Monday, April 26, 2010

DOT Class of 0910

Video Asal,
Lagu : Highway to Hell
Durasi : 3m 57s
Format : .mov
Pesanan : Video asli lagi tinggi kualiti. Kalau mau, sila minta.



p/s : ini video terakhir. jangan ada pula yang gatal nak terasa. dengar dengan volume yang paling tinggi, kalau guna speaker pun boleh. sorry ismeth, tak sangka upload youtube sangat senang. dan happy belated untuk palie.

Sunday, April 25, 2010

Update Surat Yuyu

Pagi tu gua pergi sekolah. Bajet nak jemput Yuyu belanja dia cendol dekat simpang 4 sebelah surau. Biasalah, cucu kesayangan.

Pergi sekolah, gua jumpa Yuyu tengah muram di kantin. Mata dah merah. Gua dah boleh bajet apa yang berlaku. Curi cabai Ijan lagi lah tu.

Sampai ja, dia terus cerita.

"Danish dah tak suka kita. Dia suka perempuan lain. Sebab perempuan tu ada model figura Optimus Prime."

Gua teruja dengar perkataan model figura. Pandai pula budak-budak zaman sekarang sebut perkataan model figura.

"Dah. Yuyu nangis ke ni?"

Dia angguk saja. Mata dah mula berair balik. Gua panik. Gua usap kepala dia. Gua bagi nasihat.

"Biasalah tu Yuyu."

Air mata dah bertakung. Dah nak keluar. Ah, sudah. Apa aku nak jawab kat Wawa nanti? Aku nasihat lagi.

"Kadang-kadang sejauh mana kita berjalan, setinggi mana kita melompat, selaju mana pun kita berlari, kita tak akan dapat puaskan hati orang yang kita sayang. Memang sakit. Tapi..."

Alih-alih, air mata mengalir juga. Tapi bukan air mata Yuyu.

Fin.

Saturday, April 24, 2010

Awek Ganu Pun Cun! Kan Ijan?

Sekarang semua cakap macam mereka sudah bersedia mahu meninggalkan UKM. Lagi-lagi Kolej Dato' Onn. Yakinkah tak akan extend semester?

Kalau aras keyakinan mencukupi, suatu hari nanti kita berjumpa lagi. Tapi jika sebaliknya, jangan down, hodoh benar rupanya. Anggaplah ia satu kurniaan yang lebih baik dari korang grad dan menganggur 2-3 tahun.

Kesian.

At least nanti boleh tumpang kereta aku di pagi buta pergi makan dekat Mapley.

Terujakan? Aku nampak Ilya pegang perut dah.

Itu pun kalau aku dapat kereta tahun depan. Bersama-sama kita doakannya. Kita doa dapat Honda City OK.

Aku sendiri terfikir suatu hari nanti aku pasti akan grad tanpa extend. Nanti aku akan kehilangan kawan-kawan. Eh. Bukan.

Aku akan kehilangan famili.

Aku tak ada ramai kawan di sini. Aku lebih suka melagha dan membuang masa-masa yang bernilai aku bersama famili aku di sini. Masa itu emas. Aku tak tahu kenapa. Tapi saja nak tulis. Dulu dalam SPM kalau tak tulis simpulan bahasa tak dapat A.

Aku selesa bersama famili DOT. Bukan. Tak cukup. Aku paling selesa bersama famili DOT.

Aku boleh menganjeng. Aku boleh makan beramai-ramai dalam kuantiti pukal. Aku boleh mengaplikasikan kemahiran menukar tayar kereta dan mencari tayar spare yang cuma hilang dalam imaginasi seseorang. Aku dah cakap aku boleh menganjeng?


Bersama DOT aku memanusiakan diri aku. Aku meng-aku-kan aku. Aku mengutarakan loghat bahasa aku dengan keyakinan tak ada yang tak faham.

Sat, tekak kering telan cabai. Nak minum ayaq.

Aku suka DOT. Aku suka DOT sebab ahlinya. Aku suka ahli DOT. Aku suka ahli DOT sebab mereka famili aku. Aku sayang famili aku. Aku sayang famili aku sebab.. sebab.. *Aksi scene 5 iCAF*

Aku akan terus bersama DOT. Kekalkan DOT sebagai underdog.

