Friday, October 5, 2012

Sepuluh minit.

3.00 am
tik tik tik tik

Aku teguk sisa air terakhir dalam botol. Dahaga. Sambil menyumpah malas, aku seret badan bawa botol ke dapur.

Suasana gelap gelita. Waktu macam ni pesakit insomnia macam aku memang keseorangan. Jadi makhluk malam.

Aku tekan punat "warm" di bekas air automatik yang berharga RM700. Mahal nak mampus. Lagi murah kalau pakai cerek yang bingit tu. Tapi manusia zaman sekarang semuanya nak mudah. Semuanya mahu "dihujung jari".

Elok je aku pusing mahu menjejak perjalanan balik ke bilik, aku nampak satu susuk tubuh kecil berdiri di pintu bilik air. Kepalanya lonjong, matanya hitam besar bersinar. Jari jemarinya panjang, ada empat semuanya.

"Kau......alien?"

Senyap.

"Are you an alien?"

Sunyi.

Cis. Selalu kalau orang buat cerita, alien tu tahu je cakap bahasa ibunda. Atau.....dia ni hantu?

Aku panik. Kaki aku bagaikan dipaku ke lantai. Sejuk. Berdiri bulu-bulu tengkuk aku.

Dalam sekelip mata makhluk itu pimpin tangan aku dan terus sekeliling aku bertukar. Daripada dapur yang gelap, suasana menjadi terang. Aku berada di tengah-tengah kawasan yang lapang. Langit hijau dan aku seperti berpijak di atas permaidani berbulu tebal warna biru. Sesekali bertukar-tukar warna mengikut melodi pergerakan kami.

Aku masih kaku. Adakah ini fantasi? Kenapa begitu.......ringkas?

Makhluk pelik tadi merenung aku dalam-dalam. Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa tenang dan gembira secara tiba-tiba. Mungkin ini rasanya "high".

Aku dan makhluk itu terus bergolek-golek di atas permaidani biru dan bergelak ketawa tanpa sebab. Aku ketawa dan ketawa sampai berair mata aku.

Ketawa. Ketawa lagi. Dan lagi. Ketawa tak berhenti.

********************************

Aku terbaring keliru. Dada aku terasa kosong dan basah. Makhluk tadi berdiri di sebelah aku sambil memegang segumpal darah. Masih bergerak. Tapi....kenapa ia macam berdegup?

3.10 am
tik tik tik tik












p/s : Maaf la aku copy paste je dari blog aku. Mula-mula memang nak post kat sini tapi aku confuse dengan interface baru ni..

No comments: