Monday, May 31, 2010

Buletin DOT

Klik foto ini bagi mendapatkan paparan terbaik.

p/s : selepas ini, "Yuyu : the Dwarf Smith" dan buletin DOT bahagian sukan.

Fin.

Monday, May 17, 2010

Memikat Seorang Diktator

Umur 17 tahun Wann dipilih menyertai PLKN. Gua tak dipilih. Tapi gua dengan gigih menulis surat pada Perdana Menteri Malaysia untuk dipilih menyertai PLKN. Kalau tak gua nak merajuk. Gua tak nak jadi warga negara.

Mestilah permohonan gua diluluskan. Sebab dalam surat gua tulis gua boleh menyamar menjadi gadis. Jadi gua aset penting kalau negara memerlukan spy nanti.

Maka gua dengan bakal awek gua ni pun ditempatkan di sebuah tempat terpencil. I like u'ols! Macam ni baru la menarik sedikit. Dan agak romantis di situ.

Dah nama dah jodoh. Gua ditakdirkan sekumpulan dengan Wann. Wah, bestnya. Boleh ah gua jogging sama-sama dengan dia. Gua tengok dia peluh. Dia tengok peluh gua. Gua lap peluh dia. Dia lap peluh gua. Terangsang gua memikirkan masa depan yang penuh romantik.

Tapi alangkah bengapnya PLKN. Pehal lak diorang asingkan lelaki dengan perempuan ni? Rupanya kena jogging dengan set-set lelaki je. Ceh. Macam gua gay la sangat!

Berkat sifat diktator Wann, dia dipilih sebagai timbalan ketua kumpulan. Lu jangan salah paham. Gua pun ada jawatan. AJK Keceriaan kumpulan.

Satu hari semua orang kena masuk hutan waktu malam. Ini ibarat pertandingan. Kumpulan mana yang masuk dan keluar dalam kadar yang paling cepat dan senyap akan menjadi juara. Ketua kumpulan gua, Rudy, sangat obses dengan kemenangan.

Berkali-kali dia diskas strategi dengan Wann. Padahal nak ngayat, ingat gua tak tau. Gua memang nak hentak dah mamat tu. Tapi sumpah gua tak berani! Badan macam gorila kot!

Gua pula dah berkali-kali kena warning jangan menjerit-jerit dalam hutan macam hari tu. Pressure lah gua. Banyak semut besar-besar kot dalam hutan tu.

Tapi tak apa. Pertandingan pun bermula.

Kumpulan lelaki berjaya keluar dan masuk dengan selamat. Gua langsung tak menjerit. Nasib baik Bob menutup mulut gua dengan tali pinggang dia masa kumpulan gua terserempak dengan babi hutan tadi.

Tapi kumpulan perempuan tak bernasib baik. Mereka bising dan agak lambat. Habis saja pemberian hadiah Rudy terus sound pada Wann depan ahli kumpulan.

Dia kata Wann ni macam diktator tapi langsung tak pandai handle kumpulan. Gua tengok muka Wann dah muram. Gua nak tumbuk Rudy tapi sumpah gua tak berani.

Tapi...

DUSH!!!! Gua tak tau dari mana datang. Buku lima gua tiba-tiba ja hinggap kat muka Rudy. Macam yang gua saspek. Sikit pun Rudy tak berganjak. Ok. Matilah gua lepas ni.

Hasilnya? Lebam kiri dan kanan muka yang tak akan dapat dibaiki oleh mana-mana pencuci muka. Kelangkang gua senak sangat. Gua risau gua mandul je ni bai. 3 hari juga gua dalam pusat rawatan.

Hari ketiga, Wann datang. Dia tanya gua,

"Pehal ko wat apa yang ko wat tu?"

"Entah. Gua rasa gua buat sebab gua tak nak lu sedih kot." kata gua tapi masih lagi senak.

"Itu saja?" Wann tanya gua lagi dalam nada bengis.

"Err, entah. Tak ada motif kot. Gua pun tak tau."

Wann tersengih. Gelak kecil. Dia bergerak ke arah pintu. Sampai di pintu, dia tengok muka gua. Dia senyum kat gua.

Gua tengok senyuman tu baru gua teringat sebab apa gua tumbuk Rudy. Sebab tu lah.

Fin.

Wednesday, May 12, 2010

Quote 2

"Malaslah mesej Leha, dia garang. "

Hafizan.110510.1530

Fin.

Monday, May 10, 2010

Quote

Segmen baru. Segmen quote. Segmen untuk merangsang bakat menulis yang kurang KBKK sejak dua menjak ini.

" Kita bukan kawan! Kita famili. Mana boleh putus macam tu saja."

Izayu. 10 Mei 2010. 1930

Fin.

