Tuesday, June 12, 2012

Sayonara

Assalamualaikum, salam exam. Yow!

Sempena hari-hari terakhir hamba yang gemilang terbilang di KDO tercinta ini ingin hamba bercerita serba sedikit.

“Counting my days in UKM.”
“Im gonna miss all the thing here”.
“ I just hope we can meet again”.
“Aku sayang korang semua”
“Aku tak da sapa2 kat UKM ni, Cuma 3 benda je ; awek aku, tesis aku, korang semua”.

Sedar tak sedar, hamba dah hampir dua tahun bertakhta di bumi KDO tercinta ini dan banyak sungguh pengalaman yang menggigit jiwa di sepanjang perkenalan hamba dengan mereka2 semua ni.

Menyelusuri kembali kenangan2 lama bersama para nenek moyang yang akan bersara pada tahun ini :

Ini  abang hamba yang pertama :

abg bulu2
Pada awalnya adalah orang yang paling hamba tak suka. Err..sebab,satu, muka dia garang. Dua, dia terlalu ambil berat. Tiga, dia selalu komen pelik2 kat status hamba.

Tapi hamba akhirnya menyadari. Muka yang garang itulah yang telah menawan hati adik hamba yang berbangsa cina-jawa itu. Sapa tahu kan, buah tangan pun boleh jadi buah hati ma..Sifat terlalu ambil berat kepada semua orang itulah yang telah membuka mata hamba bahawasanya dia adalah abang yang sangat bagus dan disayangi seluruh lapisan masyarakat termasuk hamba. Dirinya yang selalu duk komen2 pada wall dan status hamba itulah yang menjadikan hidup hamba tak se –kosong selalu. Maka hamba tidak lagi forever alone level 99.

Abang hamba yang pertama ajar hamba :

-perkataan pelik yang hamba tak pernah dengar sebelum ini dan menerangkan maksudnya dangan hamat detail sekali. Perkataan baik mahupun yang kurang baik,kire general knowledge la.

-memperkenalkan hamba apa itu game. Ps.Tekken. X-box. Walaupun hamba bukan penggemar game.

-memperkenalkan hamba kepada subway. Sesungguhnya hamba tak pernah tahu apa itu subway.

-memperkenalkan hamba kepada jalan-jalan raya nak ke sana ke mari. Menjadi peta hamba dikala hamba kebuntuan seperti ke mines naik motor.

-Terima kasih juga KBF milik beliau yang pernah bawa hamba ke sana ke mari semasa hamba di alam kanak-kanak riang dulu. Terima kasih juga atas lagu siam “ sabai2” sebagai lagu selamat datang kepada hamba ke dunia karoke beliau. Terima kasih atas kesediaan mendengar luahan perasaan, pendengar setia, penyelasai masalah, penasihat kehormat dan setia ke mapley tapaukan makanan yg di order.

Abang hamba yang kedua :

abg gebu2
Pada awalnya hamba menyangkakan abang hamba ni seorang yang gay. Hamba diperkenalkan kepada beliau dengan perkataan “ISMETH TAK ADA APA2 DENGAN ABANG V”.

Sampai sekarang pun hamba tak boleh nak hilangkan perkataan gay itu daripada otak hamba ini.Entah kenapa ye.

Apa pun, di sini hamba ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada big bro hamba yang kedua ni. Tanpa beliau :

-Tak ada yang nak jaga motor JNB hamba. Dia la yang jaga, yang basuh kadang2, yang letak sebelah rumah pengetua, dan yang pernah tinggalkan kunci motor kat motor semalaman.

-Tak ada lah yang nak hantar hamba ke KTM pagi2 buta kalau hamba nak balik,dan jemput hamba dari KTM masa balik.

-Tak adalah yang nak mesej hamba “selamat pagi” “selamat malam” “da makan belum” –maka sekali lagi, hamba bukanlah golongan forever alone.

-Tak adalah audio yang gempak2 macam masa teater “peristiwa di zoo”. Banyak sangat beliau tolong hamba untuk audio.

-Tak adalah yang teman hamba kat ruang siswi sampai pagi sebab hamba tertinggal kunci pada roommate hamba yang balik rumah dulu2.

-Tak adalah baju “BERITA HARIAN” yang hamba pakai sepanjang hamba tak ada tempat menginap kerana ketiadaan kunci bilik tersebut.

