Amaran! Mungkin mengandungi kanak2 spastik.
Saturday, October 20, 2012
Thursday, October 18, 2012
Cerita DOT #3 : Atlet
Titisan
jernih mula kelihatan di pelipis si gadis. Air liur yang bergumpal di rengkung
cuba ditelannya dalam keadaan payah. Jari-jarinya yang menggeletar digenggam
sekuat hati.
Si
gadis memejamkan mata seakan cuba mengasingkan diri dari dunia.
***
“Kau
tu perempuan! Kau balik rumah masak nasi la!” ejek Rudy sambil mendengus pada
si gadis.
Si
gadis pejam mata. Tangan genggam pen dan sehelai kertas yang tertulis “BORANG
KEAHLIAN KELAB OLAHRAGA”.
***
Dari
jauh, gema suara yang berlatar bunyi statik menyebut nombor yang dikepil pada
dada si gadis.
“1357!”
Si
gadis buka mata semula.
***
“Abang
tak berapa suka la along masuk sukan sebenarnya. Tiap hari dari pagi ke petang
kat sekolah, dia tu perempuan,” kata Haji Rahman sambil membetulkan kaca
matanya.
“Biarlah
bang. Dah minat dia,” Hajjah Senah cuba mempertahankan anak sulungnya.
“Bukan
apa Senah oi. Dia tu perempuan, ni duk melompat tertonggek sana-sini dengan
budak-budak laki. Tak elok la,” kata Haji Rahman lagi.
Di
sebalik pintu yang sedikit terbuka si gadis berdiri dengan mata berkaca.
***
Si
gadis memulakan larian. Makin lama makin dekat. Makin lama makin pantas.
Si
gadis melompat.
***
“Semua
orang tak suka saya masuk lompat tinggi, tok,” adu si gadis pada Tok Penghulu.
Tok
Penghulu senyum.
“Semua
orang kena buat pilihan. Kadang-kadang benda yang orang tak suka tu la haluan
hidup kita,” kata Tok Penghulu.
“Cuma
satu saja la. Nazirah kena berani ke depan. Jangan takut,” kata Tok Penghulu
sambil senyum.
***
Langit
hari ini tampak biru.
Olah
tubuh si gadis melengkung cantik menjangkaui palang tinggi yang menjadi
halangan. Masa seolah-olah terhenti melihat si gadis jatuh perlahan-lahan ke
atas tilam tebal warna biru di sebelah sana.
Si
gadis pejam mata sambil terbaring.
Gegak
gempita sorak mula kedengaran. Nama si gadis disebut orang ramai. Makin lama
makin kuat.
Si
gadis buka mata.
fin.
Tuesday, October 16, 2012
Cerita DOT #2 : Rumah di Pinggir Kampung 6
Rumah
di pinggir kampung itu menyimpan 1001 rahsia, persoalan dan tragedi.
Segala-galanya bermula di rumah usang di pinggir kampung itu dan dengan kuasa
tuhan, segala-galanya akan berakhir pada malam ini.
Bunyi
dentuman bergegar kuat apabila Faizal jatuh menyembah lantai rumah itu. Mentol
yang menerangi ruang rumah bergoyang perlahan dan menampilkan cahaya dan
kegelapan dalam keadaan yang bergilir-gilir.
Sham
melurut buku limanya. Giginya dikertap menahan geram melihat syaitan
bertopengkan manusia di hadapannya.
“Apa
yang kau buat ni hah, babi!? Kau cakap kau nak lindungi dia!” teriak Sham.
Gadis muka herot yang berada di atas katil dalam keadaan berbogel hanya
memandang kosong peristiwa yang terjadi di hadapannya.
“BABI!”
Satu
lagi tumbukan hinggap ke muka Faizal. Sekali lagi dia jatuh terduduk ke lantai
kayu rumah itu.
“Cukup!
Tolong, tolong! Cukup! Tolong, tolong jangan pukul aku lagi,” rayu Faizal
sambil memeluk kaki Sham.
“Orang
macam kau ni elok mati je, setan!” tengking Sham sambil menendang tubuh kurus
Faizal.
“Sham!
Enough! Kita bawa dia ke balai je, please,” rayu Diana yang berada di hadapan
bilik Ani.
“Tolong!