Bila Rindu

Orang kata kalau buat short sem memang boring. Kalo bukak FB mesti penuh home wallpost ngan ayat2 bohsan..booorrriiinnggg....tak tau nak buat pe.... Takda orang kat kolej, sunyi, even makcik cleaner pun makin malas nak cuci toilet. Selalu kotor dan berbau toilet. Mungkin alasan dia orang tak ramai kot, so x banyak la kekotoran yang berlaku.

Tapi aku rasa sebaliknya.

Buat short sem beeeessst..seronoook..

Bangun pagi x yah pk nak g kelas, boley terus main game, main pulak macam takda had. Boley pengaruh sorang senior tu untuk main game Zaman Naga: Pengasalan sampai tahap bila jumpa je sembang benda tu, boleh joging petang2 tanpa had dan mata2 yang mengusya perut yang bulat tu, boley tido lambat sesuka hati, boley ni, boley tu, boley segala- galanya!!

Hahaha..memang heaven.

Satu hari tu, hari Sabtu. Keluar g pasar malam bangi ngan Hazal. Tengah jalan2 nampak gerai wantan.Aku pikir dalam hati, "Ni kalau Leha mesti dah stop, pastu beli muka nak brutal."

Jalan lagi sampai ke gerai air tebu, beli air tebu dua sambil puas mengusya gadis itu. Cakap kat Hazal, "Dia nampak matured kan, x macam budak sekolah pun. Kalo suruh Zayu, Wann ngan KK berdiri sebelah dia mesti diorang 3 semua nangis kan?Hahaha"

Bila nak balik, teringat nak beli cucur Jawa, tapi gerai dia dah hilang. Tinggal satu spot kosong, padahal baru tadi nampak ada lagi. Oh Wawa pernah kata gerai makcik tu memang selalu tutup awal.

Esoknya kuar jalan2 g Mines pulak. Bajet nak sampai awal, tapi macam2 jadi, habis rosak plan. Kali ni dengan tiga orang pulak- aku, Ijan ngan Hazal. Sampai je terus beli tiket Ip Man 2. Bila nak bagi tiket kat abang pintu masuk tu, teringat time kuar ngan Ismeth ngan Arip dulu. Tengok movie Percy Jackson, juga bertiga. Time tu Ismeth lone ranger lagi, tapi bukan lagi sekarang.

Habis je movie, gerak pulak ke kedai game. Tengah usya2 game, aku tunjuk kat Ijan game2 Hentai. Cakap kat Ijan," Dulu waktu mai ngan Ismet, ni lah game2 yang Ismeth lama belek, usya2."

Habis beli game, kami pusing2 kat bawah. Nampak restoran Chicken Rice Shop. Teringat waktu bukak puasa ramai2 dulu. Aku order air ape tah, mahal gila. Bila KK rasa, selambe je dia cakap,"Mmm.. air ni rasa cam minum ubat gigi."

Selesai semua urusan kat Mines, balik je la. Dalam KTM, nampak sorang awek muslimah. Sepanjang perjalanan, usya2 jugak dia, target kat mata. Tetiba terflashback balik satu ketika dulu. Masa tu Naik KTM ramai2 time nak balik. Entah dari mana idea sorang tu buat forum tertutup "Mencari kecantikan Wann Afzan." Keputusannya, sama macam awek muslimah tadi.

Sampai je bilik terus install semua game yang baru beli. Sedang khusyuk menatap lcd, tetibe dengar suara Wann. Oh dia datang sini rupanya. Kemas cepat2, amik dompet terus nak g kafe Husin, padahal awal lagi.

Gigih la jalan ikut depan foyer, padahal jalan ikut belakang kafe KDO lagi dekat. Cakap2 sikit ngan dia, pastu sambung g Husin dan hanya mampu beli nasi ngan lauk tengahari. Awal sangat sampai, yang goreng2 x masak lagi, tapi takpe, berbaloi..

Hahaha, best kan short sem?

Tuesday, May 4, 2010

Awek Dekat China Cun Tak?

Di keheningan 1 pagi di Kolej Dato' Onn, Wang Afzang masih belum tidur. Dia masih khusyuk menonton marathon siri cerekarama 'Watashi wa Sukides di Okinawa' sambil exercise bajet nak kurangkan peratusan lemak badan.

Tiba-tiba penat. Makan burger ayam 2 biji.

Tengah rakus Wang Afzang menelan 2 biji burger ayam secara serentak, tiba-tiba external harddisk 1 Terabyte pujaan beliau berhenti berfungsi.

Pemikiran kritikal Wang Afzang straight to the point mengkonklusikan, ada meteor besar bakal berlanggar dengan Bumi!

Pantas dia merampas telefon bimbit KK yang tengah sibuk blushing depan YM lalu menaip mesej kepada Pengarah ANGKASA, Fatin,

"Ada meteor besar nak langgar Bumi! Bubye. xoxo!"

"p/s. nak pergi Mapley tak?"


Fatin dengan jentera ANGKASA telah menyewa Space Shuttle dari syarikat terkenal, Kiffah. Tapi dapat sebuah saja. Duit PT beliau tak cukup.

ANGKASA memerlukan 3 orang yang cukup berkaliber untuk memandu sebuah Space Shuttle. Setelah perbincangan 5 minit di meja makan Mapley, 3 orang tersebut telah terpilih. Makan 4 jam.

Seorang pakar nuklear, Ismeth telah diberi tugas untuk meledakkan meteor itu kepada dua.

Jurutera juga diperlukan, cuma ada Ijan. Yang lain tengah sibuk menyelamatkan dunia.

Dan satu pilihan bebas, Palie. Yang lain semua ada alasan nak menari, nak pergi dating dan tak kurang juga lesen memandu yang dah tamat tempoh. Termasuk juga alasan pergi balik ke negara asal.

Tapi, yang sampai dekat tempat berlepas, cuma Ismeth dan Palie yang kelihatan. Mana mungkin tak kelihatan bukan? Saiz memainkan peranan dalam menonjolkan diri.

Fatin baca surat khabar pagi ini, Lelaki Masuk Wad Cabai Masuk Mata. Dem kata Fatin.

2 orang pun tak mengapa. Sampai di pintu lif. Palie kena tahan dengan pak guard. Ketinggian melebihi had yang dibenarkan. Dem lagi kata Fatin.

Tiada masa lagi. Ismeth memikul tanggungjawab memandu, meletupkan meteor dan membayar balance sewa Space Shuttle.

Berlepaslah Ismeth. Tu pun lepas dah keluarkan semua benda-benda yang tak penting untuk meringankan Space Shuttle kecuali makanan dan DVD porn.

Setelah beberapa jam Auto-Pilot dan bermesej dengan Cik M. Ismeth telah diketemukan dengan meteor yang diheboh-hebohkan itu.

Memang besar. Saiz ukuran lilit pinggang Wang Afzang.

Ismeth meng-activate-kan bomb nuklear bersaiz bucket KFC itu. Dia buka tingkap, dia baling tepat dekat tengah-tengah meteor itu. Beliau pun chow.

Fatin roger Ismeth,

"Lu set pukul berapa bomb tu meletup?"

"Gua set dalam pukul 6 macam tu nanti gua nak bangun tonton Maria Ozawa in Okinawa."

"Baik lu cepat der, lu lupa ka kat sana cepat 4 jam, ada lagi 15 minit saja der."

"Dem!"


Cuma tinggal 5 minit lagi sekarang. Ismeth masih belum memasuki atmosfera bumi. 2 minit saja lagi, Fatin suruh Ismeth eject.

"Nanti sapa nak ganti rugi?!"

"Kita pakai duit DOT dulu!"


Ismeth tekan eject. Tak ada apa-apa berlaku.

"Eject rosak!"

"Cuba check dashboard!"

"Seat overload! Dem!"


Itu kata-kata terakhir Ismeth. Sampai bila-bila semua jentera ANGKASA akan ingat kata-kata itu. Lepas peristiwa tu Fatin letak jawatan dan pergi bercuti ke China.

Bumi selamat dari berlanggar dengan meteor.



Ismeth juga selamat. Crash landing betul-betul depan porch rumah Cik M.



cut.

Monday, May 3, 2010

Watashi wa Sukides di Okinawa

Sudah 3 tahun selepas Ijan memberi kad kepada Wawa. Sudah 3 tahun juga Ijan sudah putus hubungan dengan Wawa. Ijan tak tahu Wawa masih tunggu dia atau tidak. Tapi Ijan masih lagi tegar. Menanti lagi 2 tahun untuk mengotakan janji pulang kepada Wawa.

Ijan hot. Sumpah hot. Sehot cabai Melaka di Okinawa. Mesti ada saja manusia sepet di Okinawa yang terpikat dengan Ijan di sana.

Salah seorang gadis yang meminati Ijan adalah seorang gadis comel yang bernama Maria. Maria juga tak kurang hotnya. Sudah banyak lelaki yang menginginkan Maria sebagai kapel tapi Maria rejek semuanya.

Kecuali Ijan.

Ijan mampu menambat hati Maria.

____________________________________

Suatu hari Maria membuat keputusan untuk konfess kepada Ijan. Dia panggil Ijan masuk bilik. Bilik darjah.

Maria konfess,

"Ijan, watashi wa sukides."

Bangga betul Ijan ada orang comel suka dia.

Dia senyum. Sudah start blushing, dan dia bilang.

"(dalam loghat Okinawa) Maria, awak memang comel. Bahkan awaklah orang Okinawa paling comel pernah saya jumpa. Tapi ada orang di Dungun lagi comel dari awak."

Maria bingung. Maria frust. Akibatnya Maria menjadi pelakon kegemaran Ismeth 5 tahun kemudian.

Fin.