tunang dia. Kaya pulak tu. Ok la mak, ayah, saya nak tidur dah ni. Nanti terlepas sahur lagi macam semalam.

Lalu Fizi mencium gambar potret mak dan ayah sebelum melelapkan mata. Raya nanti saya balik kampung melawat pusara mak dan ayah untuk sedekahkan Yassin ye.

**********************************************************

Cerita Raya Seorang Penebar Roti : episode 1

Setiap lelaki diciptakan Dia tidak sempurna...
Kekurangan satu tulang rusuk dibahagian kiri dada mereka...
tulang rusuk yang paling hampir dengan hati mereka...
kerana...


DUSH!!!....satu lembaga jatuh dari. Arrgghh...aku terlepas sahur lagi...

Disebuah bazar Ramadhan berhampiran Paris...Oh maaf...silap ejaan, Parit...

Korang boleh tak jalan cepat sikit...kang habis la nasi kerabu wann atiq...mati aku tak makan berbuka kang...jerit seorang jejaka bermuka bengis dan berbadan seperti orang gasar. Ismeth terhegeh-hegeh berlari membawa lebih sepuluh plastik beg di kiri dan tangan beliau.

Sabar la...makanan mak aku belum habis beli ni lagi...kang tak pasal-pasal dia dia aku balik kang kena tembakan laser dari bibir dia.

Seorang jejaka pula dilihat terkapai-kapai kerana tersangkut pada payung gerai di bazar tersebut.

ANE!!!...kasi roti canai sepuluh...kata seorang gadis sambil ditemani rakan-rakan beliau...Ini bukan saya punye...kawan2 saya punye tau...terang pod dengan semangat kepada si penebar roti canai sambil memandang Daia, Syira & Izayu...

Dengan muka selamba & pantas Fizi menebar roti canai yang menjadi warisan keluarga beliau sejak turun-temurun...

Tiba-tiba datang sebijik kereta mercedes entah berapa series berhenti betul-betul di belakang gerai Fizi...

Turun seorang jejaka ber'tuxedo' dengan seorang gadis.

Gadis itu berjalan menuju gerai Fizi. Fizi tergamam tanpa disedari tangannya sudah tercelup minyak masak.

Gadis-gadis yang menunggu roti canai mereka menari-nari kerisauan melihat keadaan si penebar roti canai.

Gadis dari kereta itu menghampiri Fizi lalu memberikan sebuah senyuman. Bagi saya roti canai 4 keping ye...

Baa..baaik...
Fizi pegang rusuk kiri...sakit...

********************************************************

Kata Pujangga

Buatlah yang t'baik hari ini...
Luahkanlah apa yang terbuku hari ini...
Ketawalah sehabis mungkin pada hari ini...
Dengan mereka...

Kerana esok...
belum tentu Dia beri kita melihat dunia...
belum tentu mereka ada...


p.s : aku selalu letak ayat2 yang lebih kurang macam ni kat status fb aku...tapi kali ni aku try penuhkan blog dengan ayat2 macam...

Episode 3

Wawa dan Ijan berjanji nak jumpa di bawah pokok ceri. Sebab di situ kali pertama mereka berjumpa.

Malangnya janji tinggal janji. Sudah sebulan berlalu. Ijan masih belum muncul.

Tapi dalam sebulan tu juga, pasti ada seorang gadis datang ke situ.

Menanti sesuatu yang tidak pasti.

Orang yang melihat, semuanya ragu.

Tapi bagi gadis kecil itu, jika cinta 5 tahun ini adalah sesuatu yang palsu, maka dia tidak akan percaya cinta lagi.

Tidak. Cinta itu wujud.

Atas dasar itu saja, gadis ini akan terus menunggu.

to be..

Sunday, September 5, 2010

Episode 2

Kenapa Ijan tak datang? Kenapa?

5 tahun Wawa tunggu Ijan. Tapi bila hari yang ditunggu Ijan tak datang. Kenapa?

Ijan dah berubah hati ke? Ijan dah tak cintakan Wawa?

Malam tu air mata Wawa gugur juga. Wawa menangis. Menangis tanpa henti.

Dan malam tu dada Wawa sakit sangat.

to be..

Saturday, September 4, 2010

Episode 1

..sambungan kisah Macam Mana Mummy Jatuh Cinta dengan Daddy? (versi serius)



" Kadang-kadang kita tak hargai orang yang sayang kita sehinggalah kita merasai kehilangannya. "

Seminggu sebelum Ijan pulang dari Okinawa, Wawa menerima poskad ini.

______________________

Seminggu kemudian, di tempat yang dijanjikan. Wawa tunggu Ijan.

Tapi Ijan tak datang-datang.

to be..

Friday, September 3, 2010

7 Fakta : Edisi Fatin

Since gua tak boleh pergi Mines, maka gua pun tergerak hati untuk menulis tribute buat Fatin. Satu lagenda dalam hidup DOTters.

Fatin Sebelum

Ini antara beberapa fakta yang lu kena tau pasal Fatin.

1. Spesimen rare dalam DOT. Dalam DOT berat badan setiap individu sama ada makin bertambah (baca : Leha) atau maintain. Dia makin tahun makin kurang. Makan nasi sama juga dengan gua tiap-tiap hari.

2. Pemilik Kenari WLU 8686 (nombor belakang gua main sebat ja, yang gua tau memang ada 8 dengan 6). Kenari yang memperkenalkan gua dengan cendol dan laksa sedap. Rare jugak tu.

3. Tau hampir semua jalan-jalan di dunia, kenderaan awam dan website download lagu. Sempena Ramadan beliau sedang menimba ilmu dalam bidang baru. Jalan-jalan ke syurga. Rare.

4. Satu-satunya DOTters yang pernah pergi China. Walaupun rupa dia memang macam Cina dan ada boipren nama apek, dia bukan penduduk tetap China. Rare gila kan?

5. Tumbukan dia juga rare. Tapi mana-mana yang terkena tumbukan masa dia bertubuh sasa memang akan merana semalaman. Pedih la bodo!

6. Satu-satunya DOTters yang kerap berfikir pasal perkahwinan.

7. Tak pernah belanja gua.

Itu saja. 7 fakta ini masih belum cukup untuk anda mengenali Fatin. Nanti kalau jumpa di Mines, kenal-kenal lah sendiri ya. Peace.


Selamat Beronggeng di Mines.

p/s : rekod oversea paling jauh masih lagi gua pegang sebab gua buat praktikal di Paris. nombor dua dipegang oleh Ijan sebab dia pernah ke Okinawa. yang ketiga baru Fatin.

fin.

Thursday, September 2, 2010

Enlightenment

Mungkin inilah reason aku semalam begitu emo.

Mungkin inilah reason semalam aku provok korang kaw2.

Mungkin inilah sebabnya.


hm...=)