Kita tak perlu mencapai bintang. Kita capai bulan yang lagi besar dan senang nak tengok dengan mata kasar. Cukup besar untuk membuktikan DOT tak pernah hilang.


DOT bukan kelab. DOT famili.


Awek Ganu pun cun! Kan Ijan?

Just in case aku lari topik.



cut.

Thursday, April 22, 2010

kat Sabah ada awek cantik !!



Pesanan aku :


Jangan selalu ucap sayang. Nanti lama-lama timbul rasa benci.
Kenapa? Macam mana?
Fikirlah sendiri.


Cukup dalam otak berlegar-legar. Cukup dalam hati tersimpan semat.
Aku tahu siapa kau pada aku. Siapa aku pada kau. Itu cukup.
Nanti tiap kali jumpa sentiasa senyum.


Jangan selalu menganjeng kutuk cacat cela. Nanti lama-lama dia hilang satu persatu.
Fikir lagi.


Tak apa. Aku suka dengan persepsi orang itu sendiri.
Jangan tanya orang lain. Cukup kalau kau fikir ini nonsense kau diam sorang-sorang. Cukup kalau kau fikir ini ada makna. Kau sengih sorang-sorang.
Nanti jumpa. Makin rapat.


~ kalau aku x join D.O.T ~

terpanggil nk tulis topik ni. timbul keinginan ni time keluar bersama ijan, wawa, leha, dan ismeth...kononnya plan asal nk p 2 tempat ja; western kt cheras dgn downtown...tengok2 ble jd 6 tempat; western, movie @ mines, downtown, McD, bukit langat, serta bapok kajang...

xtuly kt bukit langat la topik ni tiba2 dilontarkan, xtau sapa yg keluarkan idea...ya la, xkn nk dok kt bukit langat just dok cangak tengok pemandangan KL waktu malam smbil makan McD. dtambah dgn sos umpatan yg selalu sgt2...ok, topik dia spt tajuk di atas...


kalau aku x join dot
aku asyik dok kt bilik men game
bukan stadi pown
coz aku jenis yg xsuka membaca
klu stadi akhirnya jd stado
itu kebiasaan

kalau aku xjoin dot
aku asyik berorganisasi
i mean berpersatuan memanjang
even dlm kolej smpai luar ukm
bukan sebab merit yg aku kejar
tp sebab bidang pengkhususan aku
pentadbiran perniagaan pengkhususan pengurusan
so when im grad pown of course la aku kena berorganisasi gak kan
so berpersatuan kt ukm ni salah satu experience yg aku cuba dapatkan

aku berorganisasi bukan sbb pa
dh mmg minat aku
dok kt bilik bukan bwt pa
bek berpersatuan
ada gak perkara berfaedah

kalau aku x join dot
x ble la aku kenal orang
i mean perwatakan n all kind of ciri2 org2 tertentu la
dia sakit ka?
dia clash ka?
everything...
dan mesti aku xtau menghargai erti hidup
xdak la aku nk belajar ttg org

kalau aku xjoin dot
mesti aku xdpt makan
xdpt men boling
xdpt kutuk mengutuk
everything yg at least membahagiakan aku
i mean some day we will appreciate it when it gone...

even aku balik cuti minggu lepas
xtau nk bwt pa
klu dgn dot
even nk makan mesti terasa bahagia

hmm...cukuplah
xtuly ada lg yg aku nk tulis
tp xtau nk tulis pa
pa yg aku nk cakap

~ AKU SAYANG KORANG D.O.T ~

Tuesday, April 20, 2010

Yuyu pun Ada??



Malam tu malam Jumaat. Ijan Muslimin macam biasa. Tengok Smack Down di TV3. Sambil makan cili. Wawa pula sibuk mengemas rumah. Yuyu mengamuk tadi. Habis mainan dicampakkan. Habis botol ubat batuk dipecahkan. Maklumlah, tekanan nak UPSR.

Sedang si Wawa mengemas, dia terjumpa satu nota yang menarik. Terus dia memangil Ijan.

"Sayang!"

Ijan pantas respon.

"Adoi, cabai! Pehal lu, sayang?"

"You tengok apa yang I jumpa dalam beg sekolah si Yuyu ni."