Tolong! Jangan bawa aku ke balai, nanti siapa nak jaga Ani lagi. Tolong la,
tolong,” rayu Faizal lagi pada Sham. Air mata berderu-deru keluar dari matanya.
“Macam
ni ke kau jaga dia!? Arghhh!!!”
Sham
berteriak lantang, wajahnya merah padam menahan geram. Badan faizal dihinjak
kuat menggunakan kakinya. Setelah Faizal jatuh terlentang, Sham bertubi-tubi
menghayunkan penumbuk ke arah muka Faizal. Tubuh Faizal yang kurus itu ternyata
bukan lawan Sham
“Oh
my god! Cukup, Sham! Cukup! Mati dia tu nanti!” teriak Diana. Matanya mula
berkaca menahan ketakutan.
“Biar
dia mati! Biar dia mati!!! Arghhhh!!!!” teriak Sham. Perasaan marah sudah
menguasai dirinya di kala itu. Dia bertubi-tubi menghayun penumbuk pada Faizal
tanpa mengira penat dan keluh sakit abangnya itu.
PAK!
Tiba-tiba
Sham merasa pedih di belakang kepalanya. Dia menoleh ke belakang, kelihatan di
dalam kesamaran malam satu susuk tubuh wanita di belakangnya.
Sebelum
Sham sempat menyesuaikan dirinya dalam suasana malap itu, susuk tubuh itu
mengangkat tangannya ke udara dan menghayun sesuatu dengan pantas. Dahi Sham
memercik cecair panas warna merah gelap. Mata Sham kian kabur. Wanita itu
sekali lagi menghayun ke arah kepala Sham.
PAK!
PAK! PAK!
Segalanya
berlaku dalam sekelip mata. Tiada apa yang dapat dilakukan Diana. Dalam sekelip
mata gadis yang tadinya berada di atas katil itu kini berada di belakang Sham
yang pada masa itu sedang rakus membelasah Faizal. Tanpa seutas benang pun pada
tubuhnya, si gadis menghayun sebatang kayu yang dibawanya ke kepala Sham.
Setelah Sham melepaskan rangkulannya pada Faizal, gadis itu bertubi-tubi
menghentak kepala Sham dengan batang kayu itu hingga jasad Sham terkulai kaku
di hadapan Diana.
Kaki
Diana menggeletar melihat tragedi ngeri yang berlaku di hadapannya. Air matanya
berderu-deru keluar menahan ketakutan.
Hayunan
kayu gadis yang berbogel itu pada Sham masih belum mahu berhenti. Entah apa
sebabnya dia begitu membenci Sham. Ketika itu terlintas sepintas lalu di
fikiran Diana, mungkin, mungkin gadis itu cuba untuk melindungi Faizal.
“Dah,
dik. Dah. Shuuuu,” Faizal memeluk erat gadis itu. Seraya itu, gadis itu mula
menenangkan dirinya.
“Ya
kul Jal. Ni ak uke,” mulut si gadis berkumat-kamit meluahkan kata-kata yang
seakan-akan terlalu sukar untuk dilafazkan.
Dia pukul Faizal. Ani tak suka.
“Ok.
Ok. Dah tak ada apa-apa dah. Shuuuu, dah dah. Pejal sayang Ani tau,” bisik
Faizal di telinga si gadis.
“Ni
yang Jal gak.”
Ani sayang Pejal juga.
Hakikatnya
lebih 20 tahun lalu, mak 3 beradik ini memang menyaksikan peristiwa jijik itu
di bilik itu. Namun sebenarnya, si ayah bukan seorang melakukan perbuatan keji
itu. Anak lelakinya yang baru berusia 10 tahun turut serta kerana janjinya pada
si ayah kalau dia ikut sekali perbuatan itu, si ibu tidak akan dimaklumkan
perihal itu.
Esoknya
si ibu pergi meninggalkan rumah.
Ani,
yang membesar dalam jiwa seorang kanak-kanak tidak tahu yang mana betul atau
salah, menjadi hamba seks dua beranak itu sehingga usianya sekarang. Dalam
mindanya, inilah cara abang dan ayahnya menyayanginya.
Faizal
mengambil kayu dari genggaman tangan Ani. Dia berdiri dan melangkah ke arah
Diana.
Mata
Diana memicing halus. Mukanya merah padam menahan ketakutan.
Faizal
menghayunkan kayu itu ke pelipis Diana.
