Monday, June 27, 2011

SMS

Semua orang rindu semua orang. Itu tipikal keadaan yang sering ada bila cuti. Bila tak cuti semua orang malas keluar bilik buat malu. Itu tipikal.

Oleh itu, untuk orang yang tak ada Twitter macam aku (heh!!) mesti kerap mesej rakan-rakan DOTter jikalau rindu. Well, aku pun sama. Orang mesej aku pun banyak. Dan kerap.

Boleh tahan ramai juga orang rindu aku.

Berikut aku kompail dalam unit ranking antara mesej yang memberi kesan dan boleh dikongsi sesama kita.

Top 5 :

#5 SMS dengan Leha.

Leha : (mengutuk sakan)
Aku : Damn! Kastam gemuk!
Leha : Hahaha! Ok, memang dah gemuk.

Ulasan : Jarang Leha mengaku gemuk gitu. Sedih aku bila baca. Menitik air mata.

#4 SMS dengan Wawa.

Wawa : Abg Nas saya baru dapat naib johan sukan bola jaring.

Ulasan : Orang pendek main bola jaring dapat naib johan! PEHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!

#3 SMS dengan Popod

Aku : Ko buat apa masa cuti ni?
Popod : Saya belajar buat kek!
Aku : (damn. rasa loser gila)

#2 SMS dengan Farah

Aku : Aku nak pergi Pahang ni.
Farah : Yeke? Kenapa? Lama ke? Abg Nas duduk la Pahang lama-lama. (blablablabla) Nanti Farah bawak pergi jalan-jalan. (blablablablablabla) Selagi tak jumpa Farah jangan balik! (tegas)

Esoknya aku mesej lagi,
Aku : Aku dah kat Pahang ni? Hehehehe
Farah : Yeke? Esok Farah nak pergi Alor Setar.

Ulasan : Sebab tu la orang benci ko, tahu??

#1 SMS dengan Palie

Aku : (sebarang bentuk SMS)
Palie : ( TAK BALAS!!)

Ulasan : Mesej dengan Palie paling gampang rasanya. Kadang-kadang nak je gua beli nombor baru lepas tu ngaku yang gua ni Farah, takpun Ismeth. Sumpah laju je balasnya.

Okay dah.

Sapa-sapa SMS aku, aku tak balas, tu tandanya aku tengah busy cat rumah. Kalau ada kredit aku balas. Kalau aku tak balas sampai kiamat, tu maksudnya SMS korang tu bermasalah sama ada dari segi tatabahasa mahupun tema.

K, bai.

fin.

Friday, June 17, 2011

Kenapa Saya Join Dot

These are the result from a survey conducted by a kacak boy from Alor Setar. The question that was asked is
Apa/Mengapa korang join DOT awal- awal dulu?”
And as extra flavor, I asked
“Ok, nak tambah apa2 lagi tak?”
*and the answer is in italic*
Alright uncles and aunties, here they are.


Zaiha Jumai
I join dot because I mls nak involve ngan aktiviti minggu orientasi, esz n so on.
Masuk sebab minat gilos benda2 macam ni..i like to entertain people n put a smile on their face


Ismeth Azril
Saya Join DOT sebab ramai awek cun.
Bla3~~(kisah hidup dia dalam dot)~~ skang ni aku join dot sebab memang dah attached ngan dot.


Nazrin Saad
Sorry lambat. Bukan malas reply atau apa. Tapi tak tau nak tulis pa.sebab join tu untuk benda yang dah ada.since aku one of the guys yang started dot maybe minat adalah jawapan yang terbaik.
Nama dot ditubuhkan secara tak sengaja sebab dengki ngan kolej lain ada nama, bukan melalui pebincangan ramai. And kdo still kekal sebagai autokratik loser yang perasan diorang power. Fact


Nurul Wahida
Oh, accidentally termasuk dot tanpa dirancang.asalnya aku kebud under pantun. Tapi pantun dah takda. Then aku menyelinap masuk bwah unit yang paling ramai pengikutnya dulu, teater! Then kena paksa menari boria walaupun aku tak tau menari, belakon memang hampeh.so kena gak menari dulu. Disebabkan aku jhenis once da take d job, aku akan habskan, maka aku terus menari dalam boria. Dalam bulatan dulu aku cakap akan kuar dot lepas habis boria, tapi tah camna takdir aku melekat lg kat dot n betahan sampai sekarang. Skian~
Oh aku takda ability macam lain2, aku tak pandai menari cam syira, pod, idea pasal lakonan juga hamper 0% tak macam ko n ismeth, n belakon agak tak reti, cikai2 je.sometime buat ko rasa u r not belong here.sincerely sebab dotters sendiri that make me stay. Ha3. Aku suke korang. 2 je. Awat?