Kata Wawa sambil menunjukkan sekeping nota. Surat cinta.

_____________________________

Hai. Nama awak Yuyu kan?

Nama kita Danish. Awak mesti tak kenal kita. Awak kelas depan, kita kelas belakang. Tak apalah. Awak mesti tak tau kenapa kita hantar surat ni kat awak kan?

Kita nak cakap yang kita suka awak. Suka sangat.

Awak mesti terkejut kita hantar surat ni kat awak kan? Awak mesti seperais. Kita suka gila kat awak tau. Kita selalu buat-buat pergi toilet masa kelas. Tapi kita bukan nak kencing. Nak berak apatah lagi. Kita nak tengok awak. Yawwww~

Kawan-kawan kita tak tau kita suka awak.

Rumah kita dekat je dengan rumah awak. Rumah kita dekat dengan rumah Ah Seng. Alah, yang ada anjing bulldog besar tu. Anjing tu pernah gigit kaki kita. Mak kita cakap kita ni kurus, anjing tu ingat kita ni tulang.

Kita ingat lagi masa kita jumpa awak. Hari tu kita tak buat kerja sekolah. So kita kena denda kahwin olok-olok dengan Salleh. Sebab Salleh pun tak buat kerja sekolah juga. Salleh lagi teruk, satu soalan pun tak buat. Mesti la Cikgu Siti marah.

So kita kena pergi dari kelas ke kelas. Kena baca nota ni.

"Nama saya Danish. Nama kawan kita Salleh. Kami tak buat kerja sekolah. Kami dah tak nak belajar. Jadi kami bercadang nak terus kahwin."

Masa kita pergi kelas awak, kita nampak awak tidur dalam kelas. Kita nampak air liur basi awak melimpah-limpah atas buku Geografi darjah 4. Kita terus terpikat kat awak.

Sejak hari tu, kita decide nak kahwin dengan awak. Kalau boleh awak beritahu la mama dengan papa awak. Esok kita boleh datang merisik awak.

Okaylah. Mak kita dah panggil makan nasi. Lagipun kita nak buat Math jap lagi. Kita taknak kahwin dengan Salleh lagi esok.

Kita harap awak dapat balas surat ni. Kita ada hantar roti Butterscotch ni sebagai tanda kita couple.

Mulai esok awak panggil kita boyfren boleh?

Dari boyfren awak,
Danish.


_____________________________

Terus Wawa dan Ijan tergelak besar selepas membaca surat itu.

"You tengok ni sayang? Tak sangka Yuyu pun ada."

Ijan pandang Wawa. Ijan cakap,

"Alah, macam kita muda-muda dulu juga lah."

Ijan pandang Wawa. Ijan senyum. Wawa senyum.

Malam tu lampu rumah Yuyu padam awal. Tak sempat Smack Down habis lagi.

Fin.

Saturday, April 17, 2010

Pengembaraan Mencari Suami 2

"Assalamualaikum, Cik Zaleha?"

Zaleha berpaling. Dia nampak seorang lelaki. Dia nampak seorang perempuan. Dia nampak lelaki yang macam perempuan.

Tapi dia kenal lelaki itu. Itulah wajah yang dia tunggu selama ini.

"Arwah ayah I yang suruh I datang sini cari you nok. Sorry lah sekarang baru sempat you alls."

Zaleha terkejut.

"Jadi awak anak dia ke?"

"Ya. Masa abah hidup dia selalu sebut tempat ni dan nama you. Tapi kami tak pernah benarkan dia datang. Yelah, sakitnya kan macam tu. Rasanya inilah suatu benda yang dia tak akan lupa. Makcik tunggu dia juga. Sebab apa?"

Zaleha menghulurkan sesuatu. Surat.

"Sebenarnya saya nak ayah awak yang baca. Bacalah."

_______________________

Untuk kekasihku, isteriku, cintaku.

Bila kau membaca surat ini, rasanya aku sudah lama meninggalkan dunia ini. Rileklah, sudah ku agak setelah Dr Gregory mengesahkan aku menghidup penyakit autoimmune. Nasib bukan sindrom paraneoplastik yang telah didiagnoskan oleh Dr Raju.