Sepintas
lalu, dalam minda Diana, dia terlihat meja makan yang dihidang seekor ikan
besar dengan sos warna merah. Ikan siakap 3 rasa itu meluahkan wap panas ke
udara.
PAK!
Gelap.
fin.
Sunday, October 14, 2012
Cerita DOT #2 : Rumah di Pinggir Kampung 5
“Are
you okay Sham?” tanya Diana apabila kereta Proton Saga itu bergerak perlahan
keluar dari persimpangan kampung ini.
“Okay.
Lega. Macam-macam la. Tapi sedih juga sebenarnya,” kata Sham sambil memandang
Diana di kerusi pemandu. Diana bertegas untuk memandu pulang kerana risau Sham
sudah penat, fizikal dan emosi.
“Sabarlah
weh. Bukan ada apa kau boleh buat pun.”
“Rupanya
tiap bulan mak ada hantar duit kat diorang. Tak hairanlah ada alamat diorang
kat lawyer mak.”
“Yeah.
I lega dengar tu. At least makcik tak la tinggal macam tu saja. Cuma mungkin
makcik tak tahan dengan ex husband dia dulu kot. Well, siapa yang boleh tahan
pun kan? Cuma I pelik satu je, Sham.”
“Apa?”
tanya Sham sambil memandang gadis manis di sebelahnya.
“Kenapa
masa mak you tinggalkan tempat ni dia tak bawa kakak dan abang you sekali? I
faham la kalau dia tak boleh bawa Faizal tu saja, tapi why not bring them
both?”
“Entah.
Mungkin mak ada jawapan sendiri. Mungkin keadaan mak pada masa tu menyukarkan
dia untuk jaga dua orang anak, sukar untuk dia jadi single mom masa tu. Mungkin
mak tak cukup kuat masa tu. Who knows,” jelas Sham.
“Maybe.
Tapi I tahu you dah cukup kuat dah sekarang. Anyway, I tak sabar nak rasa ikan
siakap 3 rasa yang you masak. Dan I masih ingat ye apa yang I cakap 5 tahun
lalu kat Medan Ikan Bakar tu,” kata Diana sambil tersengih.
Muka
Sham merah padam menahan malu. Dia menongkat dagunya sambil memandang kelam
malam di luar. Senyuman kecil terukir di bibir Sham.
“Eh,
I baru terfikir satu benda,” Sham tiba-tiba meluahkan kata-kata menghilangkan
rasa kekoknya.
“Apaaa?”
tanya Diana sambil mencebikkan mulutnya.
“I
ingat nak bagi duit la kat diorang buat belanja. Alang-alang dah kat sini.
Nanti nak bank in satu hal pula. Pusing balik. Pusing balik,” arah Sham sambil
tersenyum mengusik.
“You
memang kan nak menyusahkan I? You tahu kan jalan ni kecil? Nak U turn
kejadahnya?” bentes Diana.
“Alaaaa,
comel pula you bila marah ni. Please la, lagipun bukan selalu I jumpa abang dan
kakak I yang dah lama terpisah ni. Hehe, pleaseee,” rayu Sham sambil menumbuk
manja bahu Diana.
“Yelah.
Yelah. You jangan menyesal ye. Rumah abang dan kakak you tu mesti scary
malam-malam gini. You dah la takut hantu,” ejek Diana pada Sham.
***
Suasana
rumah di pinggir kampung itu memang nampak menyeramkan di waktu malam. Halaman
rumah hanya diterangi cahaya malap lampu jalan yang berada di dalam jarak 100
meter dari situ. Ruang di dalam rumah nampak gelap dengan hanya satu bilik
diterangi cahaya warna jingga. Bilik Ani.
“Sham,
I ikut boleh?” tanya Diana sambil menarik lengan baju Sham.
“Hek
eleh, tadi kata I yang penakut. Jomlah,” ejek Sham sambil membuka pintu kereta.
Mereka
berdua melangkah ke hadapan pintu rumah usang itu ditemani cahaya malap lampu
jalan. Sampai di hadapan daun pintu, Sham terlihat daun pintu yang tak dikatup
rapat.
“Tak
kunci la, D. I risau la. Jom!” gesa Sham. Sham menyegerakan langkah membuka
daun pintu dan melangkah ke ruang tamu rumah usang itu. Perlahan-lahan mereka
berdua bergerak menghampiri pintu bilik Ani. Tiada pintu pada bilik, hanya
sehelai kain warna perang yang menjadi penghadang ruang tamu dan ruang bilik
Ani.
