Rumah
di pinggir kampung itu menyimpan 1001 rahsia, persoalan dan tragedi.
Segala-galanya bermula di rumah usang di pinggir kampung itu dan dengan kuasa
tuhan, segala-galanya akan berakhir pada malam ini.
Bunyi
dentuman bergegar kuat apabila Faizal jatuh menyembah lantai rumah itu. Mentol
yang menerangi ruang rumah bergoyang perlahan dan menampilkan cahaya dan
kegelapan dalam keadaan yang bergilir-gilir.
Sham
melurut buku limanya. Giginya dikertap menahan geram melihat syaitan
bertopengkan manusia di hadapannya.
“Apa
yang kau buat ni hah, babi!? Kau cakap kau nak lindungi dia!” teriak Sham.
Gadis muka herot yang berada di atas katil dalam keadaan berbogel hanya
memandang kosong peristiwa yang terjadi di hadapannya.
“BABI!”
Satu
lagi tumbukan hinggap ke muka Faizal. Sekali lagi dia jatuh terduduk ke lantai
kayu rumah itu.
“Cukup!
Tolong, tolong! Cukup! Tolong, tolong jangan pukul aku lagi,” rayu Faizal
sambil memeluk kaki Sham.
“Orang
macam kau ni elok mati je, setan!” tengking Sham sambil menendang tubuh kurus
Faizal.
“Sham!
Enough! Kita bawa dia ke balai je, please,” rayu Diana yang berada di hadapan
bilik Ani.
“Tolong!
Tolong! Jangan bawa aku ke balai, nanti siapa nak jaga Ani lagi. Tolong la,
tolong,” rayu Faizal lagi pada Sham. Air mata berderu-deru keluar dari matanya.
“Macam
ni ke kau jaga dia!? Arghhh!!!”
Sham
berteriak lantang, wajahnya merah padam menahan geram. Badan faizal dihinjak
kuat menggunakan kakinya. Setelah Faizal jatuh terlentang, Sham bertubi-tubi
menghayunkan penumbuk ke arah muka Faizal. Tubuh Faizal yang kurus itu ternyata
bukan lawan Sham
“Oh
my god! Cukup, Sham! Cukup! Mati dia tu nanti!” teriak Diana. Matanya mula
berkaca menahan ketakutan.
“Biar
dia mati! Biar dia mati!!! Arghhhh!!!!” teriak Sham. Perasaan marah sudah
menguasai dirinya di kala itu. Dia bertubi-tubi menghayun penumbuk pada Faizal
tanpa mengira penat dan keluh sakit abangnya itu.
PAK!
Tiba-tiba
Sham merasa pedih di belakang kepalanya. Dia menoleh ke belakang, kelihatan di
dalam kesamaran malam satu susuk tubuh wanita di belakangnya.
Sebelum
Sham sempat menyesuaikan dirinya dalam suasana malap itu, susuk tubuh itu
mengangkat tangannya ke udara dan menghayun sesuatu dengan pantas. Dahi Sham
memercik cecair panas warna merah gelap. Mata Sham kian kabur. Wanita itu
sekali lagi menghayun ke arah kepala Sham.
PAK!
PAK! PAK!
Segalanya
berlaku dalam sekelip mata. Tiada apa yang dapat dilakukan Diana. Dalam sekelip
mata gadis yang tadinya berada di atas katil itu kini berada di belakang Sham
yang pada masa itu sedang rakus membelasah Faizal. Tanpa seutas benang pun pada
tubuhnya, si gadis menghayun sebatang kayu yang dibawanya ke kepala Sham.
Setelah Sham melepaskan rangkulannya pada Faizal, gadis itu bertubi-tubi
menghentak kepala Sham dengan batang kayu itu hingga jasad Sham terkulai kaku
di hadapan Diana.
Kaki
Diana menggeletar melihat tragedi ngeri yang berlaku di hadapannya. Air matanya
berderu-deru keluar menahan ketakutan.
Hayunan
kayu gadis yang berbogel itu pada Sham masih belum mahu berhenti. Entah apa
sebabnya dia begitu membenci Sham. Ketika itu terlintas sepintas lalu di
fikiran Diana, mungkin, mungkin gadis itu cuba untuk melindungi Faizal.
“Dah,
dik. Dah. Shuuuu,” Faizal memeluk erat gadis itu. Seraya itu, gadis itu mula
menenangkan dirinya.
“Ya
kul Jal. Ni ak uke,” mulut si gadis berkumat-kamit meluahkan kata-kata yang
seakan-akan terlalu sukar untuk dilafazkan.
Dia pukul Faizal. Ani tak suka.
“Ok.
Ok. Dah tak ada apa-apa dah. Shuuuu, dah dah. Pejal sayang Ani tau,” bisik
Faizal di telinga si gadis.
“Ni
yang Jal gak.”
Ani sayang Pejal juga.
Hakikatnya
lebih 20 tahun lalu, mak 3 beradik ini memang menyaksikan peristiwa jijik itu
di bilik itu. Namun sebenarnya, si ayah bukan seorang melakukan perbuatan keji
itu. Anak lelakinya yang baru berusia 10 tahun turut serta kerana janjinya pada
si ayah kalau dia ikut sekali perbuatan itu, si ibu tidak akan dimaklumkan
perihal itu.
Esoknya
si ibu pergi meninggalkan rumah.
Ani,
yang membesar dalam jiwa seorang kanak-kanak tidak tahu yang mana betul atau
salah, menjadi hamba seks dua beranak itu sehingga usianya sekarang. Dalam
mindanya, inilah cara abang dan ayahnya menyayanginya.
Faizal
mengambil kayu dari genggaman tangan Ani. Dia berdiri dan melangkah ke arah
Diana.
Mata
Diana memicing halus. Mukanya merah padam menahan ketakutan.
Faizal
menghayunkan kayu itu ke pelipis Diana.
Sepintas
lalu, dalam minda Diana, dia terlihat meja makan yang dihidang seekor ikan
besar dengan sos warna merah. Ikan siakap 3 rasa itu meluahkan wap panas ke
udara.
PAK!
Gelap.
fin.