Tapi itu semua tidak menjadi persoalan. Maafkan aku juga kerana aku telah merahsiakan penyakit ini dari pengetahuan kau, Leha.

Tujuan aku menulis surat ini adalah untuk menjelaskan kelakuan aku sebelum aku mati.

Maafkan aku kerana aku telah menceraikan kau. Aku bukan berniat untuk berbuat demikian. Aku cuma tidak mahu kau dan Boboi menderita dengan penyakit yang kuhidapi ini.

Ahh, rasanya semua itu tidak penting kan sekarang?

Aku harap kau dan Boboi sihat selalu. Aku tau Boboi pasti sihat. Anak itu, selalu menghabiskan duit aku untuk membeli nasi beriani cheese kegemarannya? Macam mana dia sekarang? Sudah kurus?

Sudah boleh masak sekarang? Sudah hafal resipi sambal yang aku tinggalkan itu?

Hahaha, agaknya pasti kau dan Boboi makan di luar saja kan? Belajar la memasak. Kerapkali bila kita keluar bersama, orang cop aku gay sebab perangai kau dan aku agak sama saja.

Gila agaknya orang yang cuba mengorat kau dengan memuja mata dan mulut kau. Tapi aku pun pelik kenapa mamak-mamak di warung gemar sangat dengan kau.

Masa aku melamar kau di warung mamak al-Fareez, dengar cerita keesokannya 2 orang mamak di situ telah bunuh diri akibat kecewa dengan kau. Kau memang hot stuff, Leha.

Lang, Long dan Ngah sihat? Rajin-rajinlah melawat mereka. Long tu ada penyakit leher. Dah berapa kali leher dia tergeliat dalam 2 3 tahun ni. Temanlah Ngah, kesian dia. Tak ada bini. Lang pun sama, tolong lah dia ambil cili di kabinet paling atas. Dalam keluarga dia mana ada yang sampai kabinet tu.

Dulu kalau aku bercerita dengan kau, kau mesti bosan. Kadang-kadang bila aku bercerita sempat pula kau picit jerawat sebelah aku. Kecuali bila aku cakap pasal makanan, kau mesti peka.

Sekarang, kau dah tak boleh bosan. Sebab ini adalah pesan terakhir aku.

Aku sebenarnya takut nak menulis. Bukan takut ada salah eja sehingga ditegur anak saudara kita, Wann Hitler. Bukan. Bukan juga takut anak kita tersalah anggap surat ini biskut lalu memakannya. Bukan.

Tapi aku takut kau tidak akan menerimanya. Aku tahu kau tidak pernah mencintaiku sepertimana kau mencintai lelaki Alzheimer itu bukan?

Dan aku tak pernah menghalang cinta kau. Aku berkahwin dengan kau supaya aku dapat membaca isi hati kau. Supaya aku dapat memikat kau kembali. Namun, rasanya hayat aku terlalu singkat untuk aku melakukan tugasan itu.

Aku meninggal dengan tanda tanya. Adakah kau mencintai aku?

Namun aku tidak pernah menyesal. Kerana aku dapat hidup bersama perempuan yang aku cinta, biarpun singkat.

Mungkin aku tak ada hak mahu bertanya sekarang. Mungkin aku tak akan tahu pun jawapannya.

Zaleha, adakah kau mencintai aku?

Dari kekasihmu, suamimu dan mungkin cintamu.

Marzuki.

_______________________

Lelaki yang serupa perempuan itu terbeliak.

Zaleha membuka bicara,

"Selama ni saya tunggu ayah awak sebab saya nak bagi dia baca surat ni saja."

Lelaki itu berkata. Kali ini agak maskulin percakapannya.

"Jadi apa jawapannya? Apa jawapan untuk soalan terakhir dalam surat ini?"

Zaleha hanya tersenyum. Sambil menitiskan air mata.

Fin.

Wednesday, April 14, 2010

Apa itu Teater - Korus @ Randai

Ini permintaan Wann. Dia minta diterangkan sedikit tentang korus atau randai dalam bahasa Melayunya. Sebenarnya istilah korus ini sudah lama digunakan dalam setiap produksi tetapi kita sering memandang remeh akan korus.

Apa itu korus?