Sham
menyelak helaian kain itu sedikit.
Mata
Sham dan Diana terbeliak luas melihat Faizal, dalam keadaan separa bogel sedang
mengucup badan seorang gadis yang berwajah herot dan sedang berbogel di atas
tilam. Punggung Faizal naik turun perlahan-lahan sambil dia mengucup dada gadis
itu.
Gadis
itu hanya memejamkan mata sambil mendesah halus.
to be..
Friday, October 12, 2012
Cerita DOT #2 : Rumah di Pinggir Kampung 4
30
tahun dulu segalanya nampak sempurna. Mak hidup bahagia dengan ayah. Ketika aku
muncul dalam dunia mereka kehidupan mereka makin berseri-seri. Rumah kecil di
pinggir kampung jadi tempat mak dan ayah memadu kasih dan membesarkan aku.
Semuanya cukup sempurna.
Sampailah
kehadiran Ani.
Ani
lahir di rumah, sama macam aku. Oleh sebab itu mak dan ayah tak tahu ‘keadaan’
Ani sampailah dia dilahirkan. Walau bagaimanapun Ani dibesarkan juga
sepertimana kanak-kanak biasa. Ani ‘istimewa’ kata ayah. Mak pula seakan cuba
melarikan diri dari kenyataan. Dia tak suka menyentuh perihal Ani.
Aku
tahu mak menyimpan rasa bersalah sebab Ani dilahirkan macam tu. Mak lebih suka
murung di dalam bilik. Bersendirian. Dan sejak kelahiran Ani, rasanya mak dah
berputus asa untuk mengandung lagi.
***
Faizal
memberhentikan ceritanya sambil memandang Sham. Sham faham renungan Faizal itu.
“Arwah
ayah banyak membantu arwah mak dulu. Mungkin dia dapat segala sokongan ni dari
arwah ayah,” kata Sham seakan-akan bercakap dengan diri sendiri.
“Senang
cakap arwah mak jumpa balik kekuatan yang dia tak ada kat sini,” kata Faizal
sambil tersenyum.
“Arwah
mak jumpa balik kekuatan untuk bercinta.”
***
Walau
macam mana sekalipun keadaan Ani, mak masih cuba sedaya upaya menjaga Ani
seadanya. Keadaan Ani yang memerlukan perhatian dan penjagaan sepenuh masa juga
sebenarnya memerlukan kos yang tinggi.
Jadi
mak mengambil keputusan untuk bekerja sebagai jururawat di hospital berdekatan
kerana nak harapkan gaji ayah seorang pada masa tu memang tak cukup untuk duit
dapur, duit sekolah dan duit ubat Ani. Mak memang ada diploma kejururawatan,
malah pekerjaan mak juga mungkin dapat membantu keadaan Ani.
Tapi
pekerjaan mak yang tidak tentu masa itu sebenarnya menimbulkan konflik dengan
ayah. Keadaan Ani menyebabkan salah seorang dari mak dan ayah terpaksa berada
di rumah menjaganya. Jadi, kadang-kadang ayah terpaksa mohon cuti untuk menjaga
Ani. Nasib baik majikan ayah sangat memahami.
Namun
sebenarnya, keluarga ini sudah lama rosak. Semenjak kelahiran Ani lagi keluarga
ini ibarat retak menunggu belah.
Malam
tu, mak syif malam. Tapi mak balik awal kerana sakit kepala. Pada masa mak
balik dari kerja, aku di bilik aku. Tidur.
Tiba-tiba
aku terdengar mak menjerit di bilik Ani. Bukan menjerit takut, tapi menjerit
marah. Dalam keadaan separa sedar aku bergegas ke bilik Ani.
Apa
yang aku nampak pada masa tu sangat mengejutkan dan menyedihkan.
Aku
nampak mak sedang menjerit-jerit pada ayah. Ani di atas katil sedang menekupkan
telinganya. Tapi rupanya…
Aku
nampak pakaian Ani sangat tak terurus. Wajahnya comot. Seluarnya tidak dipakai
kemas. Tak, sebenarnya seluarnya cuba dilucutkan. Ayah di hadapan mak
membetulkan zip seluarnya selepas mengancing butang bajunya.
