Thursday, September 17, 2009

Aidilfitri Tahun Ini !?

Kalau suatu post dari aku, pasti akan penuh dengan kutukan dan kata-kata sinis yang komedi. Eish, korang ni, ingat aku ni jahat sangat ke?

Pagi ni bermula dengan normal, bangun nak balik. Terima panggilan. Kawan aku ajak aku balik naik kete esok, tiket beri pada member. Dan aku masih belum balik. Normal.

Ismeth pula, semalam lagi dah fly ke Taiping. Bajet sangat comel menggedik memberitahu Leha di dalam foto komen Facebook 'I'm home'. Tak tau la comel atau tak, tapi rasanya memang jelas Ismeth bahagia di kampung halaman.

Roy, Zul, Hazal, Aida Najwa, Say O sudah pun menyusun langkah. Yang lain macam Wann, Izayu, KK, bakal menyusul hari ini. Maka tinggal lagi Bilik Kebud, berhabuk untuk seminggu.

Sayup-sayup terdengar pula alunan lagu Aisyah, Pulanglah, di telinga. Erm, memanggil dan menyeru kepulangan semua.

Kan? Kalau dah Hari Raya semua pun akan balik. Semua pun mesti balik. Yang menanti di rumah pastinya bukan setakat kuih-kuih raya, baju berwarna-warni. Tapi mungkin lebih dari itu. Yang menanti di rumah adalah sebuah keluarga.

Untuk DOT-ters, selamat bergembira bersama ahli keluarga anda. Pulang nanti pulanglah dengan nafas baru, jiwa baru.

Salam Aidilfitri dari DOT. Terima Kasih sanggup menjadikan DOT sebagai family kedua sepanjang anda di sini.

1 comment:

wann afzan™ said...

slmt hr ry jgk abg nas!!!!