Korus bukanlah seorang pelakon. Korus hanyalah perlambangan. Contoh yang paling jelas adalah Choir Babes dalam Antara Dua Darjat. Ada atau tidak ia tidak akan menghalang perkembangan jalan cerita ini. Namun simbolik kepada kehadiran korus itu hendaklah dikupas oleh pengarah dan penonton.

Kewujudan korus di dalam Antara Dua Darjat adalah simbolik kepada perasaan watak, yang mendendangkan lagu dengan sayu. Jadi kita tau kewujudan korus adalah simbolik kepada kesedihan watak utama pada masa itu. Simbolik korus membawa lilin adalah simbolik kepada cinta watak utama. Dengan pemergian Sara, Zaleha, bertindak memadamkan sendiri lilin menandakan tidak akan ada lagi cahaya cinta di dalam dirinya. Serentak dengan itu, korus bertindak menjatuhkan badan mereka meneguhkan simbolik tersebut.

Simbolik.

Suatu pergerakan korus akan menjelaskan banyak perkara di dalam perjalanan teater. Pergerakan yang mudah akan membawa simbolik yang berbeza.

Korus boleh mewakili pelbagai benda yang berbeza. Seperti yang telah ditunjukkan di dalam Antara Dua Darjat, korus melambangkan penderitaan Zaleha. Perasaan Zaleha.

Korus juga boleh menjadi alam sekitar yang menderita akibat tercemar. Korus juga boleh menjadi benda.

Kewujudan korus tidak akan mempengaruhi jalan cerita, namun korus bertindak sebagai pengukuh kepada perlambangan yang menegakkan tema sesebuah cerita.

Korus bukan suatu yang mudah difahami oleh newcomers. Aku juga belajar sendiri mengenai korus.

" Memanusiakan manusia melalui budaya teater. "

Jika ada soalan, bolehlah terus penuhi ruang komen.

Fin.

Wednesday, April 7, 2010

Apa Itu Teater? - Konsep

Dalam menjalankan suatu produksi teater, salah satu elemen penting yang perlu ditetapkan oleh pengarah adalah konsep suatu pementasan. Latar masa dan tempat perlu ditetapkan dengan teliti supaya tiada elemen persoalan yang timbul di kalangan penonton.

Namun setelah pemilihan skrip, pengarah perlu menentukan antara 3 konsep yang akan diaplikasikan di dalam suatu pementasan.

1. Realis - Nyata
Kelebihan konsep ini adalah ia tidak memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Hanya perlu daya pemerhatian yang tinggi. Contoh dari segi set dan kostum dalam kelas sekolah menengah. Perlu meja, kerusi dan papan hitam. Pakaian sekolah untuk pelajar sekolah menengah. Konsep ini memerlukan ketelitian yang tinggi. Kelemahan konsep ini adalah sebarang kesilapan sangat senang dikesan dan ia menghalang kepelbagaian dari segi artistik.

2. Absurd - Tidak Nyata
Kelebihan konsep ini adalah dari segi budget. Contoh, kotak yang besar boleh dijadikan katil, kerusi, meja, kereta mahupun kapal bergantung pada pelakon dan tafsiran pengarah. Konsep absurd tidak memerlukan kita terlalu realis, boleh bermain dari segi artistik sepertimana kemahuan kita dan tidak akan ada persoalan kerana ini dunia absurd. Namun berhati-hati bermain dengan dunia absurd kerana bimbang ianya susah difahami penonton.

3. Surealis - Separa Nyata
Konsep ini adalah konsep yang paling sesuai bagi seorang pengarah yang berpengalaman. Namun pengarah hendaklah pandai membezakan antara dua dunia. Contoh cerita surealis adalah cerita hantu. Hantu adalah alam yang tidak nyata manakala manusia pula adalah dunia nyata. Pengarah boleh bermain dari segi artistik di atas set yang realis, namun pengarah juga harus pandai menjelaskan konsep surealis supaya senang difahami penonton.

Contoh teater surealis.

Dari segi konsep, pengarah haruslah jelas supaya ia senang difahami oleh penonton dan rakan produksi.

Sekian, jika ada sebarang soalan berkenaan konsep boleh aju terus pada saya.

" Memanusiakan manusia melalui budaya teater. "

Fin.