Pada
usia 10 tahun aku sudah dapat meneka apa yang berlaku. Aku lekas-lekas
mendapatkan Ani untuk memeluknya. Aku peluk Ani pada masa tu bukan untuk
menenangkan dia, tapi untuk melindungi dia.
Esoknya,
mak pergi dari rumah ini. Barangkali mak tak bawa aku bersama sebab dia nak ada
orang yang melindungi Ani di sini.
***
Sham
dan Diana memandang sesama sendiri. Rasa jijik, kasihan dan simpati semuanya
bergelumang dalam diri masing-masing. Mungkin benar sesetengah dari kita ini
jiwanya lebih kotor dari binatang. Sedangkan binatang sendiri pun tak akan
mengapa-apakan warisnya sendiri.
“Lapan
tahun lepas ayah pula meninggal. Sekarang tinggal la aku dengan Ani,” jelas
Faizal lagi menamatkan ceritanya. Senyumannya sudah pudar dari bibirnya. Entah
apa lagi dugaan yang ditanggung lelaki ini dalam hidupnya.
Sham
kekok untuk memulakan bicara. Diana pula sudah tertunduk menahan sebak di dada.
Inilah
kenyataannya. Mak pergi kerana tak sanggup melihat derita anak perempuannya
yang dirogol saban hari ayah kandungnya sendiri. Mak pergi kerana tak boleh
hidup dalam perasaan tidak dapat melindungi anaknya, zuriatnya.
Dan
seraya itu, Sham menangis semahunya.
to be..
Monday, October 8, 2012
Rest & Relax
Suatu hari semasa saya sedang usaha meningkatkan tahap tatabahasa dengan membaca surat khabar di perpustakaan yang tercinta, tiba-tiba dua gadis Zoologi muncul. Rupa-rupanya mereka ingin mencari tesis berkaitan fauna di PTSL ...
Lepas tu akibat kebosanan saya mengajak dua gadis HOT ni untuk ke sudut santai PTSL. Nampaknya mereka tak seteruja macam saya apabila melihat mesin urut ogawa. Mereka lebih minat untuk main scrabble.
Lepas tu akibat kebosanan saya mengajak dua gadis HOT ni untuk ke sudut santai PTSL. Nampaknya mereka tak seteruja macam saya apabila melihat mesin urut ogawa. Mereka lebih minat untuk main scrabble.
Curi masa sebelum kelas pukul 5 dengan bermain scrabble ! |
Mata dan Gigi. Eh mana gigi! Mana gigiiiii !!!!?? -tepi: Say O tukang mencatit markah. |
Akhirnya dalam setengah jam kami berjaya habiskan setiap huruf yang ada dalam kotak scrabble ini. Yeah (^_^)v |
Friday, October 5, 2012
DOT in Business
Assalamualaikum semua. Ini adalah laporan serba ringkas tentang topik kali ini iaitu DOT in Business.
Kali ini, ia bukanlah tentang persembahan DOT, mapley DOT, merajuk DOT mahupun mengutuk2 the-you-know-who. Tapi kali ini adalah serius. Serius business.
Berceritakan tentang DOT yang rajin bekerja.
Apa? Korang ingat DOT cuma rajin bermapley dan berwayang dan berkarok saja? Buang jauh2 tanggapan itu.
Pada Rabu yang lalu bersamaan 3 Oktober 2012, saya selaku orang yang banyak masa lapang ketika ini telah ke Kiosk Niaga FEP. Tujuan kecil, mahu print nota. Tujuan besar, mahu makan nasi lauk daging. Tujuan sebenar, mahu terjah seorang ahli DOT ini.
Perlahan- lahan menyusup dari jauh, akhirnya snap dulu gambar ini.
Nampak tak betapa lakunya kiosk nr.7 tempat dia berniaga ni? Penuh dengan leng lui yang menunggu ice-blended mereka siap. Tapi, masih tak kelihatan dia. Kita cuba nasib lagi.
Kali ini, berjaya tangkap gambar dia. Kerana terlalu laju bergerak ke sana sini, hanya dapat tangkap gambar belakang saja. Tak cam? Gadis yang berbaju kuning tu.
Nak tangkap gambar dari jauh lagi, tapi memandangkan orang terlalu ramai, maka saya terus order saja la vanilla satu. Ice-blended vanilla flavour satu.
Kali ini dekat sikit. Tapi dia masih malu2 dan bergerak 10x lagi pantas. Cis, jangan pandang rendah pada kebolehan kamera Olympus pink ini!
Sambil2 beliau menyiapkan ice-blended saya itu, sempat juga saya bertanyakan beberapa soalan untuk dimuatkan di sini.
Saya : Wah rajinnya~ Tak sangka cik begitu rajin. Dah lama kerja sini?
Beliau: *bagi pandangan mata tajam*
Saya : Ok2. boleh saya tanya, apa yang mendorong cik untuk bekerja sambilan di sini?
Beliau: Saya nak kumpul duit lebih, nak dapat extra income untuk saya tampung perbelanjaan sikit.
Saya : Perbelanjaan apa cik?
Beliau: *sambil blend ais* Saya ada sekor hamster comel, namanya Himawari. Saya nak bagi dia membesar dengan sihat dan kuat, di samping comel juga. Jadi, pemakanan yang sihat memerlukan sedikit extra duit untuk direalisasikan. Ini selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu mahasiswa-mahasiswi di negara ini berdikari dalam memenuhi kehendak dan impian masing2. Sesungguhnya hanya dengan titik peluh sendiri, baru kita akan merasa nikmatnya. Selain itu, kita juga akan mendapat pengalaman berharga. Lebih baik dari menang PES tournament sebanyak 5 kali di UKM, kan?
Saya : *right in my childhood*
Beliau: Eh jangan la sedih, saya gurau je *wajah serius* Ok dah siap. Rm3.
Saya : *hulur duit dan terus rasa seteguk dua*. Hm okay, sedap gak. Er...boleh saya amik gambar sekeping lagi?
Beliau: (&^@!^%!@^!&@&&R%$%#!$%!!!
Saya tak hiraukan ayat asing yang beliau tuturkan. Tanpa buang masa, saya snap satu gambar lagi.
Saya kagum dengan kerajinan beliau. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Oh ya, beliau cuma bekerja pada hari Khamis, dari jam 12 sampai 6 petang. Jadi jika ingin melawat, ingat! Hanya pada tarikh dan waktu yang disebut tadi.
Oh ya, beliau cuma bekerja pada hari Khamis, dari jam 12 sampai 6 petang. Jadi jika ingin melawat, ingat! Hanya pada tarikh dan waktu yang disebut tadi.
Baiklah, cukup laporan kali ini. Di episod akan datang, saya akan serbu kedai runcit Kris Mas pula. Sebab dengarnya, ada lagi seorang ahli DOT yang bekerja di situ.
Jadi, nantikannya. Sekian, terima kasih.
Oh gambar Himawari. Hm, kejap, saya cuba carikan. Alamak tak ada sumber. Takpelah.
Bye2!
Sepuluh minit.
3.00 am
tik tik tik tik
Aku teguk sisa air terakhir dalam botol. Dahaga. Sambil menyumpah malas, aku seret badan bawa botol ke dapur.
Suasana gelap gelita. Waktu macam ni pesakit insomnia macam aku memang keseorangan. Jadi makhluk malam.
Aku tekan punat "warm" di bekas air automatik yang berharga RM700. Mahal nak mampus. Lagi murah kalau pakai cerek yang bingit tu. Tapi manusia zaman sekarang semuanya nak mudah. Semuanya mahu "dihujung jari".
Elok je aku pusing mahu menjejak perjalanan balik ke bilik, aku nampak satu susuk tubuh kecil berdiri di pintu bilik air. Kepalanya lonjong, matanya hitam besar bersinar. Jari jemarinya panjang, ada empat semuanya.
"Kau......alien?"
Senyap.
"Are you an alien?"
Sunyi.
Cis. Selalu kalau orang buat cerita, alien tu tahu je cakap bahasa ibunda. Atau.....dia ni hantu?
Aku panik. Kaki aku bagaikan dipaku ke lantai. Sejuk. Berdiri bulu-bulu tengkuk aku.
Dalam sekelip mata makhluk itu pimpin tangan aku dan terus sekeliling aku bertukar. Daripada dapur yang gelap, suasana menjadi terang. Aku berada di tengah-tengah kawasan yang lapang. Langit hijau dan aku seperti berpijak di atas permaidani berbulu tebal warna biru. Sesekali bertukar-tukar warna mengikut melodi pergerakan kami.