-Tak adalah hamba makan nasi, dan selalu kebulur kerana malas keluar makan. Beliau la yang selalu jadi macam makcik2 jual makanan tu. Terima kasih abang hamba!

Abang  hamba yang ketiga :

abg keding2
Beliau ini tidak gay pada asalnya. Tapi sejak sudah sebilik dengan abang kedua hamba tu, lain pulak jadinya. Apa pun, kehadiran awek beliau membuktikan beliau masih keras seperti dulu. Masih.

Antara abang2 yang hamba ada, abang ketiga ni adalah abang yang paling loaded, paling semart, paling playboy, paling celik IT, paling tak kisah pun orang buat apa2 kat rambut dia. Mungkin sebab dia rasa dia sehebat kurosaki ichigo.

Mungkin di alam nyata hamba tak terkata terima kasih di atas setiap yang abang hamba lakukan untuk hamba, tapi hamba pernah terharu, banyak kali mungkin. Terima kasih daun kelapa sawit abang hamba atas:

-jasa KDA dan kereta2 beliau sebelum ni yang bawa hamba ke hulu ke hilir. Tempat pertama hamba pergi bersama kereta keluar dari bumi UKM ni mungkin ke LAKSA RIMBA! Hamba tak pernah lupa jasa KDA. Jika hamba dah pandai bawak kereta dan dah ada, akan hamba jadi macam abang hamba ni, tak lokek nak bawa adik2 beliau ke mana pun. Pernah satu ketika, hamba tertinggal bas di rnr dan balik sendiri ke kajang sampai lewat malam,lepas tu hamek teksi yang hamat mahal dan hamba merungut. Lalu katanya, “lain kali minta la tolong dengan orang2 yang berkereta”

-selalu saja nyanyi lagu yang entah hapa2 bersama hamba. Pernah dia petik gitar, dan adik2 beliau nyanyi lagu ‘relaku pujuk’ sekuat hati dalam bilik itu, sampai hamba yang di bawah terfikir koir mana la pulak malam2 buta ni.

-walaupun dia tonggek, tapi kelebihan itu menghiburkan semua orang.

-walaupun rambut dia macam tu, tapi semua adik2 gadis beliau suka main tarik2. Buta apa saja beliau tak kisah.

-terima kasih sebab bersusah payah bantu hamba buat iklan yogurt sampai tengah pagi walaupun tiada sebarang kaitan pun dalam hidup beliau.

-terima kasih atas nasihat, tunjuk ajar kepada hamba dan adik2 yang lain dalam bidang teater  dengan bersungguh tanpa pernah MERUNGUT, MENGELUH, MARAH2, EMO2, CAMPUR ADUK URUSAN RUMAH TANGGA. Sentiasa telus dan sabar.

-terima kasih sebab selalu menangis buatkan hamba rasa “ fuh,bangganya aku tak nangis dah sekarang ni. “

-terima kasih kerana banyak sangat memperkenalkan soal dan persaoalan apa pun mengenai canggihnya teknologi zaman sekarang tanpa mengenakan sebarang charge.

Abang hamba yang ke empat:

abg dermawan2
Owh, hamba pada awalnya tak mengenali beliau. Mungkin masa hamba baru 1st year hamba jarang2 nampak beliau, yang hamba tahu beliau penyanyi latar masa hamba berboria dulu. Itu je.

Apa yang hamba dapati, beliau ni disenangi semua orang. Jarang nak bercakap dalam bulatan. Kalau dia bercakap itu petanda tidak baiklah tu, mungkin ada sesuatu yang berlaku.

Dia tak pernah lokek duit tajaan JPA beliau. Mungkin jejak langkah beliau akan dituruti oleh atlit tajaan JPA yang baru nanti. Sapa tahu.

-Terima kasih sebab selalu keluar duit senyap2 untuk perbelanjaan semua. Tahu2 je,semua tiket dinner dah berbayar. Mohon halal segala makan minum.

-Terima kasih di atas keupayaan kamera barunya menangkap beratus-ratus gambar kami semua. Tak pernah jemu mengambil gambar walaupun letih tengok gaya sekor2 adik2nya beraksi depan lensa kamera beliau.

-Terima kasih sebab selalu bercakap sesuatu yang lawak tapi buat hamba berfikir lama apa buah butir yang nak disampaikan itu baru hamba gelak. Sesungguhnya lawak2 anda terkadang terlalu hamat tinggi untuk dicapai akal.

-Terima kasih atas apa2 pun jua yang telah abang hamba ini lakukan. Hamba sangat menyenangi kehadiran beliau. Oh ye, mungkin kerana dia abang yang paling kawaii dalam DOT. Mungkin?

Pada tahun ini ada dua orang kakak tua yang mungkin juga akan grad seperti abang2 hamba di atas.

Kakak hamba gojes 1:
kakak gojes2
Yeah. Beliau gojes. Beliau juga pendek. Tapi beliau tak kesah sebab beliau boleh bawak myvi kelabu kemana sahaja.

-terima kasih atas ketabahan beliau mendengar permasalahan hamba bersama roommate hamba dan segera bawa hamba bersiar2 di putrajaya bagi menyelesaikan masalah tersebut. Terima kasih kerana selalu peka dengan masalah2 genit seperti ini. Tanpa beliau siapalah hamba dan roommate hamba.

-terima kasih perkenalkan hamba dengan pecel sebelah petronas tempat banyak orang asing tu. Sedap nak mati. Ikan ayam pun besa nak mati juga.

-terima kasih sebab pernah make up kan hamba masa berboria 1st year dulu. Sesungguhnya hamba sangat adore kecomelan kakak hamba ini sejak pertama kali jejak kaki ke KDO. Hamba lihat dia terjengket2 atas kerusi panggil budak2 1st year masuk dan minta yuran kelab.

-terima kasih kerana mengajar banyak ilmu teater kepada hamba. Mendalami karakter dan sebagainya.

-terima kasih sebab pernah jadi ketua kami sewaktu dulu2 dan menunjukkan kepada hamba bagaimana nak jadi tegas bila kita bercakap orang lain bercakap jugak kat belakang. Caranya baling pen yang di pegang sekuat mungkin di atas buku di hadapan kita. Yeah.

Kakak tua yang berikutnya adalah kakak pink:

kakak pink2
Mata dia juga kadang2 warna pink. Hamba berharap hamba takkan jumpa dah orang yang suka warna pink macam ni selain kakak hamba ni.

Hamba tak banyak juga masa bersama beliau.Namun hamba juga berasa senang dan tak pernah segan pun dengan beliau. Mungkin kerana hamba selalu buli beliau dengan apa cara sekali pun. Cakap lah dia kecik, pendek, tak cantik, peha gemuk ke apa,dia tak boleh buat apa2. Paling tak pun, dia cuma muncung bibir saja. Haha

-terima kasih atas kesabaran melayan kerenah adik2 yang nakal dan suka membuli anda.

-terima kasih atas pinjaman motor pink dan helmet pink yang kena curi tu.

-terima kasih bertukus lumus siapkan publisiti yang hamat gempak masa teater peristiwa di zoo tu! Tak tidur satu malam. Hebat.

-terima kasih sebab main word search bersama-sama hamba tatkla orang lain sibuk berlatih teater.

-terima kasih sebab comfortkan hamba sebaik2 nya dan setia di sisi hamba sepanjang malam masa ibunda hamba kemalangan. Terima kasih atas doa, nasihat, sokongan, dan pelukan sayang. Haha.

-terima kasih dulu2 selalu datang bilik itu dengan bawa seplastik tudung yang ada batu2 berlian2 besar untuk dijual tapi hamba tak beli sebab tak tahu nak pakai macam mana.

-terima kasih atas komen2 dan tunjuk ajar juga dalam ilmu per-teater-an ni. Hehe.

Sekian sahaja penceritaan hamba tentang kakak2 dan abang2 hamba. Di sepanjang perkenalan hamba bersama mereka, suka duka tempuh bersama. Mungkin pernah terguris hati tapi tidak terluah kata maaf, mungkin pernah terhutang jasa, tak terlisan ucapan terima kasih. Atas nukilan penuh tulus ikhlas ni, semoga anda berjaya di luar sana, dan semoga kita ketemu lagi di lain2 masa.

p/s : yang lain2 tu tunggu korang grad dulu, tak pun aku grad, baru aku tulis. K bye. Hihi.

3 comments:

wann afzan™ said...

=')

say- O said...

tersenyum aku. bergenang~~~air mata ini~~sebak~~ sudah~ namun~tidak~~jatuh jua~~

~**Raw Honey**~ said...

={^_____^)=