Monday, January 11, 2010

Entri yang Tidak Dirancang

Setelah mengupload video Youtube ke dalam blog, aku bercadang untuk sambung tidur setelah menelaah FB sedikit sebanyak sebab petang nanti perlu menyiapkan kerja yang tertangguh.

Tapi aku terhenti. Tersentak. Sebak. Terharu.

Mula dengan menggatal-gatal membuka profile ahli DOTters. Hampir semua meluahkan kata-kata yang boleh membuatkan dadaku bergoyang. Contoh yang paling tegar : gadis paling kuat emosi kita, KK.

Sepanjang hayat FB dia dalam kotak kecil atas information profile FB dia hanya tertulis 'pink is my life'. Tadi baru aku sedar, ada 4 perkataan baru dalam kotak itu. Tengoklah sendiri kalau ingin tahu.

Warga DOT lain juga tegar dengan status yang mengharukan. Cari saja Leha, Wawa, Sheera, Izayu dan Say O.

Ok. Memang. Status FB itu tak penting. Yang penting apa yang kamu rasa.

Dan memang aku fikir ini dari satu sudut yang besar. Kau tulis dalam FB, maknanya kau nak dunia luar tahu. Maknanya itu adalah sebahagian dari diri kau, perasaan kau. Apa yang kau rasa. Dari sebesar-besar hal seperti perasaan sehingalah kepada komen AJL.

Dan sumpah aku terharu berdasarkan itu.

Oh. Ini aku baru sedar hari ini. Kekalahan semalam memang lebih mengeratkan kita pada hari ini bukan?

fin.

2 comments:

wann afzan said...

ya...

kk_p!nK said...

ohh my god...
seyes sy katakan disini..kita mmg semakin rapat...DOT is everything to me..
tq abg naz ttg perkara itu..