Aku masih kaku. Adakah ini fantasi? Kenapa begitu.......ringkas?
Makhluk pelik tadi merenung aku dalam-dalam. Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa tenang dan gembira secara tiba-tiba. Mungkin ini rasanya "high".
Aku dan makhluk itu terus bergolek-golek di atas permaidani biru dan bergelak ketawa tanpa sebab. Aku ketawa dan ketawa sampai berair mata aku.
Ketawa. Ketawa lagi. Dan lagi. Ketawa tak berhenti.
Aku terbaring keliru. Dada aku terasa kosong dan basah. Makhluk tadi berdiri di sebelah aku sambil memegang segumpal darah. Masih bergerak. Tapi....kenapa ia macam berdegup?
3.10 am
tik tik tik tik
p/s : Maaf la aku copy paste je dari blog aku. Mula-mula memang nak post kat sini tapi aku confuse dengan interface baru ni..
tik tik tik tik
Aku teguk sisa air terakhir dalam botol. Dahaga. Sambil menyumpah malas, aku seret badan bawa botol ke dapur.
Suasana gelap gelita. Waktu macam ni pesakit insomnia macam aku memang keseorangan. Jadi makhluk malam.
Aku tekan punat "warm" di bekas air automatik yang berharga RM700. Mahal nak mampus. Lagi murah kalau pakai cerek yang bingit tu. Tapi manusia zaman sekarang semuanya nak mudah. Semuanya mahu "dihujung jari".
Elok je aku pusing mahu menjejak perjalanan balik ke bilik, aku nampak satu susuk tubuh kecil berdiri di pintu bilik air. Kepalanya lonjong, matanya hitam besar bersinar. Jari jemarinya panjang, ada empat semuanya.
"Kau......alien?"
Senyap.
"Are you an alien?"
Sunyi.
Cis. Selalu kalau orang buat cerita, alien tu tahu je cakap bahasa ibunda. Atau.....dia ni hantu?
Aku panik. Kaki aku bagaikan dipaku ke lantai. Sejuk. Berdiri bulu-bulu tengkuk aku.
Dalam sekelip mata makhluk itu pimpin tangan aku dan terus sekeliling aku bertukar. Daripada dapur yang gelap, suasana menjadi terang. Aku berada di tengah-tengah kawasan yang lapang. Langit hijau dan aku seperti berpijak di atas permaidani berbulu tebal warna biru. Sesekali bertukar-tukar warna mengikut melodi pergerakan kami.
Aku masih kaku. Adakah ini fantasi? Kenapa begitu.......ringkas?
Makhluk pelik tadi merenung aku dalam-dalam. Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa tenang dan gembira secara tiba-tiba. Mungkin ini rasanya "high".
Aku dan makhluk itu terus bergolek-golek di atas permaidani biru dan bergelak ketawa tanpa sebab. Aku ketawa dan ketawa sampai berair mata aku.
Ketawa. Ketawa lagi. Dan lagi. Ketawa tak berhenti.
********************************
Aku terbaring keliru. Dada aku terasa kosong dan basah. Makhluk tadi berdiri di sebelah aku sambil memegang segumpal darah. Masih bergerak. Tapi....kenapa ia macam berdegup?
3.10 am
tik tik tik tik
p/s : Maaf la aku copy paste je dari blog aku. Mula-mula memang nak post kat sini tapi aku confuse dengan interface baru ni..
Tuesday, October 2, 2012
Cerita DOT #2 : Rumah di Pinggir Kampung 3
Daun
pintu dikuak dari dalam.
Jantung
Sham seolah-olah berhenti berdenyut melihat gerakan daun pintu. Bunyi geseran
engsel pintu memecahkan keheningan waktu petang. Sham menahan nafas melihat
susuk tubuh di hadapannya.
Seorang
lelaki dewasa berada di celahan pintu di hadapan Sham. Badannya kurus kering,
mukanya berkumis nipis dan matanya merah menyala seakan-akan mahu menelan
segala keindahan dunia.
“Ya,
nak cari siapa?” tanya lelaki itu pada Sham. Anehnya suara lelaki itu lembut
dan menenangkan. Dia bertanya sambil tersenyum menampilkan giginya yang
tersusun rapi.