Hazal
kerana orang
Sebab kawan. Tapi lama2 jadi dot sendiri


Ilya Aziz
ok ku masuk takda sebab.masa minggu mmp pun sebab dah masuk yang kat dectar dulu.. n dah kenai abang nas..
Urm…xdak…kot…haha


Aida Najwa
saja2 nak test2, dulu asyik2 kawad je…nak benda baru join la dot. X sangke besh…fun2


Izayu Badaruddin
The bond…family bond


Farah Elyani
ntah,,ttber jer rasa nak join, gpun malam tu suara sayo paling kuat n paling beria ngan paling ramai ahli dier cam meriah jer, n that’s why I joined this club,,ok sekian,,
Ouh then bila dah join rasanya memang susah ar nak kuar sebab da saying giler2.,ok tu je


Wann Afzan
Nak try benda baru.


Rohani Winnie Cheong
Sebab?masa mmp Nampak seronok, dan memang suka cuba benda yang seni2 gini.


Fatin Fasihah
Untuk 1st sekali time tulis nama atas kertas time pendaftaran. Sebab minat.

Khai
Sebab koranglah.
Sebab korang caring, sekepala, memahami


Khairul Khairiyah
Join dot awal2 tu sebab memang minat teater, then dah masuk terus jatuh cinta dalam dan luar dengan dot=)

Muhammad Arif Farhan (edisi tambah sendiri)
Aku main gitar  je time MMP, tiba-tiba aku dah jadi ahli D.O.T. memang senggama minda.
Dalam DOT ramai orang utara. Aku rasa macam duduk dekat rumah boleh cakap loghat utara.


Thursday, June 16, 2011

Entry Baru

Korang semua ada dapat mesej dari aku kan?

Ok nanti aku nak buat entry baru based on that damn survey.

Relax, and chill out=)

Wednesday, June 15, 2011

Menang Sorak Kampung Tergadai



Bersempena Sambutan Ulang Tahun DBP Ke-55, Dewan Bahasa dan Pustaka di bawah produksi Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur akan mementaskan teater bertajuk “ Menang Sorak Kampung Tergadai” berdasarkan maklumat yang berikut:

Tarikh & Masa pementasan: 25 Jun 2011 (Sabtu) @ 8.45 malam
26 Jun 2011 (Ahad) @ 3.00 petang
Tempat: Auditorium DBP, Kuala Lumpur.
Olahan skrip & Arahan: Hassan Jali
Skrip: Zack Zaidin

Masuk adalah percuma. Datanglah beramai-ramai....

Sunday, June 12, 2011

Teater Alang Buana

Keterangan / Sinopsis
Pementasan Teater Bangsawan Anjuran JKKN & DBKL dengan Kerjasama Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) Sempena Program Semarak Bangsawan 2011.

Mengisahkan tentang ketamakan dan perebutan harta yang berlaku antara 3 beradik iaitu Samsinar (Kakak), Kidam (yang tengah) dan Alang Buana (yang bongsu).

Tarikh / Masa: 10 – 12 Jun 2011 / 8.30 Malam

Masuk Tiket : RM5

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi: 03-26176303/6289/6305 (DBKL)
03-20523600 (JKKN)

Wednesday, June 8, 2011

Teater Bangsawan "Opera Primadona"

15 - 17 Julai 2011
8:30 malam
Panggung DBKL
RM5

Mengisahkan tentang kehidupan seorang Sri Panggung di pentas bangsawan iaitu Miss Kecubung. Beliau mula melibatkan diri dengan persembahan bangsawan sejak berusia 16 tahun. Miss Kecubung mempunyai latar belakang keluarga yang mempunyai dasar seni. Di pentaskan dalam dialek Indonesia.

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi :
03-26176303/6289/6305 (DBKL) 03-20523600

Tuesday, June 7, 2011

Teater Qum : Kebangkitan


10 Jun - Teater Moden : Nasi Lemak 10 sen
11 Jun - Monolog : Pondok Tok Ayah
12 Jun - Mime : Ash Debu-Debu Cinta

8:30 pm
Stor Teater DBP
RM10

Hubungi: 013-2768260 untuk tempahan tiket.

*Tempat adalah terhad kepada maksimum 70 orang sahaja bagi setiap sesi persembahan.

Maklumat lanjut, layari:

http://qumactors.blogspot.com/
http://tronohtheatershop.blogspot.com/

Thursday, June 2, 2011

Review : Nur Kasih the Movie dan sedikit Pirates of the Carribean dan One Piece! Yay! Aku dah tengok! (Alang-alang tajuk dah panjang)





SPOILER ALERT !!!!

Aku tak peduli apa kata korang. Tapi aku rasa ini dah jadi the best Malay movie of the year. Dan tak ada sesiapa yang boleh sangkal the fact, either korang suka drama/filem Melayu atau tak, Nur Kasih adalah suatu fenomena di dalam tahun 2009. So aku nak review sedikit tentang filem ni.

1. Pengarahan
Ini Khabir Bhatia. Pengarah yang paling kreatif dan inovatif yang pernah ada. Sinografi, teknik dan penceritaan dia memang superb. Though bagi aku cerita ni sangat laju dalam 45 minit pertama sebab banyak sangat Khabir nak ceritakan. Tapi macam biasa, macam Cinta, Sepi dan Setem, Khabir berjaya masukkan unsur kekaguman yang membuatkan aku tersenyum dan berbisik 'a typical Khabir Bhatia show'. Aku tak nak cerita unsur kekaguman sebab nanti yang nak tengok dah tak kagum dah.

2. Skrip
Ini ditulis Mira Mustaffa, isteri Khabir. Memang hebat. Serius. Ayat dia memang sangat menusuk la, macam cerita cinta biasa la. Cuma cara dia selitkan everything so that it become a whole is truly first class. Semua karakter nampak penting walau dia datang sekejap ja dalam cerita ni. Dan storyline Mira Mustaffa pun memang sangat twisted la in term of ending. Yang dah tengok filem Khabir tau lah.

3. Lakonan
Cuma ini aku kurang puas hati. Aku tengok dalam filem ni Fizz Fairuz yang paling berat diikuti oleh Remy Ishak. Tapi entah, untuk bahagian sedih dan berat, aku tak nampak sangat diorang deliver. Tapi kalau adegan adik beradik memang masuk. Nampak sangat Aidil tu abang, Adam tu adik. Tiz pun kurang bagi aku, dia nampak flat dalam cerita ni.

Tapi kredit untuk Muniff Isa dengan Liza Abdullah (Mak). Watak mak tu tengok macam mana pun still nampak sangat penyayang.

4. Plot
Untuk 10 minit pertama, semuanya okay. Khabir main scene kasi nampak twisted sikit so kita akan terus tengok dan meneka. Tapi untuk 35 minit lepas tu, plot terus naik. Sangat laju. Sakit kepala aku nak keep up. Banyak benda jadi dalam 35 minit tu. Sampaikan apa yang jadi sekarang membuatkan aku terlupa apa yang dah jadi 10 minit lepas.

Lepas tu plot turun balik dan the story move on gradually.

5. Ending
Macam cerita dia yang lain, aku suka gila ending dia. Hampir menangis tengok ending dia.

***

Fakta sikit pasal Pirate of the Carribean.

Nama sebenar Blackbeard adalah Edward Teach.

Siapa yang baca One Piece akan tahu watak Blackbeard dalam tu, Marshall D Teach memang ambil terus Blackbeard ni. Tapi tak ramai yang tahu watak Whitebeard pun diinspirasi dari sini juga. Nama Edward Newgate itu diambil dari nama Edwad Teach ni.

Watak Barbossa dalam filem ni adalah sebagai privateer, lanun yang dihalalkan kerajaan England untuk menentang Sepanyol. Eiichiro Oda ambil privateer untuk menginspirasikan Shichibukai.

Oh tengok karakter Barbossa dan Zeff One Piece. Aku tak kata sama, tapi....

okay dah, bai!

fin.