Dada
Sham bergoncang kuat akibat degupan jantungnya yang pantas. Dia yakin degupan
jantungnya itu dapat didengar lelaki kurus di hadapannya itu.
“Assalamualaikum,”
kata Sham sambil menghulurkan tangan kanannya. Pelipisnya mula memercik dengan
peluh.
“Waalaikumusalam.
Masuk la,” jemput lelaki itu setelah menyambut tangan Sham.
***
Dengan
satu hela nafas yang berat segala cerita dan tujuan kehadiran Sham dan Diana
diceritakan pada si lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai Faizal. Faizal
mendengar cerita Sham dengan teliti sambil mengangguk-angguk, sementara Diana
hanya diam memerhati gerak-geri mereka.
Faizal
memerhati gambar kuning lusuh yang dihulurkan kepadanya oleh Sham. Dia
mengecilkan matanya, menyesuaikan diri dengan suasana rumah yang malap.
“Tak
sangka saya ada adik lagi seorang,” kata Faizal sambil tersenyum pahit
menampilkan riak wajah yang sudah serasi dengan kesusahan dan penderitaan.
“Saya
minta maaf, bang,” kata Sham. Perkataan ‘bang’ yang dilafazkan jelas nampak
kekok di bibirnya.
“Tak
apa. Panggil Faizal je,” kata Faizal sambil membetulkan duduknya di atas tikar
mengkuang lusuh di ruang tamu rumahnya.
“Sebenarnya
dah lama saya tak dengar cerita pasal mak. Dah lebih 20 tahun pun. Masa mak
pergi saya baru 10 tahun, rasanya. Ani masa tu baru 8 tahun,” jelas Faizal
sambil menghulurkan potret kuning lusuh itu pada Sham kembali.
“Ani?”
tanya Diana.
“Ani
tu adik saya. Dia tak sihat. Rasanya awak berdua pun tahu dia sakit apa kan?”
jelas Faizal pada Sham dan Diana dengan wajah bersahaja.
Hati
Sham sebak mendengar Faizal mengatakan adiknya itu ‘tak sihat’ sedangkan
kebanyakan orang lebih selesa dengan terma terencat atau Down Syndrome. Sham
dan Diana mengangguk perlahan.
“Arwah
mak dulu pergi sebab penyakit Ani ke?” tanya Sham pada Faizal. Entah dari mana
dia mendapat kekuatan untuk bertanya soalan itu, akhirnya terpacul juga soalan
yang menjadi tanda tanya dan tujuan dia berada di sini.
Senyuman
Faizal pudar mendengar soalan Sham. Matanya memicing seolah mengenangkan saat
paling derita dalam hidupnya. Tika dia mahu membuka mulutnya, sebuah suara
terdengar dari sebalik dinding ruang tamu, berteriak seakan-akan memanggil.
“Maaf
ya, duduk la kejap. Tu Ani, dia bising sikit bila dia bangun tidur saya tak
ada,” jelas Faizal dengan pantas. Seraya itu dia bergegas masuk ke bilik yang
berhampiran ruang tamu.
Suara
Ani masih kuat bertempik, menjerit-jerit perkataan yang tidak dapat ditafsirkan
Sham dan Diana. Serentak dengan itu satu suara lelaki mendayu-dayu menyanyikan
lagu yang perlahan-lahan memadam jerit pekik Ani. Alunan suara lelaki itu
menyebabkan bulu roma Sham meremang. Menenangkan tapi dalam masa yang sama
turut menyeramkan.
Hampir
15 minit Faizal keluar dari bilik itu. Dia tersenyum nipis pada Sham dan Diana
seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Seolah-olah kejadian itu adalah rutin
hidupnya saban hari.
Dia
duduk bersila di hadapan Sham dan Diana. Sambil mengela nafasnya dia memulakan
bicara.
“Kau
tanya apa tadi? Mak pergi sebab Ani? Jawapannya ya dan juga tidak,” jelas
Faizal.
“Apa
maksud kau?” tanya Sham tidak faham.
“Keluarga
kita ni simpan banyak rahsia, Sham. Mungkin kau taknak dengar, tapi sebab kau
datang dari jauh biarlah aku cerita segalanya pada kau,” kata Faizal dengan
pantas.
Dalam
satu hela nafas yang panjang, Faizal memulakan ceritanya.
to be..
Subscribe to:
Posts (Atom)